Rakyat Brunei Dah Lama Tak Pakai Pelitup Muka, Ini Titah Sultan Brunei Buat Ramai Pemimpin Insaf

Baru-baru ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Baginda Isteri bersama kerabat di Raja berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiaj di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, Brunei.

Apa yang menariknya mengenai sambutan ini apabila meluhatkan hampir kesemua kerabat di raja dan rakyat Brunei sudah tidak lagi memakai pelitup muka dan hidung pada kala dunia sedang bergelut dengan pandemik dek Covid-19.

Tidak hairan bagaimana mereka sudah boleh hidup bebas seolah-olah sudah tidak ada Corona virus ini kerana lebih setahun negara Brunei Darussalam dilaporkan tidak mempunyai kes baru Covid-19.

Kes tempatan terakhir dilaporkan di negara ialah pada 6 Mei tahun lalu. Negara dengan populasi 450,000 penduduk itu pertama kali melaporkan kes Covid-19 pada 9 Mac 2020.

Walaupun setahun bebas daripada kes tempatan, Brunei masih mengesan jangkitan Covid-19 pada pelancong asing. Negara ini melaporkan satu kes baru yang diimport Covid-19 menjadikan jumlah nasional menjadi 229. Dengan penambahan itu, sebanyak 88 kes yang diimport telah disahkan sejak kes jangkitan tempatan terakhir pada 6 Mei 2020.

Menurut Kementerian Kesihatan Brunei, kes baharu itu melibatkan wanita berusia 20 tahun yang tiba dari Eropah melalui Singapura pada 23 April 2021. Wanita berkenaan mengalami demam bersuhu tinggi, batuk dan hilang deria bau dan rasa sejak 30 April. Siasatan telah mengesahkan bahawa tidak ada kontak rapat untuk kes tersebut kerana dia dikuarantin sebaik tiba di negara itu.

Dia dirawat dan dipantau di Pusat Pengasingan Nasional bersama dengan enam kes aktif lain, semuanya dalam keadaan stabil.

Berikut titah Sultan Brunei kepada rakyat

Baca Al Quran Negara Akan Mendapat Berkat Dan Berhias Dengan Cahaya

“Kita telah pakai sop biasa sebagai perisai bersepadu, Brunei sedang dibentengi keberkatan yang menakjubkan menyebabkan negara terselamat dari w4bak. Apa jua jenis vir.us yang membentuk w4bak tak akan mampu melangkui ayat ayat suci al quran. Kita orang islam jangan lari dari al quran”

“Beta mengharapkan kita orang Brunei akan menjadikan budaya membaca al quran itu sebagai budaya sepanjang zaman”

“Cahaya Al Quran mampu menerangi hati sanubariu bahkan menerangi alam ku.bur siapa yang tidak mahu mendapat cahaya seperti ini, pada hemat Beta, kita semua adalah makhluk”

Sejumlah tiga kem4tian dan 219 pemulihan telah dilaporkan setakat ini di Brunei.

Negara pertama Asia Tenggara yang menerapkan syariat Islam itu memulakan Program Vaksinasi Nasional pada 3 April tahun ini dengan 17,776 orang telah menerima vaksin Covid-19 hingga 5 Mei 2021.

Brunei telah membenarkan penggunaan kecemasan untuk beberapa vaksin, iaitu Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Sinopharm.

“Pada masa ini, vaksin Covid-19 masih dilaksanakan untuk fasa satu, yang terdiri daripada barisan depan, pelajar yang belajar di luar negara dan warga emas berusia 60 tahun ke atas,” kata Kementerian Kesihatan Brunei seperti yang dipetik daripada Xinhua.

“Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan dan warga emas kerana golongan ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti Covid-19. Warga emas mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami komplikasi yang lebih teruk,” kata kementerian itu.

Kementerian Kesihatan Brunei terus menggalakkan orang untuk mengambil bahagian dalam program vaksinasi nasional, walaupun tidak wajib.

“Mendapatkan vaksin Covid-19 adalah langkah paling berkesan untuk melindungi diri kita, keluarga dan masyarakat kita dari kesan berb4haya korona,” kata kementerian itu.

Berikut adalah langkah penceg4han Covid-19 yang dilakukan Brunei:

1)Pembinaan Bangunan Pusat Pengasingan Kebangsaan di Daerah Tutong bagi menempatkan pesakit-pesakit yang telah pun disahkan positif dari jangkitan Covid-19 untuk dipantau rapi.

2)Pembinaan bangunan tambahan Makmal Rujukan Virologi Kebangsaan di Kampung Sumbiling, Bandar Seri Begawan bagi menambah kapasiti dan mempercepatkan proses ujian makmal bagi Covid-19.

3)Penyediaan Pusat-Pusat Pemantauan bagi warga asing, rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang masuk ke Negara Brunei Darussalam dari luar negara bagi menjalankan kuarantin.

4) Penyediaan Self Assessment Tool healthinfo.gov.bn bagi membantu individu untuk membuat penilaian jika mereka menghidap simptom-simptom COVID-19 dan usaha untuk menghasilkan masa sebenar ataupun real-time Government dashboard.

5) Pembukaan Sementara Jambatan Penghubung Daerah Brunei-Muara bagi memudahkan aksesibiliti ke daerah Temburong. Jambatan berkenaan adalah dibukakan dari pukul 6 pagi hingga 6 petang sahaja setiap hari bermula 19 Mac 2020.

6) Elaun khas sebanyak $400 sebulan iaitu sebanyak RM1242.80 khusus kepada para doktor, jururawat, parademik, pemandu, ambulan, sukarelawan, pembersih, penjaga keselamatan dan kesemua mereka yang bertugas dengan Kementerian Kesihatan Brunei.

7) Pemantauan harga barangan sentiasa dijalankan bagi barangan seperti beras, gula dan barangan keperluan lain contohnya sanitizer tangan dan pelitup muka bagi melindungi pengguna.

8) Memperkasa perkhidmatan telekomunikasi bagi dapat memenuhi jangkaan permintaan yang makin meningkat.

9) Penutupan sementara masjid, surau dan balai ibadah seluruh negara Brunei Darussalam.

10) Acara-acara keramaian atau berkumpulan termasuk majlis perkahwinan dan acara kesukanan adalah tidak dibenarkan buat sementara waktu.

11) Premis-premis makanan termasuk restoran, kedai makan, kedai minum, kafe, medan selera, gerai makan dan seumpamanya tidak dibenarkan untuk menyajikan makanan di premis-premis dan hanya dibenarkanuntuk menyediakan makanan untuk dibawa pulang saja (takeaway).

Kompleks dan fasiliti sukantertutup diseluruh negara termasuk gimnasium, pusat boling dan padang golf serta muzium-muzium dan galeri, pusat-pusat belia, perpustakaan negara itu ditutup operasi.

MACAM MANA BRUNEI TIADA K3S C0vld 19?

Macam mana Brunei boleh tak ada k3s. Kalau ikutkan k3s diorang dahulu agak tinggi juga.

Dengan izin Allah hari ini, dari live Ustazah Asma Harun.

Katanya, dia ada sahabat di Brunei. Sahabatnya beritahu, setiap waktu pagi, semua rangkaian televisyen, radio, atau apa media sekalipun, mereka mewajibkan bacaan surah Yassin baca juga dia h0spital2 wad semua jabatan awam lain..

Sultan, Mnteri Agama, rkyat ke apa, semuanya wajib membaca surah yassin.

Allahu.

Mungkin Allah nak lihat, sejauh mana kebergantvngan kita kepada Allah, sekuat mana iman kita, sejauh mana kekuatan kita untuk meminta dengan Allah secara berterusan dan sejauh mana kita mampu mengekalkan akhl4k yang baik.

Perasan tak apa yang berlaku pada Malaysia sekarang nih? Kita saling meny4lahi sama satu lain, kita menghlna, kita mengeji.

Allah nak uji kita. Jadi kita kena ingat. Semua ini milik Allah. Kita kena selalu meminta Doa dengan Allah. Kita tak boleh jaga kita tapi ingatlah Allah yang jaga kita. Buat apa Allah suruh, tinggal apa yang Allah lar4ng.

Banyaklah Istighfar, berdoa, memuji Allah.

InsyaAllah.. Jom mula kan dari rumah setiap kita.. Moga Allah selam4tkan Malaysia…

Cc Fb majlis ilmu

Malaysia Juga Pasti Boleh Menang Sekali Lagi

Jangan berputus-asa wahai rakyat Malaysia. Kita juga pernah mencatatkan angka sifar kes Covid-19 sekitar Julai tahun lalu. Ini semua berjaya kita capai setelah bertungkus-lumus bersama-sama menjayakan PKP 1.0 yang disarankan kerajaan.

Dan, ternyata ia memberi impak yang sangat positif apabila kita dapat kembali menjalani kehidupan lebih baik walau denga norma baharu yang digariskan bersama beberapa SOP penting.

Dan, dengan semakin ramai rakyat Malaysia yang sudah mula mengambil vaksin diharapkan perlaksanaan total lockdown yang akan diadakan sekali lagi pada 1 Jun nanti akan memberikan kemenangan semula kepada rakyat Malaysia.

Apa yang penting sekarang adalah dengan mematahui saranan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk duduk di rumah dan amalkan SOP yang telah ditetapkan. Jangan merentas negeri dan daerah tanpa sebab yang munasabah.

Buat masa ini, ketepikan semua kepentingan diri. Kita harus berganding bahu untuk memutuskan rantaian wabak ini. Insya Allah, jangan putus berdoa.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*