Tasha Manshahar Gembira, Ibu Kembali Sihat Walaupun Dirawat Di ICU, Disahkan Positif Covid-19 Tahap 5

Ibu dan ayah kepada penyanyi Tasha Manshahar pernah menjadi salah seorang pesakit positif yang kuat bertarung menentang virus Covid-19 itu. Di Instagram, Tasha menceritakan kronologi penuh mengenai ibu dan ayahnya yang dijangkiti positif Covid-19. Lebih sebak, ibu kepada penyanyi ini berada di stage 5 dan sedaya upaya melawan virus tersebut sehinggakan dia sembuh dan dibenarkan keluar dari ICU.

Nafas pendek, batuk, pening

Tasha memuat naik video berdurasi 6:02 minit di laman Instagram berkongsi perjalanan dan kisah kekuatan ibu bapanya berdepan dengan Covid-19. Difahamkan, pada mulanya ibu penyanyi ini demam dan berjangkit kepada ayahnya. Pasangan itu didapati tidak mempunyai selera makan, selain, nafas pendek, batu, terasa pening dan berasa juga sakit-sakit di badan.

Kemudian, kedua-dua mereka menjalani ujian saringan Covid-19 dan didapati positif sebelum ibu Tasha dimasukkan ke Hospital Serdang pada 15 Mei 2021 kerana terdapat infection pada paru-paru. Manakala, ayah Tasha pula hanya perlu menjalani kuarantin di rumah sahaja.

Menurut Tasha, ibunya sudah tidak terdaya dan lemah sehingga memerlukan bantuan bekalan oksigen yang dibekalkan oleh doktor. Malah, ibunya juga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan tiub kerana kadar bacaan oksigen semakin berkurangan.

Dibawa ke pusat kuarantin

Setelah menjalani kuarantin di rumah, ayah Tasha pula dibawa ke pusat kuarantin di MAEPS, Serdang. Selepas empat hari dikuarantin di MAEPS, ayah kepada penyanyi itu dibenarkan untuk keluar dari pusat kuarantin kerana sudah sembuh.

Pada hari yang sama, mereka mendapat berita yang ibu kepada Tasha juga sudah sedar dan kesihatannya sudah stabil berbanding sebelum ini. Selepas 12 hari bertarung di ICU, akhirnya ibu Tasha sudah beransur pulih dan dibenarkan berpindah ke wad biasa.

Setelah hari ke-23 iaitu pada 6 Jun 2021, akhirnya ibu Tasha dibenarkan untuk keluar dari pusat kuarantin dan diisytihar sembuh dari Covid-19 stage 5.

‘I am strong’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @tashamanshahar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @GengKepoh

Sumber: Tasha Manshahar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*