Bantuan Bendera Putih! Sharnaaz Ahmad Hulur Sumbangan Buat Orang Ramai

Ketika kempen kibarkan bendera putih dilancarkan oleh orang ramai di media sosial, selebriti tanah air turut sama tidak ketinggalan untuk menyokong dan membantu orang ramai.

Sharnaaz Ahmad Beri Bantuan 

Selain selebriti terkenal seperti Datuk Aznil Hj Nawawi, Nourul Depp yang menyokong kempen ini, pelakon dan usahawan Sharnaaz Ahmad menerusi laman Instagram nya memaklumkan dia akan turut memberi bantuan buat mereka yang terputus bekalan makanan.

Ajak Rakan Artis Kongsi Video Pemberian Bantuan 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Malah pelakon Aku Bukan Malaikat ini mengharapkan pengikut di laman Instagram dapat berkongsi video yang dimuatnaiknya selain mengalu-alukan rakan selebriti yang lain untuk turut sama berkongsi hantaran berkenaan.

“Bantuan untuk bendera putih”

“Tolong share video ini dan bantu org yang memerlukan di sekeliling anda ok kawan kawan.. rakan artis dialu- alukan share ja pun tak minta apa apa pun.. thank you” tulisnya

Malah pengikutnya turut mendoakan agar urusan pemberian bantuan tersebut berjalan dengan lancar. Terdahulu, Murai.my melaporkan netizen di media sosial telah menjalankan kempen kibarkan bendera putih di premis kediaman mereka yang memerlukan bantuan agar pihak tertentu dapat memberi sumbangan.

 

Sumber : Murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*