Norish Karman Tiba2 Srang Adik Arwah Benjy. Soalan Dia Tye Memang Tak Kena Tempat, “Kubvr Abang Tu Merah Lagi”

Adik kepada pelakon Allahyarham Benjy, Inessa Irdayanty terkilan apabila menerima kiriman mesej daripada seorang pelakon wanita yang melemparkan tudvhan terhadap keluarganya.

D4kwa Inessa, individu berkenaan menghantar mesej menerusi akaun Instagramnya dengan mempertikaikan tindakannya sekeluarga yang seolah-olah tidak mengendahkan arwah sepanjang di penj4ra.

“How can you say you love your brother yet he had to seek others help for medical bills? Pakaian arw4h tak tukar dua tahun.

“Hati jenis apa you orang miliki dengan membiarkan seorang abang s4kit dalam penj4ra. Saya sedih, sedih amat sangat, terkilan tak dapat bantu arw4h… Too bad he didn’t reach to me, or i would make sure he finishes his sentence and back to Malaysia to do us proud. He is one of best actor ever.

“If your mother knew this, she would feel so damn sad. Tak malu ke tak ada h4ti pervt ke NO humanity ke sampai abang nak bayar medical bills RM500 saja tak mahu tolong? Selfish.. Evil,” tulisnya.

Terkesan dengan tudvhan berkenaan, Inessa memaklumkan dia sendiri berhempas pulas untuk membantu meringankan beban arwah abangnya termasuk menyara keluarganya.

“Saya tak pasti akaun ini betul atau palsu. Aku tak habis menangis lagi, tan4h kvbur abang aku masih merah lagi, kau boleh tanya aku benda-benda macam ni? Kau c4ri p4sal!

“Aku tengah kerja, dapat your message, mula nak ignore. But you dragged my sister and my mom into this? Kau cari pasal.

“Kat profile tulis takziah la you’re my idol la apa bagai, pastu to me, tergamak tulis camtu.

“Kau tahu ke berapa banyak kakak aku kasi kat Ben tiap-tiap bulan? Kau tahu ke how kakak aku juggled 3-5, sometimes SEVEN jobs at one time (!!!) sampai masuk hospital banyak kali sampai doktor yang beri arahan suruh dia berhenti kerja, sebab dia bagai NAK M4TI cari duit nak hantar kat abang aku? Kau tahu ke berapa kali kakak aku NAK BUNvH DIRI sebab tak t4han ngan pressure jaga abang aku?

“Kau tahu ke bapak aku dah sakit empat tahun, aku jaga dia sorang!? Kau tahu ke bapak aku sendiri hampir M4ti 5 kali dah dalam 4 tahun ni, aku kena handle sorang? Selain suami aku ngan kakak aku, AKU HANDLE SORANG!

“Kau tahu ke berapa RIBU aku belanja tiap-tiap bulan nak jaga bapak aku? Aku tak pernah mintak tolong sapa-sapa pun,” tulisnya.

Dalam pada itu, Inessa mendedahkan dia pernah beberapa kali menangguhkan majlis perkahwinannya ekoran masalah kewangan.

“Kau tahu ke berapa kali aku dah plan nak kahwin, aku kena batalkan? Berapa banyak duit aku dah simpan nak kahwin pastu kena habis belanja sebab nak tolong mak aku, pastu tolong abang aku, pastu tolong bapak aku. Bukan sekali dua kali, ok?

“SEMBILAN TAHUN aku simpan duit jadi kosong, simpan kosong, simpan kosong, sebab tolong keluarga aku. Sampaikan last-last aku kahwin buat nikah COVID-19 je tahun lepas?” dedahnya.

Malah, kata Inessa, dia dan suami pernah berusaha untuk memulihkan kesihatan arwah Benjy sebelum dipenjarakan sekitar lima tahun lalu.

“Kau tahu ke abang aku pernah nak mamp*s dah masa dia masih kat KL and aku ngan suami aku yang tolong sihatkan dia semula sampai dia boleh hidup normal balik?

“Kau tahu ke berapa kali aku nangis mintak ampun ngan abang aku sebab aku tak mampu nak tolong lebih?

“Kau tahu ke berapa kali ABANG AKU yang mintak ampun ngan aku for everything that has happened? YOU DON’T KNOW SH*T!

“‘If your mother knew this?’ Trust me, if my mother saw your messages, dua-dua belah muka kau dah kena tampar dah!” tegasnya.

Pernah minta maaf

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim menghembuskan n4fas terakhir disebabkan asma kronik di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada 11 Julai lalu.

Pada 2017, mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun ke atas pelakon yang terkenal dengan wataknya sebagai Jibek dalam Kerana Cintaku Saerah itu selepas dia didapati bersalah cuba menyeludup dad4h.

Individu itu turut memetik nama ibu Benjy iaitu Allahyarham Azean Irdawaty yang pasti bersedih sekiranya mengetahui perbuatan adik-beradiknya terhadap arwah semasa hayatnya.

Inessa berkata, sememangnya Benjy pernah meminta maaf atas apa yang berlaku dan dia juga sendiri pernah berkali-kali memohon keampunan daripada abangnya kerana tidak mampu membantu lebih banyak.

“Kau tahu ke berapa kali aku menangis minta ampun dekat abang aku sebab aku tak mampu tolong lebih?

“Kau tahu ke berapa kali abang aku yang minta maaf dekat aku untuk semua yang terjadi? Kau tak tahu apa!

“Kau cakap; jika mak aku tahu perbuatan kami. Percayalah, jika mak aku baca DM kau, dua-dua belah muka kau dah kena tampar dah! Kau tak tahu apa-apa,” katanya.

Pun begitu, Innesa berkata, dia tidak dapat mengesahkan sama ada mesej yang diterima melalui DM itu benar-benar datang daripada akaun asli milik pelakon wanita terbabit.

“Saya tak tahu jika tuduhan ni datang daripada akaun sah atau akaun palsu,” katanya.

Arwah Benjy, 43, telah meningg4l dvnia akib4t peny4kit 4sma pada Ahad di Hospital Besar Royal Prima, Medan, Indonesia.

Arwah menghid4p peny4kit 4sma yang kron1k sejak beberapa tahun lalu selain mengalami masalah berkaitan paru-paru.

Untuk rekod, Benjy dit4han di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais Indonesia sejurus tiba dari Kuala Lumpur pada April 2017.

Anak sulung pelakon Allahyarham Azean Idrawaty itu disyaki memiliki dad4h jenis sy4bu seberat 4.5 gram yang disembunyikan pada bahagian dubvrnya.

18 Oktober 2017, Benjy dijatvhkan hukvman penj4ra selama 11 tahun tiga bulan apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia.

Epilog du.ka Benjy, trage.di Nia Ramadhani

ADA dua perkhabaran dari seberang yang menyentap banyak jiwa. Satu tentang penangkapan pasangan selebriti tahap nasional, apatah lagi boleh dikatakan sosialit yang hidup serba mewah iaitu Nia Ramadhani dan suaminya, Ardie Bakhrie.

Mereka tergolong dalam hierarki atasan, hidup dalam limpahan glamor tiada desakan kewangan, namun tertangkap juga akibat mengambil d4dah di rumah agam sendiri semasa musim pandemik.

Kisah kedua sedikit beremosi, malah mungkin menginsafkan banyak orang apabila seorang anak seni berbakat besar tanah air bernama Benjy yang sepertinya terpasung dan terbuang ke tanah asing, merengkok dalam keadaan serba daif atas kesalahan serupa.

Benjy, figura yang dikenali sebagai aktor handalan itu menamatkan riwayat hidupnya dalam t4hanan. Sebal, tetapi itulah pengakhiran yang menimpa dirinya. Sama ada salah percaturan atau takdir, ada garis halus yang menyelinap relung rasa, Benjy pergi dalam keadaan yang sudah bersedia.

Belum separuh tempoh 11 tahun penjara ke atasnya tamat, hayat anak sulung aktres ternama Allahyarham Azean Irdawaty terlebih dahulu ditarik Ilahi.

Tragis benar pemergiannya, sendirian, sepi dan terasing membawa segala hukuman dunia ke alam abadi, bahkan jenazahnya juga tidak kembali ke tanah kelahiran.

Penulis tiba-tiba teringatkan kisah Ringgo Fotograf yang tersangkut selama tiga tahun dalam penjara di Venezuela dan lima tahun berada parol pihak berkuasa di sana sejak tahun 2007 juga angkara dad4h.

Kisah Benjy dan Nia dipisahkan dengan dimensi berbeza.

Apakah Benjy pesalah sebenar, siapa kita untuk menilai orang yang telah tiada. Apa yang cuba dinyatakan, setinggi apa pun darjat, dad4h juga seperti virus korona. Tatkala melekat ke tubuh mangsa, dalam apa juga cara, natijahnya adalah kerosakan, sama ada bersifat sementara atau kekal.

Benjy dan Nia Ramadhani dipisahkan banyak dimensi, namun kedua-duanya menuai perhatian yang bukan sedikit. Dalam diam dan terpenjara, Benjy ternyata dirindui dan dikagumi sahabat serta karyawan yang pernah bersama-sama dengannya.

Nia pula, selain diingati dengan watak kejam dalam Bawang Merah Bawang Putih, sensasi-sensasi lucu, antaranya tidak kenal tempe, tidak tahu kupas bawang, tidak pernah dimarahi mentua biarpun tidak pernah bangun pagi dan banyak lagi, pasti akan dirindu peminat sepanjang keberadaan di pusat pemulihan dad4h.

Kisah artis dan penyalahgunaan dad4h memang tidak asing, namun jalan hidup Benjy sebenarnya tidak pernah berlaku dalam sejarah anak seni tanah air. Semalam, jenazahnya telah pun selamat disemadikan di Medan.

Selamat berpulang ke negeri abadi buat Khaeryll Benjamin Ibrahim, semoga kebaikan dan amalannya dihisab dalam rahmat Ilahi.

Siapa pun Benjy dan bagaimana pengakhiran kisah lelaki yang pernah menghiburkan kita itu, ironinya, dia sudah bebas dari dunia luka, sedangkan kita ini yang masih terkurung akibat pandemik.

Apakah penamat yang sedang menanti, jawapannya belum pasti. Yang realiti, setiap hari, ada sahaja yang mati tak terubati.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*