Janna Nick Bagi Bayangan Sedia Nak Kahwin Bila Target Simpan Rambut Panjang Sampai Pinggang

PENAMPILAN pelakon Janna Nick yang kini menyimpan rambut sehingga paras bahu menarik perhatian peminatnya memandangkan sebelum ini dia memilih untuk berambut pendek.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menerusi Instastory miliknya berkongsi pertanyaan daripada peminat yang ingin mengetahui kenapa dia menyimpan rambut panjang.

“Janna, kenapa pilih untuk rambut panjang kali ini?” tanya individu tersebut.

Janna memilih untuk rambut panjang ketika di majlis perkahwinannya nanti.

Membalas pertanyaan tersebut, pelakon berusia 26 tahun ini mendedahkan dia berhasrat untuk memiliki rambut panjang ketika di majlis perkahwinannya nanti.

Bagaimanapun pelakon drama siri Marry Me Senorita ini ketika dihubungi mStar pada Jumaat menafikan perkongsian tersebut merupakan bayangan dia bakal berkahwin tidak lama lagi.

Menurut Janna, dia hanya akan berkahwin apabila rambutnya panjang sehingga paras pinggang yang mungkin mengambil masa dalam satu atau dua tahun lagi.

“Macam yang saya tulis di Instagram, saya pilih untuk simpan rambut panjang sebab masa kahwin nanti nak gaya rambut panjang. Tapi bukanlah bermaksud yang saya beri bayangan akan kahwin dalam masa terdekat.

Sejujurnya, soalan bila nak kahwin itu tak memberi tekanan pun dekat saya.
JANNA NICK
PELAKON

“Ikutkan sekarang pun rambut saya baru paras bahu. Maknanya lama la lagi (kahwin). Saya nak tunggu rambut paras pinggang… Insya-Allah mungkin waktu itu saya akan kahwin.

“Jadi kena la tunggu rambut saya sampai paras pinggang nanti,” kata penyanyi lagu Akan Bercinta itu kepada mStar.

Untuk rekod, Janna kini menjalinkan hubungan cinta dengan aktor kelahiran Switzerland iaitu Dini Azan Schatzmann sejak Jun 2019.

Sempena ulang tahun kelahiran Janna yang ke-26 pada 1 Jun lalu, aktres itu menerima kejutan daripada teman lelakinya yang menghadiahkan sebuah motosikal jenis skuter Vespa.

Dini hadiahkan vespa merah sempena hari lahir Janna.

Dalam pada itu, Janna yang juga seorang pengacara mengakui dia tidak pernah tertekan dengan pertanyaan berkaitan perkahwinan.

Malah, dia gembira apabila kerap menerima pertanyaan tersebut kerana beranggapan ramai peminat yang tidak sabar untuk melihat hari bahagianya.

“Sejujurnya, soalan bila nak kahwin itu tak memberi tekanan pun dekat saya. Sebab saya percaya pada perancangan Allah dan kita pun tahu apa perancangan kita sendiri.

“Sebenarnya saya gembira apabila orang selalu bertanyakan soalan jodoh sebab bagi saya mungkin mereka ini yang teruja nak menantikan hari bahagia saya.

“Lagipun, saya lihat banyak komen yang positif apabila melibatkan soal jodoh, malah ramai juga yang mendoakan yang baik-baik untuk saya,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*