Isu melibatkan Caprice, Ebit Lew dan Nadir. Sharnaaz tampil bagi satu idea bernas

ISU membabitkan tiga tokoh berpengaruh iaitu Caprice, Ebit Lew dan aktivis Nadir Al-Nuri yang semakin panas menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak yang berpandangan pendedahan demi pendedahan secara terbuka hanya memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

Pelakon Sharnaaz Ahmad antara yang lantang meluahkan rasa tidak setuju apabila konflik itu menimbulkan perbalahan dalam kalangan penyokong masing-masing di media sosial.

Ujar Sharnaaz, isu antara ketiga-tiga individu itu sepatutnya ditangani dengan cara yang lebih baik iaitu perbincangan secara tertutup dan profesional.

“Apa-apa pun bincang elok-elok, tak payah buat sesi pendedahan dekat media sosial macam ni.

“Kepada Nadir, Ebit Lew, Caprice… duduk berbincang, bermaafan dan kembali bersatu tetapkan pendirian membantu Islam, not destroy.

Perkongsian Sharnaaz di Instastory miliknya.
“Siapa salah siapa betul tak payah jadi tontonan sekalian alam, siapa salah letak dalam lokap dan yang betul teruskan perjuangan,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, ketiga-tiga individu tersebut mempunyai pengaruh dan matlamat yang sama untuk membantu umat Islam.

Tambahnya, perbalahan tersebut perlu diselesaikan secara profesional agar tidak menjadi tontonan umum yang boleh mencetuskan pelbagai tanggapan tidak baik.

Sebab mereka ini la Islam disayangi, jangan sebab mereka juga Islam dibenci oleh mata luar.

“Aku tak bijak bab agama, tapi Islam unite bukan dalca.

“Sebab mereka ini la Islam disayangi, jangan sebab mereka juga Islam dibenci oleh mata luar.

“Kalau tanya aku, aku tak mahu tahu siapa pun salah… yang aku nak tahu tiga-tiga bawa bendera Malaysia dan harumkan nama Islam.

“Cukup setakat itu permintaan aku. Aku sayang Caprice, aku sayang Ebit Lew tapi dua-dua tak bagi aku fridge magnet,” katanya berseloroh.

Caprice akan meneruskan sesi Instagram live pada malam Rabu.
Jumaat lalu, Caprice mencetuskan kontroversi apabila menegur tindakan Ebit Lew selepas menerima aduan daripada rakyat Gaza tentang cara pendakwah selebriti berkenaan menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, itu memohon maaf pada Isnin dan mengakui kesilapannya kerana terlalu beremosi dalam meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.

Namun isu berkenaan kembali hangat apabila Nadir atau Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia tampil berkongsi cerita tentang misi kemanusiaan ke Gaza oleh personaliti dakwah, Ebit Lew.

Penjelasan itu dipercayai membuka mata banyak pihak tentang apa yang cuba disampaikan Caprice sejak minggu lalu.

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah pada Ebit Lew

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bapa kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew pada 13 Julai lalu.

Ebit menerusi hantaran terbaharu di laman Facebook beliau berkata, beliau menerima surat titah takziah bertarikh 15 Julai itu ketika dirinya amat merindui kedua ibu bapanya yang telah tiada di dunia ini.

“Rasa bersyukur sangat. Menjunjung kasih Tuanku. Rasa bersyukur kerana Tuanku selalu memberi semangat dan doa selama ini. Bahagia dapat mesej kata semangat dan doa.

“Daulat Tuanku. Semoga Allah angkat Covid-19 dari negara kita dan pulihkan keadaan negara kita insya-Allah,” tulisnya dalam hantaran yang baru dimuat naik sebentar tadi.

Surat yang ditandatangani Setiausaha Sulit Kanan, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim itu menyatakan, Seri Paduka Baginda berdua serta seluruh warga Istana Negara dengan penuh rasa dukacita menghulurkan salam takziah kepada seluruh keluarga Ebit atas kehilangan bapa tercinta, Allahyarham Ibrahim Lew.

“Bersama-sama kita memohon ke hadrat Allah SWT agar dicucuri rahmat ke atas arwah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

“Istana Negara turut berdoa semoga ustaz dan seluruh ahli keluarga tenang dan tabah menghadapi dugaan yang berat ini,” tulisnya dalam surat berkenaan.

Tangkap layar hantaran Ebit di Facebook mengenai surat ucapan takziah dari Istana Negara hari ini.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*