Kakak S@yu Lihat Adik Kerja Siang Malam, Buat Live IG Jual Bundle Cuma 3 ‘Viewers’

Ketika ini sememangnya ramai yang struggle untuk mencari duit. Bukan semua diberi kemudahan menghadapi waktu-waktu getir ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Para peniaga kecil yang baru sahaja hendak ‘bernafas’ semula nampaknya terpaksa mencari inisiatif lain bagi memastikan ada pendapatan masuk walaupun sedikit.

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang gadis telah berkongsi rasa hiba apabila melihat kegigihan adiknya yang berusia 21 tahun mencari pendapatan sewaktu PKP 3.0.

Kakak sebak tengok usaha adik

Menurut status fadhilatul_Adha di Twitter, adiknya siang malam bekerja, dengan pada waktu pagi bekerja dipasar dan pada waktu malam pula membuat live di Instagram berjualan baju bundle di Instagram @jalbundle_.

Tetap bersangka baik dengan rezeki

Lebih membuatkan kakaknya sebak, apabila pemuda itu tetap bersangka baik walaupun yang menonton live IG tersebut cuma beberapa orang sahaja.

Ramai yang bagi cadangan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan memberikan cadangan supaya pemuda itu menggunakan beberapa lagi medium media sosial seperti Facebook ataupun TikTok untuk mendapatkan lebih ramai penonton.

Mereka juga memahami kondisi sekarang dan tahu bagaimana ‘peritnya’ berniaga secara online ketika PKP ini.

Buat live FB, Shopee, TikTok

Semoga terus maju jaya

InnshaAllah makin murah rezeki

Ucap terima kasih kepada yang bagi cadangan

Pengguna Twitter tersebut juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan cadangan dan mendoakan rezeki adiknya itu.

Semoga usaha keras pemuda itu membuahkan hasil dan terus sabar dalam menghadapi dugaan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh

Sumber: norfadhilatul_adha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*