Jen4zah tidak dibenarkan singgah ke rumah, ini sebabnya buat ramai sayu

Bentong: Bukan hanya keluarga, bahkan video tular menunjukkan sekeluarga yang hanya dapat melihat van jenazah diiringi polis melalui hadapan rumah mereka di Janda Baik, di sini turut mengundang sebak sesiapapun yang menontonnya.

Video berdurasi lebih seminit itu tular di media sosial sejak kelmarin, difahamkan membawa jenazah warga emas yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) pada 2 Julai lalu.

Menurut seorang pengguna Facebook dengan nama Norasma Tahir, jenazah adalah ibunya dengan mereka sempat melakukan panggilan video terakhir pada 9.30 pagi, 2 Julai sebelum ibunya menghe.mbuskan n4fas terakhir pada 10.29 pagi, pada usia 86 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pasukan peronda (MPV) diketuai Asisten Superintendan Mohd Mustafa bersama dua anggota mengiringi petugas hospital yang membawa jenaz5h mngsa untuk dikebumikan.

“Oleh kerana prosedur operasi standard (SOP) pengurusan jenazah Covid-19 yang ketat, kenderaan tidak dibenarkan singgah di rumah dan jenazah perlu terus dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Janda Baik.

“Bagaimanapun, atas dasar prihatin, anggota MPV yang mengiringi jenazah telah memperlahankan kenderaan ketika melalui rumah mangsa dan memberi peluang waris untuk memberi penghormatan dan berdoa buat arwah, secara melihat dari tepi jalan,” katanya dalam kenyataan.

Zaiham memuji tindakan anak buahnya atas keprihatinan itu dengan Mohd turut memohon maaf kepada waris mangsa kerana tidak dapat melihat jenazah dan meminta mereka supaya sabar dan reda.

Jen4zah tidak dibenarkan singgah ke rumah lantaran SOP yang ketat… Namun kenderaan jenazah diperlahankan bagi memberi peluang keluarga memberikan lambaian terakhir.  Lokasi Janda Baik, Bentong.

Rata-rata rakaman tersebut mengundang sayu netizan

Allah… tak leh tahan tgok video ni, terus meleleh air mata, meremang semua. Rasa sedih tertanggung walau bukan keluarga, tapi kita rasa kesedihannya.. moga Arwah ditempatkan bersama org beriman

Apa kat anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*