“Sorry Abang Tiada Di Rumah” – Isteri Sambut Hari Jadi, Ebit Lew Tetap Beri Kejvtan Walaupun Jauh

Pendakwah bebas ustaz Ebit Lew menyambut ulang tahun kelahirannya isterinya pada 16 Jun.

Menerusi laman s0sial Instagram, Ebit memuat naik sekeping foto isterinya beserta satu ucapan hari jadi romantis yang dititipkan buat bidadarinya itu.

“Selamat hari lahir bidadariku, sorry bidadariku sayang abang tiada di rumah. Masih berada jauh. Syukur sempat buat kejutan pada bidadari. Terima kasih bidadariku I love you sayangku. Rindu teramat sangat. Terima kasih Allah memberi diriku bidadari yang baik dan dialah penguatku.

“Sorry ye sayang. Jawab bidadari saya, tak per abang. Perjuangan abang hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan. Tengok ramai anak kecil susah perlu duit untuk pembedahan. Ramai anak hilang tempat bergantung. Kehilangan rumah dan tiada siapa dalam hidup mereka. Teruskan abang, kita kan ada Allah yang sangat sayang kita.

“Selamat hari lahir bidadariku, I love you,” tulis Ebit di ruangan kapsyen.

 

Menerusi perkongsian itu lagi, kelihatan isterinya menerima kejut4n berupa kek hari jadi, jambangan bunga, belon serta hadiah istimewa barangan kemas daripada jenama Cartier.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan hari lahir kepada isteri Ebit dan pada masa yang sama mendoakan kesejahteraam pasangan itu.

Alhamdulillah semoga baik-baik sahaja di sama. Selamat hari lahir,” komen seorang wargamaya.

“Ustaz jaga diri ya. Kami semua mendoakan keselamatan Ustaz dan team,” doa seorang wargamaya.

Selamat hari lahir bidadari ustaz, sama tarikh dengan saya,” ujar seorang wargamaya.

“Happy birthday bidadari ustaz. Semoga diberkati Allah dan dilindungi Allah selalu,” ucap seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perk0ngsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sumber :  Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*