Mekap Mahal Tapi Pelamin Murah – “Yang Penting Aku Cantik”

Seorang pengantin perempuan menjadi tul4r di media sosial selepas solekan yang digayakan semasa hari persandingannya dikatakan tidak padan dengan majlisnya yang begitu sederhana, lap0r laman berita Merdeka.com semalam.

Video yang dimuat naik oleh pemilik Instagram @tante_rempong itu menunjukkan suasana pernikahan sepasang pengantin dengan dekorasi yang sangat sederhana.

Pengantin wanita memilih solekan yang berharga jauh lebih mahal berbanding dekorasi majlis persandingannya. – Instagram

Namun, solekan yang yang dikenakannya nampak begitu berbeza dan dia dikatakan memilih solekan yang mahal.

“Ini definisi solekan mahal berbanding hiasannya.

“Lepas tahu harga solekan ini, saya terk3jut kerana dekorasi pelamin cuma 500 ribu rupiah (RM144) sementara solekan pula harga jutaan rupiah (RM300),” tulisnya pada keterangan video.

Melalui video tersebut, perakamnya berkata pengantin tersebut memilih solekan jenis mahal kerana mahu kelihatan cantik pada hari persandingannya.

Pengantin wanita memilih solekan yang berharga jauh lebih mahal berbanding dekorasi majlis persandingannya. – Instagram

“Kata pengantin, tidak mengapa jika solekannya mahal kerana yang penting dia kelihatan cantik,” tulis pemilik video lagi.

Netizen turut meninggalkan komen dengan memuji hasil solekan pengantin tersebut yang disifatkan cukup cantik.

“Bagus kerana pengantin tahu apa yang seharusnya menjadi keutamaan. Saya juga lebih memilih solekan mahal dan tidak pudar berbanding dekorasi majlis yang mahal,” tulis seorang netizen.

“Tidak mengapa yang penting hasil solekannya memuaskan hati,” tulis seorang lagi netizen.

Sumber: Kosmo! Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*