“Hilang Stress” Gelak Tanpa Sebab, Ramai Terhibur Tengok Keletah Anak Bongsu Alif Satar

Kata orang biasanya anak perempuan akan lebih rapat dengan ayah sebab ayah merupakan lelaki pertama yang menyanyangi diri mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Tapi itu tidak bermakna anak lelaki diketepikan oleh si ayah kerana kebiasaannya anak lelaki ini juga akan menjadi peneman si ayah apabila nak bermanja.

Cuma rasanya kaedah bermanja yang digunakan oleh pengacara Alif Satar ini lain daripada yang lain apabila beliau ketawa tanpa sebab bersama dengan anak bongsunya iaitu Muhammad Ali.

Video yang dikongsikan oleh Alif itu benar-benar membuatkan ramai terhibur walaupun anak beranak itu hanya ketawa tanpa sebab.

Lebih melucukan, Alif turut membuat gaya mulut sama seperti Ali sehingga membuatkan si kecil itu tak henti ketawa.

Simple je sebenarnya nak rasa bahagia, dengan cara mudah seperti itu pun dah buatkan hati kita tenang.

Sumbert foto dan video: Instagram Alif Satar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*