Selepas kes c0vid terus meningkat, Najib bagi satu ayat buat ramai mula risau

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju membenarkan kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis berop.erasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa esok.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar selain memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan Pengajian dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tanpa gang.guan.

“(Ini kerana) P.andemik C0vid 19 ini sudah mengubah cara pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

“Selain itu, sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan P.erintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran polis bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Task F.orce O.perasi Pematuhan melaksanakan 80,339 pemeriksaan dan snap check pemeriksaan mengejut C0vid 19 di seluruh negara dengan kekuatan 19,029 anggota.

“Ini termasuk pemeriksaan ke atas 2,246 kilang, 15,682 premis perniagaan, 924 tapak pembinaan dan 326 asrama penempatan pekerja.

“Dari jumlah itu, 180 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana g.agal mematuhi S0P yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Kedai Alat Tulis
Beliau turut mengulangi bahawa peningkatan k.es C0vid-19 mendadak ini adalah disebabkan ujian saringan secara besar-besaran dan bersasar yang dilakukan di kawasan PKPD terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.Katanya, semalam, seramai 134,569 individu menjalani ujian saringan, manakala di Selangor sahaja seramai 50,646 individu disaring, yang mana 6,120 kes positif C0vid 19 direkodkan.

“Trend peningkatan k.es positif C0vid 19 bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan negara jiran seperti Indonesia juga mencatatkan 56,757 k.es positif pada hari ini.

“Thailand pula merekodkan sebanyak 9,186 k.es positif,” katanya.

NAJIB RAZAK KELUAR KENYATAAN SELEPAS MALAYSIA MELEPASI 5 ANGKA

Bekas Perdana Menteri Malaysia meluahkan rasa seperti sudah berputus asa apabila kes harian hari ini mencecah 13 ribu lebih. Dengan kenyataan ‘Saya down. Betul betul down’ telah membuatkan ramai pengikut beliau turut meluahkan rasa risau.

Saya down. Betul, betul down. Apa sudah jadi kepada Malaysia? Amat sedih.

Dahulu kita aman, stabil dan membangun. Ada peluang, kita maju bersama. Ada pertumbuhan, dirasai sama rata. Ada krisis, kita atasi sebaiknya. Peace, stability and progress.

Hari ini, tumbang hancur sudah kita. Kepimpinan amat penting. Halatuju perlu jelas. RAKYAT PERLU DIDAHULUKAN! – Najib Razak

Kredit : HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*