Caprice Beng@ng Dengan Influencer, Tak Pu@s Hati Dikompaun RM10,000 Oleh Farizan Zainal

Syarikatnya dikompaun RM10,000 selepas bersalah gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka dalam satu majlis pada Ramadan lalu, penyanyi rap Caprice reda dengan denda tersebut.

Bagaimanapun, Caprice merasakan tidak adil kerana reputasi syarikatnya, Rindu Raudah Sdn Bhd tercalar disebabkan tindakan seorang influencer yang menimbulkan masalah tersebut.

“Bagi saya daripada segi keadilan memang tak sepatutnya (dikompaun) sebab tiada satu pun gambar saya langgar SOP, tapi nak buat macam mana saya sebagai penganjur.

“Hanya disebabkan seorang personaliti media sosial ini, habis semua artis-artis lain pun kena kompaun. Saya tak kisah sebenarnay dengan jumlah RM10,000 yang kena kompaun itu tapi reputasi saya tecalar.

“Sebelum ini saya selalu ingatkan orang jaga SOP dan tak pasal-pasal hanya kerana dia seorang habis semua kena,” katanya.

Selain Caprice selaku penganjur, enam lagi selebriti iaitu Nur Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Iman Troye, Nurin Afiqah, Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob dikompaun sebanyak RM1,500 seorang.

Dalam pada itu, Caprice berkata disebabkan insiden tersebut hubungan baiknya dengan influencer itu keruh dan sudah putus kawan dengan wanita terbabit.

“Saya dengan dia memang kawan baik sebelum ini dan untuk majlis itu pun memang saya sendiri jemput dia sebab dia salah seorang sponsor untuk goodie bag.

“Tapi bila dah jadi viral, bila kita minta dia beri kerjasama tapi dia buat bodoh saya. Kalau dia mengaku salah, kami dan artis-artis lain pasti tidak akan kena kompaun macam ini,: katanya.

 

Sumber : Mstar via Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*