Selepas pendedahan terbaru Nadir Al-Nuri kisah Ebit Lew di Gaza, ini reaksi Caprice

CERITA belakang tabir seperti didedahkan seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung Gaza iaitu Nadir Al-Nuri akhirnya memberi sedikit ‘kekuatan’ kepada Caprice untuk terus bersuara.

Semangat Caprice atau Ariz Ramli, 33, kembali berkobar-kobar selepas dia dihujani dengan mesej di Instagram daripada netizen yang tampil memohon maaf kepadanya.

Ia berlaku susulan pendedahan Nadir atau Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia tentang misi kemanusiaan ke Gaza oleh personaliti dakwah, Ebit Lew.

“Alamak banyak sangat DM (mesej langsung) minta maaf secara tiba-tiba. Dengan post ni Caprice nak cakap… kita terus terang maafkan semua yang caci, maki kita.

Netizen tampil memohon maaf kepada Caprice.

“Cara Caprice tetap salah dan Alhamdulillah juga sebab sejak kita viral, Caprice banyak belajar tentang kesabaran, pejuang dan Palestin.

“Tak mengapa guys, Islam ajar kita untuk minta maaf apabila silap dan maafkan orang,” katanya menerusi rantaian posting di Istastory pada Rabu.

Caprice turut berkongsi beberapa mesej permohonan maaf daripada netizen.

“Kebenaran mula berlaku, saya minta maaf kerana berprasangka buruk terhadap anda, Cap. Semoga Allah berikan syurga untuk anda, bro.

“Saya minta maaf juga Cap, semoga Allah permudahkan urusan.

“Alhamdulillah untuk penerangan Nadir. Lihatlah Allah dah bantu untuk terangkan bagi pihak Caprice melalui tuan Nadir. Semoga Allah lindungi anda,” tulis beberapa netizen.

Pada Selasa, Nadir tampil membuat penjelasan panjang lebar berhubung misi kemanusiaan di Gaza membabitkan Ebit menerusi saluran Telegram miliknya yang antara lain menyentuh mengenai cara pasukan pendakwah itu melaksanakan misi berkenaan.

Bagaimanapun ujar Nadir dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai satu iktibar dan pedoman untuk semua pihak.

Susulan penjelasan Nadir, Caprice juga berkata dia akan meneruskan sesi Instagram live seperti yang dijanjikan bagi mendedahkan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Gaza.

“Cara Nadir matang, cara Caprice salah sebab terlalu dengan emosi dan marah.

“Harap selepas IG live pada pukul 10 malam ni, kita semua dapat tutup buku dan jalan terus ke depan,” katanya.

Simpan Rahsia Besar Tentang Misi Gaza, Ini Kronologi Luahan Perasaan Caprice Buat Ustaz Ebit Lew

Beberapa hari ini, kecoh mengenai luahan Caprice mengenai misi bantuan ke Gaza dan sekaligus nama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew turut terpalit sekali.

Entri sindiran di media sosial

Kisha bermula apabila penyanyi rap kerap menyebut mengenai ‘pemberian permainan’, ramai yang menebak Caprice menujukan sindiran itu terhadap Ustaz Ebit memandangkan ada beberapa gambar pendakwah itu memberikan permainan kepada kanak-kanak Gaza.

Kemudiannya, Caprice menujukan secara nyata kepada Ustaz Ebit dan mengatakan bahawa ada penduduk Gaza yang tidak senang dengan gambar itu kerana ianya kelihatan seperti satu sesi fotografi.

Bahkan penyanyi rap itu turut membangkitkan isu mengenai beberapa sumbangan yang disebut namun langsung tidak sampai ke destinasi yang sepatutnya.

“Isu orang berkopiah masuk Gaza bukan tuju kepada satu orang sahaja. Tapi sudah lama orang Gaza marah bila ramai orang yang nampak alim saja menggunakan gambar-gambar Gaza untuk buka tabung.”

Caprice juga turut berkongsi keratan mesej panjang yang dihantar kepada Ustaz Ebit mengenai hal tersebut. Walaubagaimanapun, dia tidak menerima sebarang balasan namun akaunnya disekat tak lama kemudian.

Selepas kisah tersebut tular di serata media sosial, penyanyi rap itu memilih untuk melakukan IG Live bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai hal berkenaan. Namun dia kekal menguncikan mulut mengenai sebab dia tidak boleh menceritakan hal berkenaan secara spesifik.

Siaran langsung Caprice bersama Sharnaaz Ahmad

Walaubagaimanapun, sesi perbualan dia bersama pelakon Sharnaaz Ahmad nyata mendapat perhatian netizen memandangkan dia seperti merahsiakan sesuatu yang besar.

“Kalau Caprice terangkan A sampai Z apa yang berlaku dekat misi Gaza ini, semua pasti terkejut. Caprice bagi satu hint saja lah, politik jijik Malaysia sudah sampai ke tanah suci.”

Caprice turut mendedahkan sebab utama dia mahu ke Gaza iaitu untuk memberikan bantuan lain contohnya, cadangan ekonomi buat mereka.

“Caprice bukan nak pergi Gaza untuk hulur bantuan. Kita nak bersama rakyat Palestin dan bantu dari segi lain lah. Idea, bagaimana cara untuk naikkan ekonomi, untuk naikkan semangat, cara untuk membuat kandungan bagi menyebarkan lagi kesedaran. Itu ialah sumbangan Caprice.”


Dalam pada itu, penyanyi rap berkenaan turut menceritakan bagaimana dia dihalang daripada memasuki Gaza selepas pasukan Ustaz Ebit keluar daripada sempadan berkenaan.

“Ustaz dah masuk, ustaz dah keluar. Caprice nak masuk ni, tiba-tiba orang soal macam-macam mengenai orang yang masuk sebelum Caprice.”

Disebabkan oleh itu, Caprice telah menghantar mesej peribadi kepada Ustaz Ebit namun ianya tidak dilayan dan akaunnya disekat selepas itu.

Malah lelaki itu kerap kali mengatakan bahawa dia risaukan keselamatan dirinya sendiri jika hal sebenar didedahkan. Bahkan Caprice dilihat tidak mampu menahan perasaan dan menangis apabila cuba menyimpan perkara berkenaan.

Pembantu Ustaz Ebit kongsi cerita

Dsiebabkan oleh pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh Caprice, pembantu Ustaz Ebit berasa terpanggil untuk menceritakan cerita daripada pihak mereka.

Arief Farhan turut menafikan mesej Caprice pada Datuk Seri Hishamuddin yang mengatakan bahawa Ustaz Ebit melutut dan mencium kaki Menteri Gaza.

Caprice ambil pil tidur

Dalam entri terbaru, penyanyi rap itu mendedahkan bahawa dia sudah 3 minggu mengambil ubat tidur kerana mengalami kesukaran untuk melelapkan mata selepas semua kejadian ini.

“Tapi saya tak fikir sebab kemurungan sebab saya percaya mungkin disebabkan jihad. Sesiapa yang kenal saya selama ini,
pertikaikan atau cabar jihad saya… Gaza dan Palestin, sesuatu dalam saya terbakar.”

Mengaku Silap Dan Terlalu Emosi, Caprice Buat Permohonan Maaf

Caprice menerusi hantaran di Instagram membuat permohonan maaf kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Ustaz Ebit Lew. Caprice mengaku terlalu emosi mengenai perjuangannya demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia.

Jelas Caprice lagi, apa yang berlaku adalah kesilapannya sendiri dan tiada kena mengena dengan pihak yang lain. Dalam hantaran itu, Caprice berterima kasih kepada Datuk Seri Hishammuddin, Kedutaan Besar Malaysia dan kerajaan Mesir yang telah menjaganya dengan baik sepanjang berada di Mesir.

Tidak ketinggalan, penyanyi ini mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Azeez Rahim yang menjadi seperti seorang ‘ayah’ kepadanya selama berkenalan. Katanya, tidak mungkin dia dapat membalas semua kasih sayang dan perhatian yang diberikan kepadanya sepanjang misi ini.

Turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia, Caprice berkata dia akan pulang setelah mengotakan janji-janji yang dibuatnya kepada rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Caprice akan melakukan IG Live bersama dua tetamu khas pada 21 Julai nanti bagi mendedahkan hal sebenar mengenai apa yang berlaku di sebalik misi Gaza ini.

 

Harapnya redalah isu ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*