Kec0h 200 warga asing ingkar SOP solat Aidiladha luar perkarangan surau. Ini reaksi Ketua P0lis dan KDN

Bukit Mertajam: Kira-kira 200 warga asing ingkar prosedur operasi standard (SOP) dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di luar perkarangan Surau Taman Pelangi, Juru di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan awal mendapati warga asing berkenaan berbuat demikian selepas mereka tidak dibenarkan solat di dalam surau memandangkan jumlah jemaah dihadkan hanya 100 orang.

“Kami difahamkan surau berkenaan dibanjiri jemaah untuk datang menunaikan solat sunat Aidiladha namun hanya 100 orang sahaja yang dibenarkan masuk bagi mematuhi SOP ditetapkan.

“Pihak pengurusan surau kemudian mengarahkan semua yang tidak dapat masuk untuk bersurai dan menutup pintu pagar.

“Bagaimanapun, warga asing terbabit melakukan solat di jalan raya di luar perkarangan surau berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di sini, hari ini.

Katanya, pihak pengurusan surau tidak menghubungi polis kerana mahu menjaga sensitiviti agama namun tidak menyangka warga asing berkenaan berdegil dan menunaikan solat di luar perkarangan surau walaupun diarahkan bersurai dengan cara baik.

“Sebelum itu, polis menjalankan rondaan awal di kawasan berkenaan dan mendapati pengurusan surau mematuhi SOP dan tidak berlaku perkara sedemikian.

“Ada kemungkinan mereka berhimpun selepas rondaan selesai dan ketika polis menjalankan pemeriksaan di surau dan masjid lain. Polis mohon maaf atas kegagalan mengesan perkara ini dengan lebih awal,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata, terdapat 180 masjid dan 57 surau di Pulau Pinang dan hanya satu sahaja laporan pelanggaran SOP dilaporkan setakat ini.

RAKAMAN tular warga asing ingkar SOP solat Aidiladha di perkarangan sebuah surau di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. FOTO tular

“Kita juga menyeru pengerusi masjid dan surau di negeri ini untuk menghubungi polis sekiranya mendapati terdapat pelanggaran SOP tambahan pula dalam masa tiga hari ini (hari Tasyri) akan ada acara dan aktiviti yang kita berharap semua dapat faham kerana apa yang dilakukan adalah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

“Saya mohon jika ternampak sesuatu perkara yang melanggar SOP boleh menghubungi polis di talian 04-32221722,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 10, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Terdahulu, tular video berdurasi 22 saat memaparkan ratusan warga asing yang menunaikan solat sunat Aidiladha di jalan raya di luar perkarangan surau berkenaan yang dirakamkan orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Dalam video berkenaan mendapati, kesemua warga asing terbabit solat dalam keadaan penjarakan fizikal namun ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan negara kini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sementara itu, Pengerusi Surau Taman Pelangi, Fazil Abdul Karim berkata, apa yang berlaku itu adalah di luar kawalan pihaknya dan tidak sangka sehingga tular di media sosial.

“Jemaah yang dihadkan adalah 100 orang sahaja. Saya bertanggungjawab menjaga perkara yang berlaku dalam surau sahaja dan apa yang berlaku adalah di luar kawalan saya.

“Saya pula terlupa untuk menghubungi polis kerana dalam kekalutan dan masa suntuk untuk menunaikan solat dengan segera,” katanya.

Polis P Pinang mohon maaf g4gal kesan ratusan jemaah solat Aidiladha luar surau

BUKIT MERTAJAM – Polis Pulau Pinang memohon maaf atas kegagalan pihaknya mengesan lebih awal aktiviti solat sunat Aidiladha yang diadakan berhampiran Surau Taman Pelangi di sini pada Selasa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, aktiviti solat sunat Aidiladha yang dihadiri lebih 200 jemaah itu di luar kawalan pihak surau walaupun pengurusannya telah mengambil beberapa tindakan termasuk menutup pintu pagar.

Menurutnya, mengambil kira sensitiviti umat Islam untuk menunaikan solat sunat itu, pihak pengurusan surau tidak menyuraikan mereka yang berada di luar selain mendapati jemaah melakukan penjarakan fizikal.

“Pihak pengurusan surau telah mematuhi sepenuhnya garis panduan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan mengehadkan kehadiran jemaah seramai 100 orang sahaja.

“Namun kehadiran jemaah semakin ramai dan tidak dibenarkan masuk ke dalam surau pagi tadi menyebabkan mereka mengambil tindakan untuk solat di jalan raya dengan mematuhi penjarakan.

“Disebabkan sensitiviti itu juga, pihak surau tidak menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi 22 saat memaparkan sekumpulan jemaah melakukan solat sunat Aidiladha di atas jalan raya yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Mengulas lanjut mengenai kes berkenaan, Mohd Suhaily berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku secara spontan, namun pihaknya akan menyiasat jika terdapat perancangan awal oleh pihak tertentu untuk membawa jemaah yang ramai di kawasan berkenaan.

KDN arah Ketua Polis Pulau Pinang beri penjelasan

Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memberikan laporan dan penjelasan terperinci berhubung penugasan anggotanya yang dipertanggungjawab untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa perayaan Aidiladha.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, laporan dan penjelasan itu perlu diberikan dalam kadar segera berikutan penularan video pelanggaran SOP ketika solat sunat Aidiladha di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pagi tadi.

“KDN memberikan jaminan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terbabit menganjurkan majlis berkenaan.

“Selain itu KDN turut mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk mengambil tindakan pengusiran di bawah Akta Imigresen 1958/63 sekiranya ia membabitkan pembabitan warga asing.

“Sementara siasatan dimuktamadkan, KDN menyeru orang awam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman yang boleh mendatangkan ketidaktenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Mohd Shuhaily dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati warga asing berkenaan berbuat demikian selepas mereka tidak dibenarkan solat di dalam surau memandangkan jumlah jemaah dihadkan hanya 100 orang.

Katanya, surau berkenaan dibanjiri jemaah untuk datang menunaikan solat sunat Aidiladha namun hanya 100 orang saja yang dibenarkan masuk bagi mematuhi SOP ditetapkan.

Terdahulu, tular video berdurasi 22 saat memaparkan ratusan warga asing yang menunaikan solat sunat Aidiladha di jalan raya di luar perkarangan surau berkenaan yang dirakamkan orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Dalam video berkenaan mendapati kesemua warga asing terbabit solat dalam keadaan penjarakan fizikal namun ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan negara kini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*