Tindak.an pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak memuat naik foto sebentuk cincin di InstaStory miliknya mengundang persoalan dan $pekulasi orang ramai.
Menerusi InstaStory tersebut, pelawak berusia 37 tahun itu berharap si penerima akan gembira dengan kejut.an dilakukan selain memohon doa agar semua yang dirancang akan dipermudahkan.
“I hope you happy with this surprise. Doakan semoga semuanya berjalan lancar,” tulis pemilik nama Mohammad Razizan Abdul Razak itu.
Malah selain foto cincin, pelakon filem Bulan dan Pria Terhebat itu turut berkongsi video memaparkan sejambak bunga dan hadiah yang akan diberikan kepada insan berkenaan.
“Bermulalah saat yang baru, kisah antara kau dan aku,” katanya romantis.
Berikutan itu, warganet tertanya-tanya adakah Zizan sudah menemui cinta sejati dan mengambil keputusan untuk melamar ‘gadis’ berkenaan atau mungkin sekadar gimik semata-mata.
Bagaimanapun, rata-rata berkata kejutan tersebut adalah untuk ibunya Anai Ibrahim kerana reka bentuk cincin itu sesuai dipakai bagi golongan yang lebih berusia.
Orang muda mana pakai cincin macam tu
Doa yang baik2, kot dah jumpa pilihan hati…
Untuk mak dia ni!
Terdahulu, menurut laporan media, Zizan mengakui terasa hati apabila sering menjadi ‘bahan’ netizen berkaitan hubungan cinta namun tetap mendoakan dirinya cepat dipertemukan jodoh.
Sumber: Instagram Zizan Razak & Official Hlive
via OMM
Leave a Reply