
Kasih antara ibu dan anaknya tiada banding. Pada zaman teknologi kini, mak-mak pun sudah ramai yang mula ikuti trend TikTok. Siapa kata mak-mak tak boleh buat video TikTok?
Kalau anda ada akaun TikTok, sekali sekala ajaklah mak buat TikTok sama-sama. Inilah salah satu cara kita bonding dengan mak. Seronok ya!
Perkongsian seorang anak selebriti tanah air, Athalia Deena Buswani yang merupakaan anak kepada Sharifah Zarina telah mendapat perhatian ramai akan video dirinya bersama Sharifah Zarini.
Sebelum ini, Athalia pernah juga berkongsi video TikTok dia bersama ibunya itu namun video kali ini lebih ‘masuk air’ daripada biasa.
Menerusi perkongsian video tersebut, dilihat Athalia duduk di bahagian belakang kereta sementara ibunya duduk di tempat duduk hadapan sambil menikmati minuman.
Athalia kemudiannya rekod dirinya sambil makan dan menari bagaimanapun aksi Sharifah Zarina yang turut sama ikuti Athalia menari dalam keadaan ‘extra’ membuatkan Athalia terkejut dan terdiam.
@officialathaliaShe trynna be extra😳🤣 ##fyp ##foryou ##foryoupage ##tiktokmalaysia ##tiktokusa ##mom
Menurut Athalia, ibunya seorang yang sangat sporting dan akan sentiasa sokong apa sahaja keputusan anak-anaknya.
Tinjauan di ruangan komen pula, rata-rata pengikut akaun TikTok Athalia memuji hubungan dia dan ibunya. Ada juga yang menyatakan mereka cemburu melihat betapa serasinya mereka berdua.
Tambah pula ada yang turut menyatakan seronok ada ibu yang ‘masuk air’ seperti Sharifah Zarini. Untung Atahlia!
Sementara itu, ada juga yang sempat bertanya adakah ibunya seorang penyanyi dan menyatakan macam pernah lihat muka ibu Athalia itu.
Iya, ibunya itu seorang penyanyi yang hebat! Hihi! Sharifah Zarina juga turut dipuji kecantikkannya yang tidak makan dek usia dan dilihat sentiasa awet muda.
Jelas dilihat di ruangan komen, ramai yang meninggalkan kata-kata postif kepada dua beranak ini. Inilah yang kita boleh kata, di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?
Sebelum ini Sharifah Zarina pernah berkongsi bahawa beliau tidak kisah jika anaknya,
Athalia mahu ikuti jejak langkahnya. Mungkin selepas ini akan ada video duet nyanyian daripada dua beranak ‘masuk air’ ini? Kita nantikan sahaja..
Baca juga: Dapat Hampir 7 Juta Tontonan, Ramai Kecam Tindakan Wanita Ini Tayang Barang Kemas Dimilikinya
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh
Sumber: Tiktok Official Athalia
Leave a Reply