Betul Ke Perempuan Mesti Tak Boleh Duduk Diam Bila Tengok Lelaki Pakai Kereta HONDA

Saya nak kongsi sikit ni pasal pompuan kat luar sane tu yg suka mengedik bila tgk lelaki naik honda.Nampak simple, tapi blh buat gaaduh laki bini..especially suami org. Cerita mcm ni, ptg td masa nak beli burger tepi kedai mkn..

Husband sy trun la beli burger dan sy duk dlm kereta dgn anak. kereta parking betul2 depan kedai burger. tinted gelap la sikit. masa sy duk dlm kereta, Pastu sy perasan la, ade 2 org budak pompuan ni.. Duk bercakap sambil tgk2 husband sy dan buat muka gedik, senyum2..

“ Mentang-mentang laki aku naik kereta Honda, kau nak menggedik dah… Apasal semua perempuan kat luar sana suka sangat kat lelaki pakai HONDA???…”

NAK MENGGATAL PLAK

Maybe diorg xperasan sy ada dlm kereta. pastu sy tgk plak, husband sy kot2 melayan diorg ni,, nasib baik sy perhati kan husband sy tu, die xmelayan, duk menyembang jer dgn abg burger tu pasal PRU,, sy dgr sbb sy buka tingkap sikit.. Mungkin xbrani mengatal sbb sy ada. Hihi.. doa2 kan yer Husband sy xmcm tu..

Pastu sy perhati balik budak pompuan 2 org tu,, mcm xpuas hati sbb husband sy xlayan, pastu nampak yg budak pompuan yg sorang ni bgthu member die,, duk tunjuk2 husband sy smbil senyum nak goda mcm tu.. Pastu, sy xtahan sngt dgn kegedikan diorg tu.. Nahh sy buka lampu dlm kereta maka nampak la sy dgn anak ni dlm kereta. Terus budak pompuan tu diam…

PESANAN UNTUK GADIS GADIS YANG GILAKAN HONDA

Cuma kat sini nak pesan kat pompuan luar sane, bila tgk lelaki naik honda jer, jgn gedik mcm xda maruah.!! dan jika budak pompuan tu ade baca ni,, ni nak bgthu.. Kereta honda tu keReta aku.. aku yang bayar.,,bukan kereta husband aku.. Dan jgn angap Semua org lelaki yg bawak honda ni,, tu kereta diorang punyer… ade yg wife die punyer.. Pergi keje cari duit sndri beli honda sndri.

Jangan nak mengharap kat org lelaki pakai honda sampai xpk org tu suami org ker, tunang org ker… Bapak org ker.. dan buat lelaki pulak,, kalau da ade isteri jgn nak melayan pompuan kat luar. Diorg cuma nak duit kau jer.. ingt sikt kat isteri kat rumah tu,, yg jaga pakai minum kau sampai kau bergaya walaupun hakikat kau xda pape..jgn lupe diri.

Itu jer nak luah. Sbb xtahan dgn sikap pompuan yg suka mengedik bila tgk lelaki naik honda.. Ok da membawang.! Yg kecaam confirm geng pompuan gedik Dan lelaki suka menggatal.. terima kasih.

Sumber : facebook

4 sebab mengapa pengguna Honda menjadi pilihan makwe dan mak mertua!

Terdapat banyak jenama kereta di Malaysia. Namun antara yang paling utama semestinya Honda. Ada yang berpendapat, pemilik Honda adalah dambaan para gadis dan ibu mertua.

Kami faham dengan tanggapan tersebut dan bersetuju. Oleh itu, berikut adalah 4 sebab mengapa pengguna Honda menjadi pilihan makwe dan ibu mertua!

Setia

Lelaki yang menggunakan Honda selalunya setia bersama pasangannya. Hal ini kerana, lelaki yang menggunakan Honda tiada masa untuk wanita lain kerana disibukkan dengan keretanya.

Dengan pelbagai pilihan aksesori yang menarik dari segi luaran dan prestasi, pastinya banyak masa yang diluangkan oleh peminat Honda untuk mengkaji dan menilai pilihan aksesori manakah yang sesuai untuk jentera mereka.

Selain itu, Honda memang mempunyai peminatnya yang setia. Kesetiaan itu pastinya dicerminkan kepada pasangannya dan keluarganya. Kebanyakan peminat Honda pasti akan mengesyorkan jentera Honda kepada keluarga, sanak saudara dan juga rakan-rakan.

Berjiwa kental

Pengguna jenama Honda pastinya berjiwa kental dan tahan makian. Hal ini kerana walaupun dicemuh dengan pelbagai kata-kata nista oleh masyarakat yang berpandangan senteng, rata-rata pengguna jentera Honda tidak terkesan dengan cacian yang dilemparkan.

Baru baru ini, Honda dilaporkan mengalami masalah fuel pump yang melanda produk mereka. Namun, jarang sekali kami lihat pemilik Honda sendiri mengecam Honda disebabkan kecuaian kecil ini. Yang pastinya, pemilik kenderaan bukan Honda yang mengambil kesempatan melemparkan kata-kata cacian.

Pemilik Honda tetap tenang sahaja dalam menangani isu tersebut. Tiada produk yang dicipta sempurna di dunia ini. Jadi, apalah sangat kata-kata cacian oleh pengguna bukan Honda itu? Memang berjiwa kental!

Kewangan yang kukuh

Honda paling murah yang boleh dibeli adalah Honda Jazz 1.5S. Bayaran bulanan untuk Honda Jazz ini sahaja mencecah RM 800 sebulan untuk tempoh pinjaman maksimum 9 tahun. Ini adalah hampir 2 kali ganda daripada bayaran bulanan Perodua Axia mahupun Proton Saga.

Oleh yang sedemikian, kami yakin bahawa pemilik Honda mestilah mempunyai asas kewangan yang kukuh. Dengan asas kewangan yang kukuh, sudah pasti mereka digilai oleh wanita-wanita yang dambakan seorang lelaki dengan kewangan yang kukuh.

Walaupun ramai yang mungkin tidak setuju dengan kenyataan ini, mari lihat semula. Tanpa kewangan yang kukuh, sudah pastilah pengguna tersebut tidak mampu lagi menggunakan Honda. Mereka pun mungkin sudah beralih dengan menggunakan kereta jenama lain. Oleh itu, mereka bukan lagi dalam kalangan pemilik Honda.

Rekaan yang menarik

Pepatah ada menyebut, hanya jauhari mengenal manikam. Begitu jugalah dengan pemuda yang tampan, hanya menginginkan kereta yang setaraf dengan ketampanannya.

Jika hendak dibandingkan dengan pesaing terdekatnya iaitu Toyota, kebanyakan rekaan Toyota sangat membosankan. Hal ini kerana, Toyota tidak mementingkan aspek rekaan. Semua yang direka oleh Toyota direka berdasarkan pandangan praktikaliti dari segi bungkusan barang, guna semula daripada model lain/lama dan kemudahan pihak pembekal. Tiada ruang yang banyak untuk meningkatkan lagi tahap rekaan supaya lebih menarik.

Walaupun menitikberatkan aspek praktikaliti, harga Toyota tidaklah jauh lebih murah berbanding Honda. Oleh itu, dengan harga yang sama kompetitif tetapi inspirasi rekaan yang jauh berbeza, ternyata Honda lebih banyak dipilih oleh rakyat Malaysia.

Begitulah tadi sedikit sebanyak sebab mengapa jenama Honda menjadi pilihan makwe dan ibu mertua. Mungkin ada yang terfikir, jenama yang lebih mahal tentulah dambaan para gadis. Namun, di situ anda silap. Jenama yang lebih mahal lebih selalunya menjual gaya hidup, prestij dan warisan dan bukannya sekadar menjual kereta.

Honda Malaysia sedang menikmati waktu-waktu kegemilangan bermula tahun 2014 hingga kini dengan mengungguli tangga ke 2 dan ke 3 bagi pengeluar kereta paling laris sepanjang 5 tahun belakangan ini. Sebagai sebuah jenama yang tidak asing lagi, rakyat Malaysia berharap Honda akan mempertimbangkan Malaysia sebagai pasaran utama mereka.

PERHATIAN: Pihak Kualalumpur Viral tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komentar yang telah diberikan oleh pembaca kami. Kerana ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami.

Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komentar anda disini. Pihak Kualalumpur Viral juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

kredit: https://www.wapcar.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*