Sejak beberapa hari yang lalu, nama penyanyi rap popular Caprice hangat diperkatakan berikutan dia telah memberi petunjuk terdapat satu perihal besar yang bakal mengejutkan rakyat Malaysia tidak lama lagi.
Caprice Bakal Dedahkan Kebenaran Pada 21 Julai
Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram nya sebelum ini, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata isu tersebut mempunyai kaitan dengan misi kemanusiaanya di Gaza dan akan mendedahkan segala-galanya menerusi sebuah siaran langsung yang dijadualkan pada Rabu hadapan(21 Julai 2021).
Dalam pada itu, tular pula sebuah video yang mengandungi beberapa tangkap layar status dan komen penyanyi itu yang kononnya dikatakan merujuk kepada pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew. Selain dikatakan menyindir Ebit, netizen turut membuat spekulasi bahawa pendedahan yang bakal dibuat oleh Caprice adalah mengenai pendakwah yang disegani ramai itu.
Netizen Kecam Caprice, Dakwa Perli Ebit
Menjengah ke laman Twitter, netizen mula mengecam hantaran Caprice sebelum ini dan tidak menyangka ia merujuk kepada Ebit. Bagaimanapun, segelintir daripada mereka meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi awal dan menunggu penjelasan yang sebenar dibuat oleh Caprice pada 21 Julai kelak.
Caprice tegur Ebit Liew isu ‘show off’ misi bantuan di Palestin
APA sudah jadi dengan dua tokoh dan idola rakyat Malaysia, personaliti dakwah Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice apabila secara tiba-tiba hubungan mereka menjadi dingin.
Kekusutan antara mereka mula disedari selepas Caprice atau Ariz Ramli, 33, berkongsi mesej panjang lebar yang dihantarnya bagi menegur perilaku Ebit ketika dalam misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.
Menurut Caprice tindakan Ebit menggunakan kanak-kanak malang di bumi Palestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ni dekat satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu.
Ebit memberikan mainan kepada kanak-kanak ketika berkunjung ke perkampungan mereka di Gaza.
“Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak miskin.
“Caprice bagi contoh budak ni kena ambil gambar dua kali terima mainan. Apabila orang Palestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab,” katanya menerusi mesej yang dipercayai dihantar ke aplikasi WhatsApp Ebit.
Perkongsian Caprice di Instastory miliknya.
Namun dakwa Caprice mesej teguran berkenaan tidak dilayan pendakwah bebas yang terkenal dengan pelbagai misi bantuan itu.
Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali.
Menerusi siri perkongsian di Instastory, Caprice turut berkongsi foto Ebit bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut yang berbeza.
Difahamkan foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak di Palestin.
“Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ni, fasal mainan tu kecoh selepas orang Gaza tanya tentang hal berkenaan.
“Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali.
UEL Terpaksa Melutut Dan Cium Kaki Menteri Luar Negeri
Caprice juga ada berkongsi perbualan wassap yang mendedahkan Ustaz Ebit Lew terpaksa melutut dan mencium kaki menteri luar negeri selepas kecoh UEL mengambil gambar ketika memberi hadiah mainan kepada anak-anak miskin
Menurut Caprice lagi, Ebit Lew telah menghadapi masalah ketika berada di gaza
Caprice bersama Ebit di Gaza.
“Orang Gaza soal kenapa nampak macam photoshoot? Sudah la selama ni mereka tahu ada banyak kes berlaku macam ni,” katanya.
Susulan teguran terbuka itu, Caprice turut mendedahkan dia juga sudah disekat daripada mengikuti akaun Instagram Ebit di Instagram.
Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza.
Terdahulu, Caprice berkesempatan untuk bertemu dengan Ebit di Gaza pada 1 Julai lalu. Pertemuan tersebut ternyata membuatkan ramai terharu berikutan rata-rata menyifatkan mereka seperti hero rakyat Malaysia yang sanggup menggadaikan nyawa demi misi kemanusiaan di Gaza. Caprice,
Ebit Lew Akhirnya Berjumpa Di Gaza! Ramai Teruja – “Dua Hero Malaya Dah Bertemu”
Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap, Caprice akhirnya bertemu di Gaza.
Berita itu dimaklumkan Caprice menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.
“Alhamdulillah sebab ramai dekat Malaysia tanya, finally dapat jumpe @ebitlew #rapatkansaf2040,” tulisnya.
Ternyata berita itu membuatkan rata-rata pengikutnya menarik nafas lega selepas mengetahui perkembangan kedua-dua personaliti terkenal itu.
Malah menerusi ruangan komen, mereka juga melabelkan Ebit dan Caprice sebagai hero Malaya kerana kedua-duanya sedang sibuk menjalani misi kemanusiaan di Palestin.
Dalam perkembangan lain, Ebit Lew juga telah menerima anugerah sebagai Duta Muhibbah oleh pemerintah Palestin.
Ustaz Ebit kini sedang dalam misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza pula bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terjejas akibat serangan Israel.
Antara bantuan yang diberikan adalah barangan keperluan serta ubat-ubatan sebanyak dua treler dan beberapa buah lori dihantar terus ke hospital di Gaza untuk disalurkan kepada yang memerlukan.
Pasukan beliau juga adalah yang pertama di dunia yang dibenarkan masuk ke Gaza melalui pintu Rafah sejak peperangan 11 hari pada Mei lalu.
Misi ke Gaza dipersoal, ini rupa-rupanya tujuan sebenar Caprice – “Saya tak boleh rakam gerakan demi keselamatan”
INISIATIF penyanyi rap Caprice melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza dan Mesir pada malam Rabu lalu mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial.
Rata-rata netizen mempersoalkan keperluan dan tujuan sebenar Caprice ke wilayah bergolak itu ketika negara Malaysia berdepan dengan pandemik yang semakin membimbangkan.
Tampil menjelaskan perkara itu, Caprice berkata selain memberi pertolongan kepada penduduk Palestin, dia juga ingin bertemu pelajar Malaysia yang terkandas di Kaherah dan mengukuhkan misi jangka panjangnya.
“Ramai yang bertanya mengenai misi saya di Gaza. Jadi, saya perjelaskan tujuan pertama saya ke sana untuk memberikan pertolongan kepada penduduk Palestin.
“Selain itu untuk bertemu dengan kenalan baharu dan membina jaringan yang lebih kukuh demi visi jangka panjang saya Road To Al Aqsa 2040.
“Saya juga mahu berjumpa dengan warganegara dan pelajar Malaysia yang terkandas di Kaherah sejak Covid-19,” jelas Caprice kepada mStar.
Penyanyi lagu Kau Hade ini memuat naik penjelasan tersebut di laman Instagram miliknya selepas menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu.
Alhamdulillah, saya dalam keadaan baik saja di sini.
Sebelum ini, Caprice meluahkan rasa syukur apabila mendapat kebenaran untuk memasuki Gaza, Palestin pada malam Rabu dan menganggap ia satu rezeki yang tidak disangka-sangkakan.
Caprice berkata, dia terbang ke negara itu bersendirian bagi mengikuti misi kemanusiaan dan meminta orang ramai mendoakan semuanya berjalan lancar.
Penyanyi itu selamat tiba di Kaherah, Mesir selepas menempuh penerbangan selama 18 jam.
Dalam pada itu, Caprice berkongsi situasi yang dilalui dan tidak dapat merakam aktivitinya demi keselamatan.
“Alhamdulillah, saya dalam keadaan baik saja di sini. Saya tak boleh rakam semua gerakan untuk misi tertentu demi keselamatan. Kalau ada misi yang telah selesai baru dapat post.
“Terima kasih kepada semua yang doa dan bakar semangat kita… saya sangat hargainya. Sayang dan semoga Allah memberkati Malaysia,” ujarnya.
Caprice antara selebriti yang lantang mengutuk kekejaman rejim Zionis terhadap bumi Gaza malah, dia pernah berdebat dengan dua influencer Israel berkaitan dengan isu semasa itu menerusi IG Live.
Leave a Reply