Bertudung tapi boleh pula berpakaian begini. Sekali lagi Ameera Khan dikritik oleh warganet soal pakaian dan ini alasannya.

Biarpun kembali dengan imej berhijab, personaliti media sosial, Ameera Khan yang juga adik kepada selebriti terkenal, Neelofa masih dikritik warganet gara-gara menggayakan pakaian yang agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ameera atau turut dikenali sebagai Little Miss Khan memuat naik beberapa keping foto menggayakan gaun santai paras lutut bersama padanan stoking panjang dengan imej berhijab.

Bagaimanapun, busana daripada koleksi mewah sebuah jenama terkenal yang dipakai Ameera kurang sesuai dengan imejnya yang berhijab kerana terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya berikutan gambar tersebut dirakam dari sudut atas.

Menjengah dalam ruangan komen, warganet tampil mengkritik tindakan Ameera memuat naik foto tersebut yang didkwa tidak sesuai dengan imej wanita berhijab.

“Ini dinamakan berpakaian tetapi telnj4ng,” tulis seorang pengguna Instagram. “Kalau nak berhijab pun, eloklah sikit. Suka buat kontroversi,” komen seorang lagi warganet.

“Ada yang tidak kena dengan gambar ini. Tapi tidak apalah. Doa saya semoga suatu hari nanti awak akan dapat hidayah Allah SWT,” kata seorang pengikutnya dalam Instagram.

Walaupun ramai yang mengkritik gaya dan penampilan Ameera, namun masih terdapat komen positif mendoakan supaya gadis berusia 21 tahun itu dapat mengikut jejak langkah kakaknya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

“Harap suatu hari nanti awak jadi seperti Neelofa,” tulis seorang warganet. Sekadar info, Ameera sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas memuat naik sekeping foto memaparkan bentuk punggvngnya dalam Instagram.

Perkongsian tersebut bertujuan memberitahu pengikutnya bahawa dia telah menggunakan sejenis produk penjagaan kulit berharga ribuan ringgit. Ameera yang sebelum ini berhijab dan kemudiannya membuka tudung kembali dengan imej asalnya sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya bersama pendakwah bebas, Haris Ismail pada Mac lalu.

Sumber -K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada yang tanya Ameera Khan lebih suka pilih tinggal di Kl atau Kelantan. Sekali pilihan yang Ameera Khan pilih buat ramai yang terkedu.

Ameera Khan mendedahkan bahawa beliau lebih memilih Kelantan dari Kuala Lumpur di Instagram story miliknya. Sering dikatakan persis Kylie Jenner tetapi versi Malaysia, Ameera Khan atau nama komersialnya Little Miss Khan (LMK) yang kini sudah berhijrah dilihat semakin manis mengenakan hijab.

Mengikuti perkembangan terbaharu, Ameera yang juga adik kepada selebriti terkenal iaitu Neelofa baru-baru ini telah membuka ruangan ask me a question kepada pengikut di laman Instagram miliknya untuk bertanyakan apa sahaja soalan.

Antara soalan yang diterima adalah, adakah Ameera memilih untuk tinggal di Kuala Lumpur ataupun Kelantan. Tanpa ragu-ragu, Ameera menjawab dengan penuh yakin bahawa beliau memilih Kelantan jika diberi pilihan berbanding Kuala Lumpur.

Rasanya pengikut Ameera pasti sudah sedia maklum dan mengetahui bahawa Ameera sememangnya berasal dari Pasir Mas, Kelantan sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, mungkin sebab itu beliau lebih memilih negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Siapa sangka gadis yang memiliki perwatakan bandar dan sentiasa berani bereksperimentasi dengan fesyen ini juga sebenarnya Iebih memilih untuk tinggal di kampung berbanding bandar seperti yang didedahkan di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, mengikuti perkembangan beliau yang kini sudah berhijab, ada yang bertanyakan bagaimana perjalanan hijrah Ameera setakat ini, beliau tampil menjawab memberitahu bahawa dirinya sangat bahagia dan tenang.

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-kampung-100-ameera

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Neelofa bakal dapat bayi kembar. Lepas je Haris muat naik gambar awan yang diambil Neelofa warganet seakan dapat hint sesuatu.

Pasangan selebriti sama cantik sama padan, Noor Neelofa dan Haris Ismail sering menjadi perhatin dan buah mulut warganet dek kerana selalu terpalit dengan kontroversi. Bagaimanapun, pasangan ini dilihat begitu tenang dan tidak mudah melatah semasa dilanda musibah bahkan sentiasa kekal positif berkongsi amal kebaikan bersama peminat dan mereka yang memerlukan.

Persoalan biasa yang akan sering ditujukan kepada pasangan baru berumah tangga adalah bila nak ada anak? Ini adalah soalan popular yang akan sering didengari oleh pasangan suami isteri lebih lagi apabila ia melibatkan pasangan selebriti. Itulah yang sedang hangat dibincangkan dalam ruangan komen perkongsian terbaru suami Neelofa, Haris Ismail.

Haris yang merupakan seorang pendakwah bebas berusia 26 tahun itu telah memuat naik sebuah gambar menunjukkan awan mendung bersertakan kapsyen ‘Hope’ telah mendapat perhatian peminat setia pasangan Neelofa dan Haris.

Merujuk kepada komen-komen yang ditinggalkan oleh peminat mereka, ramai yang membuat andaian bahawa perkongsian gambar dengan kapsyen seperti itu seakan merujuk kepada harapan menanti kehadiran cahaya mata menyinari hidup dia dan Neelofa.

Bagaimanapun, ada juga yang memberi komen perkongsian harapan daripada Haris tersebut seakan sedang mengalami kegusaran akan sesuatu masalah. Oleh itu,  ramai juga yang tinggalkankomen supaya Haris kekal kuat mengharungi

musibah yang melanda dirinya bersama isteri serta keluarga mereka. Ada juga yang sempat menasihati Haris agar sentiasa tabah untuk hadapi dugaan alam perkahwinannya.

Sementara itu, di Instagram Neelofa juga sempat masukkan gambar yang sama di InstaStory miliknya bersertakan tulisan kecil menyatakan sang suami menggunakan gambar yang di ambil oleh dirinya. Oleh itu, ramai peminat pasangan secocok ini merasakan ada berita baik yang bakal dikongsikan oleh mereka.

“Ada orang hijack gambar saya ambik..”

Sebagai rekod, setakat bulan Jun tahun 2021, Neelofa dan Haris terpalit dengan pelbagai kontroversi antaranya ialah kisah nyaris putus tunang, mereka ditduh sudah berkahwin di Kelantan, isu tidak patuh prosedur operasi standard (SOP),

isu Neelofa dan Haris ke Pulau Langkawi, isu ke Nilai 3 untuk membeli karpet, dakwaan Neelofa tidak memakai pelitup muka di mahkamah dan isu menaiki kenderaan bersama peguam mereka turut dipersoalkan.

Kemudian, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini pula menjadi buah mulut warganet apabila ibunya didakwa menghina Sultan Johor di Instagram (IG) Story peribadinya. Apa pun, kita doakan semoga Neelofa dan Haris serta keluarganya dipermudahkan urusan mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*