Ramai dah tak sabar, sekali Caprice bagi lagi hint apa yang akan dia b0ngkar pada 21 hb ni

PETALING JAYA – Ramai yang teruja serta tidak sabar menanti apakah ‘pendedahan’ yang bakal dilakukan penyanyi rap dan usahawan yang dikenali sebagai Caprice pada 21 Julai ini.

Difahamkan, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli akan membuat pendedahan itu menerusi siaran langsung di laman Instagramnya pada pukul 5 petang waktu Gaza, Palestin atau 10 malam waktu Malaysia.

Dalam perkongsian di IG story terbaru, Caprice  memberi lagi hint apa yang akan beliau rungkaikan pada 21hb ini. Menurut Caprice, hidup ini kena ikut prinsip, bukannya manusia. Tidak kisah lah siapa dia sekali pun. “Salah tetap salah, dan kenapa ada orang besar sembunyikan?”- soal Caprice

Pada masa sama, pengguna Instagram mahu dia membongkarkan semua yang telah berlaku di sana jika penyanyi itu di pihak yang benar.

“Sungguh aku sanggup mendengar sesuatu yang benar lagi jujur daripada penipuan yang berpanjangan, biar Allah melaknat mereka yang tidak jujur sebagai pemimpin,” tulis aziz.osman93 di ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai muhammadfakrulrazi.

“Tolong kongsi kebenarannya, apapun yang terjadi kami di belakang anda Caprice. Lebih baik dipihak yang membuktikan kebenaran yang dipandang hina, daripada berselindung disebalik kehinaan yang dianggap mulia,” katanya.

Pada masa sama, ada juga yang menyoal tindakan penyanyi itu yang tidak mendedahkan terus perkara itu dan kenapa perlu menunggu sehingga Rabu ini.

“Nak dedah tu dedahlah sekarang, ni siap bagi tarikh dan masa. Tak ke risau pihak lawan akan ‘block’ live dan lakukan sesuatu untuk mengagalkan ‘rancangan’ itu. Nanti tak sempat nak bongkar apa pun tak dapat,” tulis youngliving.fikarazip pada ruangan komen

Ramai Tanya Datuk Seri Abdul Azeez Mana Caprice

Terus trending dalam media sosial sejak beberapa hari lalu, penyanyi, Caprice yang berjanji membuat pendedahan mengenai realiti di sebalik kontroversi di Gaza, Rabu ini, berharap hubungannya dengan Ustaz Ebit Lew pulih.

Sebelum ini, Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew susulan rungutan diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.

Ebit Lew juga dikatakan menyekat akaun Instagram milik Caprice difahamkan berpunca daripada kontroversi itu.

Pada 24 Jun lalu, Caprice berangkat ke Palestin untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Namun, sehingga hari ini, Caprice masih belum memasuki Gaza. Malah, melalui pengakuan IG Story, penyanyi itu mendakwa mungkin niat untuk memasuki wilayah itu menjadi sukar.

NETIZEN TANYA MENTERI DIMANA CAPRICE?

Umum sedia maklum mengenai luahan perasaan Caprice yang sepertinya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di sebalik misi di Gaza kini.

Seperti yang semua tahu, penyanyi rap itu menyertai misi berkenaan bersama Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Walaubagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya mengenai keberadaan lelaki itu apabila kelibatnya tidak kelihatan di dalam entri Ahli Perlimen Baling itu.

Difahamkan bahawa pasukan berkenaan masih tidak dibenarkan memasuki Gaza buat masa ini dan gigih memberikan bantuan di kem pelarian Gaza sekitar Jordan kini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terus mempersoalkan mengapa Caprice tidak menyertai aktiviti berkenaan meskipun dia merupakan salah seorang peserta di bawah misi tersebut.

Sekadar pengetahuan, Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang dipengerusikan oleh Abdul Azeez berangkat ke Jordan pada 16 Jun lalu bagi menghulurkan bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi yang terjejas teruk dek ser4ngan ten.tera Zio-nis.

Campur tangan politik punca tak dapat masuk Gaza bersama Ebit Lew, dakwa Caprice

PETALING JAYA – Penyanyi dan aktivis sensasi, Caprice menepis dakwaan ramai yang menyifatkan dirinya mengalami masalah kesihatan mental dan depresi berikutan pendedahan permasalahan yang dihadapi dengan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew (UEL) kepada umum.

Caprice menerusi hantaran Instagramnya memberitahu situasi yang dialaminya ketika ini bukanlah berpunca daripada depresi seperti yang dilabelkan netizen tetapi lebih cenderung kepada kekecewaan kerana usaha jihadnya diganggu pihak luar.

“Sekarang pukul tiga pagi (waktu tempatan) dan saya tidak boleh tidur. Ramai cakap saya mengalami depresi dan kemurungan sehingga terpaksa mengambil ubat tidur sejak tiga bulan lalu.

“Bagi saya, ini bukan isu depresi tetapi berkaitan dengan usaha jihad yang sedang dilakukan. Sesiapa yang kenal saya sebelum ini pasti tahu saya akan ‘naik gila’ apabila ada yang mula mempertikai dan mencabar jihad saya. Semuanya pasti menjadi luar kawalan,” kata pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu.

Caprice yang kini berada di Cairo, Mesir menegaskan, dia terpaksa meluahkan kekecewaan memandangkan hubungannya dengan seorang individu yang pernah dihormatinya suatu ketika dahulu kini renggang natijah campur tangan pihak luar.

Malah, dia juga berharap hubungannya dengan UEL akan kembali pulih seperti dahulu.

“Saya tidak sangka seorang sahabat yang senyap dan tidak boleh beri kerjasama dengan perkara yang berlaku di Gaza.

“Saya harap hubungan kami akan kembali pulih tanpa campur tangan ahli politik. Semua ini perlu dilakukan demi Allah SWT dan ummah,” katanya.

Dalam hantaran sama, dia turut mendedahkan pernah mempunyai perancangan bersama UEL untuk melepasi sempadan Gaza, Palestin bersama-sama.

Namun, perancangan tersebut tidak dapat direalisasikan kerana campur tangan pihak lain yang didakwa ahli politik.

“Ketika tiba di Cairo, kami mempunyai perancangan untuk masuk ke Gaza bersama-sama tetapi tidak berlaku kerana ada tangan ahli politik yang masuk campur.

“Saya minta maaf kerana bertindak luar kawalan dan jadi bergini kerana terpaksa hadam masalah sekarang seorang diri di sini.

“Kemungkinan besar saya memang tak akan dibenarkan masuk ke Gaza kerana ada tangan dari luar yang tak mahu lihat saya masuk,” ujarnya.

Terdahulu, dalam sesi siaran langsung semalam, Caprice turut memberitahu dia juga enggan pulang ke tanah air selagi kerajaan tidak bertukar.

“Rakyat Malaysia dianaiya, kita sentiasa berjuang untuk rakyat Malaysia. Tapi saya tak nak balik sebab apa yang saya dapat tahu di tanah suci, saya tidak boleh terima kerajaan hari ini,” katanya.

Susulan sesi Live tersebut, orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan keadaan kesihatan mental Caprice yang dilihat tidak terkawal.

Sejak beberapa hari lalu, nama Caprice menjadi bualan hangat netizen selepas dia mendedahkan situasi yang berlaku di Gaza, Palestin.

Malah, dia turut mendedahkan UEL telah menyekatnya dalam Instagram serta memberi bayangan bahawa UEL antara punca dia masih tidak dibenarkan masik ke Gaza sheingga hari ini.

Kosmo! pada 24 Jun lalu melaporkan Caprice terbang seorang diri ke Mesir untuk melaksanakan misi kemanusiaan di Gaza yang telah lama diimpikannya. – Kosmo

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*