Masih beng@ng dgn ‘influencer’, tak pu@s hati dik0mpaun. Ini kata2 Caprice kepada semua sebelum terus ke Gaza

PENYANYI rap Caprice reda dan akan membayar k0mpaun RM10,000 yang dikenakan ke atas syarikatnya, Rindu Raudah Sdn Bhd selepas didapati bersalah gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka di majlis anjurannya pada Ramadan lalu.

Biarpun begitu, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, berkata, dia berasa tidak adil berikutan reputasi syarikatnya terc4lar akibat tindakan seorang personaliti media sosial yang mencetuskan masalah sehingga perkara ini menjadi tular.

“Bagi saya daripada segi keadilan memang tak sepatutnya (dikompaun) sebab tiada satu pun gambar saya l4nggar SOP, tapi nak buat macam mana saya sebagai penganjur.

“Hanya disebabkan seorang personaliti media sosial ini, habis semua artis-artis lain pun kena kompaun. Saya sebenarnya tak kisah dengan jumlah RM10,000 yang kena kompaun itu tapi reputasi syarikat dan diri saya dah tercalar.

“Sebelum ini saya selalu ingatkan orang jaga SOP dan tak fasal-fasal hanya kerana dia ini seorang habis semua kena,” katanya ketika dihubungi mStar.

Selain Caprice selaku penganjur Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada 29 April lalu, beberapa selebriti tempatan iaitu Nur Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Iman Troye, Nurin Afiqah Zulkifli, Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob turut dikompaun sebanyak RM1,500 seorang.

Dalam pada itu Caprice berkata, gara-gara insiden berkenaan, hubungan baiknya dengan personaliti media sosial itu keruh dan boleh diibaratkan sudah ‘putus kawan’ dengan wanita tersebut.

Bagi saya dari segi ketidakadilan memang tak sepatutnya (dikompaun) sebab memang tiada satu pun gambar saya langgar SOP.

“Saya dengan dia memang kawan baik sebelum ini dan untuk majlis itu pun memang saya sendiri jemput dia sebab dia salah seorang sponsor untuk goodie bag.

“Tapi bila dah jadi viral disebabkan foto-foto yang dimuat naik, bila kita minta dia beri kerjasama tapi dia buat bodoh sahaja. Kalau dia mengaku salah, kami dan artis-artis lain pasti tidak akan kena kompaun macam ini.

“Sekarang kes mahkamah saya dengan dia masih lagi berjalan… saya dah pun failkan saman sebab dia langgar SOP majlis dan jatuhkan reputasi syarikat saya. Manakala dia pun ada hantar surat saman daripada peguamnya mengatakan saya menfitnah dia… kita tunggu sahaja nanti bila kes ini akan dibicarakan,” katanya.

Caprice akui reputasi syarikat tercalar.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, pihak polis membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel yang turut dihadiri beberapa artis.

Gambar yang tular menunjukkan beberapa artis melanggar SOP kerana tiada penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke majlis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, tindakan itu diambil selepas mereka didapati melanggar SOP panganjuran majlis sosial Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

MasyaAllah! Bertuahnya Caprice dapat peluang ke Gaza – “Maafkan, halalkan makan dan minum saya”

MENYIFATKAN sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka, penyanyi rap Caprice memberitahu dia mendapat kebenaran untuk memasuki Gaza, Palestin pada malam Rabu.

Menerusi Instagram, Caprice berkata, dia terbang ke negara bergolak itu bersendirian bagi mengikuti misi kemanusiaan dan meminta orang ramai mendoakan semuanya berjalan lancar.

“Tolong doakan saya Malaysia. Last minute saya dapat kebenaran untuk masuk ke Gaza.

“Cuma kita kena fly sorang-sorang malam ni.

“Forgive me for any mist4ke. Halalkan makan minum, ” tulisnya.

Perkongsian Caprice di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, dia juga berjanji untuk mengharumkan nama negara dan rakyat Malaysia.

Sementara itu, rata-rata netizen termasuk rakan selebriti turun mendoakan agar urusan penyanyi itu dipermudahkan.

“Bertuahnya semoga dipermudahkan perjalanan dan misi bermakna” tulis Fedtri Yahya.

Tolong doakan saya Malaysia. Last minute saya dapat kebenaran untuk masuk ke Gaza.

“Masha Allah, kamu memang seorang yang bertuah. Semoga perjalanan kamu selamat. Buat kami bangga” ujar Catriona Ross.

Caprice antara selebriti yang lantang mengutuk keke4man reji.m Zi0nis terhadap bumi Gaza.

Malah, dia pernah mencetuskan kontr0versi apabila bertindak berdebat dengan dua influencer Isr4el berkaitan dengan isu semasa itu.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*