
KEKECOHAN yang ditimbulkan penyanyi rap Caprice tentang cerita belakang tabir membabitkan personaliti dakwah Ebit Lew di Gaza cukup mengejutkan banyak pihak.
Rata-rata masih celaru dengan apa yang berlaku namun jelas tindakan Caprice atau Ariz Ramli, 33, itu mencetuskan pelbagai tanda tanya mengenai misi bantuan kemanusiaan mereka di bumi Palestin.
Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, antara yang kecewa dengan perbalahan membabitkan dua tokoh berkenaan.
“Orang sedang tengok anda di sana, tak perlu nak cipta gelombang tertentu seperti nak dedahkan sesuatu yang besar… apa masalahnya brother?
“Anda adalah orang yang baik, mungkin wujud isu mental kerana apa yang anda lihat di sana tak seperti yang dibayangkan.
Sesi Instagram live Caprice bersama Sharnaaz Ahmad.
“Saya kenal anda, memang ada benda yang anda cakap pakai otak… tapi sekarang anda buat perkara yang buatkan kami hilang rasa hormat, jangan buat benda mcm ni,” katanya.
Sharnaaz berkata demikian ketika menyertai sesi Instagram live bersama Caprice pada tengah malam Jumaat.
Terdahulu Caprice mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan tegurannya terhadap Ebit selepas dia menerima rungutan daripada rakyat Gaza tentang cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan.
Ada cara nak selesaikan, sebelum ni orang pandang tinggi pada anda. Tapi sekarang ni orang nampak anda bergaduh sesama sendiri bg
Bukan itu sahaja, Ebit turut dilihat menyekat akaun Instagram Caprice.
Dalam pada itu Sharnaaz turut menegur perlakuan Caprice yang menurutnya tidak profesional.
“Ada cara nak selesaikan, sebelum ni orang pandang tinggi pada anda. Tapi sekarang ni orang nampak anda bergaduh sesama sndiri… gaduh dengan team Ebit.
“Jangan jadi perangai budak-budak la mat! Kita dah besar, kita ni mewakili negara dan Islam.
Perkongsian Caprice di Instastory miliknya yang menegur Ebit Lew ‘show off’.
“Tolonglah selesaikan secara senyap, buat cara baik dan uruskan dengan betul tapi jangan cetuskan kontroversi yang tak sepatutnya,” katanya.
Pada sesi yang disaksikan hampir 250,000 pengguna Instagram itu, Caprice turut menitiskan air mata apabila Sharnaaz memintanya segera selesaikan misi di Gaza dan pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun kata Caprice dia belum bersedia untuk pulang selagi masalah politik yang berlaku di tanah air tidak diselesaikan dengan baik.
“Saya minta maaf kalau ada yang terasa hati tentang isu ustaz Ebit Lew. Sesiapa pun kalau salah kita kena tegur,” katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz memuat naik beberapa ig story menasihati Caprice untuk pulang ke Malaysia
Dalam perkembangan terkini, Ustaz Ebit Lew terus melakukan tugas amal dan giat memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkesan
HELP I CANNOT LA WITH SHARNAAZ BOLEH PULAK ANNOUNCE DIA NAK BERAK 😭😭💀💀 pic.twitter.com/mdOrdj8pzX
— ad ★ ˖ ࣪°🍓 (@ADLNMELL) July 16, 2021
Ebit Lew sumbang kelengkapan kepada CAC Stadium Titiwangsa
KUALA LUMPUR: Sifat pemurah dan kemanusiaan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memang tidak boleh dipertikaikan.
Dari Malaysia sehinggalah ke luar negara, bantuan disalurkan tanpa mengira batas agama dan jarak perjalanan.
Terbaharu, Ebit yang juga usahawan menyalurkan sumbangan kelengkapan kepada Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Titiwangsa ketika merasmikan CAC itu hari ini.
“Saya bantu siapkan kelengkapan untuk mereka. Belikan katil kanvas sebanyak 100 unit; pakaian pelindung diri (PPE) (200 unit); komputer riba (tiga unit); tablet (10 unit); kipas (10 unit); kerusi dan meja plastik; serta sarung tangan getah sebanyak 50 unit,” demikian kongsi Ebit dalam entri tersebut, pada Khamis.
Ebit Lew sumbang kelengkapan kepada CAC Stadium Titiwangsa
Dalam masa yang sama, Ebit turut menzahirkan rasa terharu atas pengorbanan petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu negara.
“Setiap hari pakai baju PPE…. kerja yang setiap hari semakin berat. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada semua doktor, jururawat, penolong pegawai perubatan dan petugas barisan hadapan negara,” ujarnya.
Ebit turut menerima sijil penghargaan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
Sebelum ini beliau berangkat ke Palestin bagi misi kemanusiaannya.
Sumber: Caprice & Ustaz Ebit Lew
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Leave a Reply