Hampir sebulan lebih dah pkp dilaksanakan tapi kes positif covid 19 makin meningkat naik. Tak boleh berdiam sekali ini pesanan dari Tmj kepada ahli politik.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan supaya ahli politik di Johor supaya memberi keutamaan kepada krisis kesihatan dan ekonomi di negeri ini. Tunku Ismail dalam hantaran di akaun Facebook rasmi baginda bertitah, dua isu berkenaan seharusnya perlu menjadi tumpuan bukannya perkara lain termasuk berpolitik.

“Saya ingin memberi pandangan dan nasihat yang ikhlas kepada semua ahli politik di Johor ataupun mana-mana. “Anda harus memberikan keutamaan kepada krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang kini berada di tahap yang amat membimbangkan. Sekarang bukan masa untuk berpolitik.

“Anda semua dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat demi rakyat dan negara. Tolonglah berikan tumpuan untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan cuba sedaya boleh untuk memerangi pandemik ini,” titah baginda.

Tunku Ismail turut meminta ahli politik di negeri ini mengenepikan perbezaan mereka buat sementara waktu. “Ketepikan segala perbezaan politik, lakukan gencatan politik buat sementara ini dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada rakyat “Ini adalah masa untuk berkhidmat dan membantu rakyat,” katanya.

Kredit: HMetro & HRH Crown Prince of Johor FB

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sebak dengan pemergian ayah Ustaz Ebit Lew. Ini ucapan dari Tmj buat ramai yang terkedu.

Kalau sebelum ini pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi berita mengenai tahap kesihatan ayahnya yang kurang memuaskan kerana mengalami sakit perut stage akhir dan terpaksa dimasukkan di wad untuk pemantauan.

Kongsi Ustaz Ebit Lew di akaun instagramnya setelah mendapat perkhabaran bapanya menin. Bapa kepada pendakwah bebas dan juga dermawan yang amat dikenali, Ustaz Ebit Lew, Ibrahim Lew pergi menghadap illahi sebentar tadi.

Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram, Ebit meluahkan rasa sedihnya dan dalam masa yang sama menjelaskan bahawa bapanya masih berada di Hospital Gleneagles dan bakal di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi serta diuruskan. Terang Ustaz Ebit lagi, bapanya itu akan di bawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk diuruskan di sana.

“Ya Allah Beratnya Rasa Ujian Ini!”

Ini perkongsiannya: Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapa saya yang tercinta baru sahaja pergi menghadap illahi. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapa pergi dulu. Nanti Ebit sampai ya. Ya Allah ampunilah bapa. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapa dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayah ku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untuk ku.

Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah.

Minta Doakan Bapanya

Sebelum itu, Ustaz Ebit memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan bapanya, Ibrahim Lew, 84, yang sedang sakit akibat penyakit perut tahap akhir. Pada ketika itu Ustaz Ebit berkongsi tentang keadaan ayahnya semakin teruk dan menanti hari kerana sakit tersebut sudah merebak ke semua anggota badannya yang lain.

Namun begitu, bapanya sempat berpesan supaya Ustaz Ebit meneruskan kerja dakwah dan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Rata-rata ramai follower Ustaz Ebit Lew menitipkan ucapan takziah kepadanya dan keluarga.

Ucapan Dari TMJ Buat Ayah Ustaz

Malah, berita pemergian ini turut mendapat respon dari Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail yang sempat menitipkan ucapan takziah buat keluarga Ustaz Ebit Lew.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ebit Lew kongsikan berita sedih. Ebit Lew kongsikan bapa baru pergi menghadap illahi.

Minggu lalu, pendakwah bebas Ebit Lew berkongsi perkembangan di mana beliau telah melawat bapanya yang sedang tenat di hospital setelah pulang dari misi kemanusiaan di Gza.

Namun pada hari ini, warganet dikejutkan dengan berita pemergian bapa pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew terbabit. Perkhabaran duka itu dikongsi sendiri oleh pendakwah berusia 37 tahun itu menerusi laman sosial Facebook miliknya, petang ini.

Pohon doa buat bapa. “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja pergi menghadap illahi. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak,” coretnya sayu.

Difahamkan lagi, bapanya Ibrahim Lew kini berada di Gleneagles Hospital dan bakal dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Seterusnya, akan dibawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk diuruskan di sana.

Dalam pada itu, pemilik perusahaan Elewsmart itu turut meminta doa daripada orang ramai dan memohon agar menghadiahkan al-Fatihah buat bapa tercinta. Terdahulu, Ebit berkongsi bahawa keadaan bapanya sudah semakin tenat kerana sel telah merebak ke seluruh badan.

Lebih mengharukan lagi ketika bapanya masih sedar, bapa sempat menitip pesan sewaktu beliau di luar negara agar meneruskan misi kemanusiaan dengan membantu orang lain sampai bila-bila. Allahuakbar, ramai yang bersedih dengan perkhabaran ini. Terima kasih bapa Ustaz Ebit Lew kerana telah membesarkan & mendidik seorang insan hebat. Salam takziah. Al-Fatihah.

Sumber: Facebook Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tengah menanti hari. Sebaknya bila tengok Ustaz Ebit Lew lengkap dengan Ppe ziarah ayah yang tengah tenat.

UMUM mengetahui bapa kepada pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sedang dirawat di hospital kerana kesihatannya semakin merosot sejak bulan lalu. Malah Ebit kerap kali membuat hantaran di laman sosial berkongsi situasi kesihatan bapanya, Ibrahim Lew..

Dalam perkongsian terbaharunya, Ebit yang sedang menjalani kuarantin selepas pulang daripada menjalankan misi bantuan kemanusiaan di Gz bergegas menziarahi bapanya yang tenat, siap dengan mengenakan sut kelengkapan pelindung diri (PPE).

Dalam perkongsian tersebut juga, Ebit memaklumkan bahawa bapa kesayangannya yang berusia 84 tahun itu disahkan menghidap sakit perut tahap empat. “Doktor kata sakit perut last stage. Menanti hari. knsr dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya.

“Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full PPE dan test covid negatif. Terima kasih KKM, ” tulisnya. Dalam nada berbaur sebak, Ebit meluahkan rasa ralat kerana tidak dapat bersama-sama di samping bapanya ketika ini kerana masih berada dalam tempoh kuarantin.

“Lama lagi kuarantin. Maafkan Ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan ye, “tulisnya. Jelas sedang bersedih, Ebit dalam masa yang sama turut memohon agar rakyat Malaysia mendoakan bapanya.

“Pohon doakan buat ayah saya ye. “Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.

“Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. “Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan. Saya hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya.

Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah, ” tulisnya lagi. Sementara itu ruangan komen pada perkongsian Ebit di Instagram dibanjiri dengan doa dan kata-kata semangat warganet agar pendakwah tersebut tabah menghadapi ujian.

“Bertabah dan kuat kan semangat ustaz. “Allahuakhbar. Besar ujian ustaz. Moga Allah permudahkan urusan ustaz. “Semoga yang baik-baik buat keluarga ustaz, semoga ayah ustaz diberikan kesembuhan, ” demikian antara komen warganet.

https://www.instagram.com/p/CQ9uzOllNc8/

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ustaz Ebit Lew baru je balik di Malaysia terus gerakkan misi bantuan makanan. Memang bagus betul.

Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh Malaysia. Kerja-kerja sukarelawan dan bantuan kemanusian yang digerakkannya cukup masyhur di seluruh tanah air.

Kadang-kadang, apabila timbul sahaja isu-isu masyarakat terutamanya melibatkan golongan yang tidak bernasib baik, beliau adalah antara individu terawal yang muncul menghulurkan bantuan. Malah, baru-baru ini, beliau bersama pasukannya terbang ke bumi Gaza untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan disana.

Baru sahaja pulang dan tiba di Malaysia semalam, beliau khabarnya terus menggerakkan misi bantuan makanan untuk seluruh Malaysia pula. Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh beliau sendiri di laman facebooknya sebentar tadi.

Ikuti perkongsian beliau dibawah. Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sediih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangiis baca berita-berita di Malaysia orang membahayakan diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini. Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu.

Lokasi & No Telefon

Kota Kinabalu,Sabah 01121820646 Seberang Perai Utara,Penang 0184636181 Semporna,Sabah 0115902312 Bintulu,Sarawak 0164035460 Senawang,Negeri Sembilan 0173164974 Bandar Kuantan,Pahang 01161096263 Kudat,Sabah 0169771243 Pasir Mas,Kelantan 0179478716 Sungai Petani,Kedah 01127226330 Ipoh,Perak 01151523766 Kunak,Sabah 0166033149 Pasir Gudang JB 0107068364 Kuala Terengganu 01120507611 Kuala Lumpur,Selangor 0176296906

Semoga usaha Ustaz Ebit dipermudahkan dan lebih ramai individu-individu yang sedang dalam kesus4han ketika ini menerima bantuan yang sewajarnya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Siakap keli

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Muat Naik Gambar Dengan Anak Perempuan. Terkejut Sekali Ini Yang Terjadi Pada Fb Ustaz Ebit Lew Lepas Dia Muat Naik Gambar Tu.

Siapa yang tidak kenal dengan insan yang bernama Ustaz Ebit Lew. F.igura ini dikagumi seluruh rakyat Malaysia kerana pendekatan dakwahnya menerusi kerja-kerja kebajikan tanpa mengira kaum dan agama. Umum mengetahui, pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew sering membuat kejutan demi kejutan dalam membantu orang-orang yang kesusahan. Di mana sahaja ada msibah, pasti di situ jsadnya berada.

Dari keluarga miskin, banjir, petugas barisan hadapan, golongan istimewa, penghantar makanan sampailah ke balai polis, semua beliau pergi. Pantang ada orang s.usah, InsyaAllah takkan lari daripada senarai menunggunya. Hari ini tular, esok lusa bantuan sampai. Tidak kira di mana, ceruk kampung, rumah flat tengah bandar, dalam hospital sampailah kampung air di Sabah, pasti kakinya akan jejak tempat tersebut.

Kecekapan pasukan NGO nya, Persatuan Kasih Umat Malaysia tak perlu diceritakan lagi. Malah siap berpeluang bekerjasama dengan agensi-agensi bera.utoriti untuk menjalankan misi. Walaupun aktif menjalankan seminar Keluarga Sunnah, ceramah agama, buka butik Elews Design, buka restoran Paramount Coffee House, buka kedai runcit Elews Mart, beliau tak pernah menunjuk nunjuk.

Apa yang dikongsi, hanyalah semata-mata perkongsian sebagai inspirasi dari hati. Malah apa yang disulamkan dalam setiap bait kata-kata hanyalah tentang p.edoman dan nasihat. Kalau perhati cara beliau bercakap, gaya bahasa tubuhnya, nada suaranya, semuanya diekspresikan dengan penuh rendah hati.

Walaupun sibuk menghantar bantuan di sana-sini, Ustaz Ebit tak pernah lupa isteri di rumah.
Bertahun-tahun menyulam cinta, masih lagi kekal memanggil isteri sebagai bidadari. Anak-anak pula dididik dengan acuan agama.

Selalu pergi mana-mana orang ajak selfie. Ni safiyyah lew ajak selfie. Selamat hari raya anakku. Apa misi ayah lepas ni? Ayah mesti penatkan? Ayah rehatlah sikit. Kasihan ayah. Doakan ye anakku. Ayah buat semua ni cuma kerana ingin menunjukkan sikit rasa syukur pada Allah. Terima kasih pada Allah. Dari kecil sampai sekarang dia dengar doa ayah. Tak berhenti buat baik pada kita. Yang beri semuanya. Tiada kita punya. Semuanya milik Allah.

Anak sulung ayah. Terima kasih bidadariku melahirkan dan jaga anak-anak ni semua. I love you bidadariku. Wahai anakku, betapa ayah sangat menyayangimu. Jadilah anak yang menjaga solat dan menjaga agama. Sayangi dan memuliakan umi yang melahirkan dan menyayangimu. Teruskan kerja memberi manfaat untuk ummah sehingga hari kita bertemu dengannya. Apa yang menarik perhatian ialah komen komen yang diberikan warganet masing masing terus memanggil uztaz ebit lew dengan panggilan ayah.

Reaksi Orang Ramai

Nampak muka penat sngt tu abi, banyakkan istirehat. Nti kita sama2 berdakwah bila pkp dh reda. Semoga ayah sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.. insyallah slpas selesai smua sy ziarah ayah.. ayah jaga diri baik2 ye. Assalamualaikum baba.. Semoga baba sentiasa sihat dan dilindungi Allah SWT.. Maaf tak dapat balik beraya bersama.. Baba teruskan dengan kerja kebajikan baba yer.. Biar anaknda yang uruskan pasaraya baba.. Maghrib dulu yer baba.. Assalamualaikum. Semoga ayah sihat selalu dlm perjuangan. Sy dan ayah bnyk persamaan. Ayah kena jaga diri ayah.Nanti Ada jodoh kita jumpa Harap sangat dapat jumpa dengan Ayah.

Saya just scroll komen cari suami ja nie. Takut dia pun salah ayah.. Saya xnk dia tersasar ja… Selamat hari raya ustaz.

ArtikelByOM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*