KEMELUT melibatkan misi kemanusiaan ke Gaza oleh pendakwah Ustaz Ebit Lew terus hangat diperkatakan rakyat negara ini.
Terbaharu, rakyat Malaysia tinggal di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan panjang berhubung hal itu menerusi saluran Telegram miliknya.
Menurut Muhammad Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, dia tidak menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit, namun menjadikan perkongsian itu sebagai satu iktibar dan pedoman untuk semua pihak.
Imbas Muhammad Nadir, dia cukup gembira sejurus dikhabarkan mengenai rancangan Ebit untuk menyalurkan bantuan di Gaza dan turut membantu mereka dengan kertas kerja, namun dia tidak mendapat sebarang maklum balas beberapa hari kemudian.
“Semasa team EL (Ebit Lew) di Kaherah, saya cuba beberapa kali untuk berhubung dengan team EL untuk mendapatkan perkhabaran tetapi tiada sebarang maklum balas. Sehingga rakyat Malaysia dan media menjadi risau tentang kehilangan ‘Hero Malaya’.
“Selama sebulan team EL terus sepi, timbul pelbagai spekulasi keselamatan terancam dan sebagainya, walaupun hakikat ia jauh dari kebenaran.
“Rakan-rakan di Kaherah maklumkan team EL masih di bilik hotel, boleh pergi bersiar-siar di kawasan pelancongan Husein dan melawat piramid (seperti post oleh pembantu peribadinya) sambil menunggu usaha agar diberi kebenaran memasuki ke Gaza,” dakwanya.
Bercakap atas pengalamannya sendiri, Muhammad Nadir mengakui terkejut apabila pasukan Ebit Lew membeli barangan bantuan sebanyak empat lori di Mesir, sedangkan ia boleh dibeli di Gaza.
Kata Muhammad Nadir, dia tak pernah menyimpan perasaan iri hati terhadap Ebit.
“Sebelum ini saya pernah memaklumkan kepada media bahawa cara terbaik untuk memberi bantuan ke bumi Gaza adalah dengan pembelian barangan keperluan di dalam pasaran tempatan di Gaza, kerana terdapat banyak kebaikan yang boleh dimanfaatkan terus kepada masyarakat yang memerlukan.
“Telah banyak pengalaman-pengalaman NGO seluruh dunia cuba untuk memasuki Gaza dengan membawa barangan-barangan keperluan dalam bentuk perubatan dan makanan sehingga tersadai dan terbiar, malahan tamat tempoh serta tidak boleh digunakan. Akhirnya berlaku pembaziran yang amat dahsyat.
“Terpanggil saya untuk memberi teguran manja sedikit berkaitan bantuan yang ingin disampaikan ke Gaza, tetapi disalah ertikan dan ditafsirkan oleh sebahagian pihak bahawa teguran itu bermakna saya mahukan bantuan sampai melalui saya.
“Persoalan lain pula timbul di mata masyarakat bagaimana barang-barang yang sudah di beli di Kaherah tersebut? Adakah bantuan ini sudah berjaya masuk? Setahu saya ia masih lagi tersadai di Mesir beserta bantuan-bantuan lain yang tidak dibenarkan masuk lagi pun.
EL yang duduk di sebelah langsung tak menegur, tak menghulurkan tangan untuk bersalam dan barangkali kerana kepenatan tergesa-gesa untuk bangun semula.
MUHAMMAD NADIR
“Bukankah ia satu pembaziran? Saya menyeru pihak team EL untuk berani tampil memberi pencerahan dan penjelasan supaya tidak timbulnya bibit-bibit fitnah lain,” tulis Muhammad Nadir lagi.
Dalam penjelasan itu, Muhammad Nadir menafikan dakwaan kononnya dia dengki dengan Ebit, sebaliknya cukup mengalu-alukan kehadiran beliau.
Dakwanya, Ebit yang duduk bersebelahan dengannya langsung tak menegur mahupun menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Jam 2 pagi, kami dimaklumkan rombongan sudah melepasi sempadan Rafah sebelah Mesir dan akan masuk ke Gaza. Perasaan ketika itu seronok bukan kepalang. Saya ditolak wakil Kementerian Luar berada di barisan hadapan menyambut rombongan dan apabila turun dari bas, sebahagian team bersalam sedangkan separuh lagi termasuk EL berjalan jauh daripada saya.
Ebit ketika berada di bumi Gaza.
“Tidak ada sepatah kata pun dituturkan oleh seluruh team kepada saya melainkan pengawal keselamatannya yang terus menegur dan membisik ke telinga saya, awak orang Malaysia kan, jangan buat live ya.
“Pelik dan terkejut, ketika itu saya menyedari kehadiran saya tidak disenangi. Saya berjalan di belakang rombongan, cuba menjauhkan diri tetapi apabila EL diminta duduk di kerusi VIP, wakil Kementerian Luar memanggil saya dan meminta saya duduk di sebelahnya. Saya menolak kerana tidak mahu menimbulkan suasana tidak selesa tetapi setelah dipaksa, saya akur.
“EL yang duduk di sebelah langsung tak menegur, tak menghulurkan tangan untuk bersalam dan barangkali kerana kepenatan tergesa-gesa untuk bangun semula. Mereka bangun untuk solat dan saya memerhatikan dari jauh, cuba memahami apa yang sedang berlaku,” ujarnya.
Dakwa Muhammad Nadir, tindakan pasukan Ebit yang masuk ke Gaza dengan membayar kepada sebuah syarikat dengan harga tinggi ternyata memberi kesan kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
Selama lapan tahun sebelum ini katanya, semua NGO masuk ke Gaza melalui Rafah dengan melalui NGO Miles of Smiles dengan jumlah maksimum 200 ke 300 orang sahaja dalam setahun.
“Kaedah ini telah diamalkan oleh semua NGO yang telah berjaya beberapa kali keluar dan masuk ke Gaza. Kenapa kaedah team EL memberi kesan besar kepada NGO lain? Kerana kalau sebelum ini banyak NGO boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baru dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi.
“Syarikat Hala bukan rahsia untuk penduduk Gaza. Khidmat tersebut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu membayar kosnya, iaitu A$1200 (RM5,076) seorang untuk orang tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar ke Gaza dan dengan bayaran tersebut akan mendapat layanan istimewa tanpa perlu berhenti di banyak checkpoint dan berhenti di ‘bottle neck’ merentas Terusan Suez yang biasanya mengambil masa dua ke tiga hari untuk dilalui,” ujarnya.
Kemelut melibatkan Ebit terus menjadi perbualan netizen.
Muhammad Nadir turut menyeru pasukan Ebit agar berani tampil memberi penjelasan mengenai beberapa perkara yang disebutkannya demi mengelakkan fitnah berpanjangan dalam kalangan netizen.
Pada penghujung tulisannya di Telegram yang disertai lebih 260,000 pengikut itu, Muhammad Nadir turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang membaca.
Tulisan itu dikongsi pada Selasa, pukul 2.43 pagi dari bumi Gaza.
Untuk rekod, kisah misi ini mula ‘panas’ selepas penyanyi rap Caprice tampil membuat pendedahan baru-baru ini, namun dia sudahpun membuat permohonan maaf pada Selasa.
”Kenapa tak cari salah sendiri terlebih dahulu?”-Dato Ustaz Kazim
Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias juga memberikan komen di laman sosial berkenaan kesalahan mencari kesalahan orang lain.
Rata-rata nitezen mengaitkan perkongsian tersebut adalah teguran buat Caprice berhubung misi bantuan Palestin yang dibuat olah pasukan Ebit Liew.
Perkongsian Ustaz Mohd Kazim Elias:
Cari salah orang memang jumpa la..
Kenapa x cari salah sendiri terlebih dahulu.
Mencari2 dan mencipta kesalahan orang lain itu sudah menjadi satu kesalahan.
Menjadikan netizen menyumpah menyeranah kerana perbuatan mencari2 kesalahan yg kita ciptakan jgk merupakan suatu kesalahan.
Mengutuk, menghina orang yg dikatakan bersalah sedangkan dia belum terbukti bersalah jgk satu kesalahan, hnya lantaran terpengaruh dgn dakwaan org lain.
Banyaknya kaitan salah krn menyalahkan orang lain sedangkan yg dikatakan bersalah belum tentu bersalah sebaliknya dialah yg sebenarnya sudah bersalah awal-awal lg kerana mungkin memfitnah, mengadu domba dan mengaibkan org.
Hormatlah org.. apatah lagi yg lebih tua drp anda.
“Bila dah terasa lebih pandai drp org, itu satu penyakt sebenarnya…kena dirawat cepat takpun divaksin terlebih dahulu…
Rata-rata netizan bersetuju dengan pandangan dan nasihat Ustaz kazim
“Sungguh ustaz, mncari2 salah org, mencari2 aib org , Allahu.. dlm musim wabak virus ni yg sgt merbahaya, rupanya wabak mncari2 salah org ni lgi merbahaya, ada je yg xpuas hati, ada je yg sakit hati, Allahuakbar .. betul ustaz org mcm ni kena bgi vaksin , vaksin untuk sedarkn diri, vaksin untuk jernihkn hati, org lain berkejar2 cari pahala sempena hari arafah esok, ada yg lupa , lupakn nikmat2 Allah, Buatlh Allah ambil nyawa ketika kita sibuk cari salah org, cari aib org , Allah ambil nikmat nafas, nikmat hidup, nikmat sihat Allahurobbi jauhknlh kami dari sifat2 hasad dengki, kita bersaudara untuk apa disebarkn, malu dgn Allah, Allah tutup aib2 kita , knpe zalim sgt kpd diri dan org lain, Nauzubilahi minzalik , semoga Allah ampuni dosa2 kita Aamiin ya Allah”
“#caprice..semuga hadam apa yg ustaz sampaikan..pastu ucap terima kasih kt ustaz sebab bagi nasihat..baru ada adab..lg satu selesai misi kt sana cepat² balik malaysia..kami semua rindu tak sabar nk pulas telinga hang..hang jgn buat lecehhh..”
Jangan sebar fitn4h isu Caprice-Ebit Lew – Bukit Aman
Orang awam dinasihat tidak menyebarkan dan membuat kenyataan berbaur fitnah berhubung dakwaan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice mempersoalkan tindakan pendakwah terkenal, Ebit Lew dalam misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata setakat ini, tiada laporan diterima dan kertas siasatan dibuka mengenai perkara itu.
“Beberapa hari ini di media sosial dikesan hangat memperkatakan mengenai tindakan penyanyi rap itu. Mereka yang fitnah atau mengaibkan seseorang boleh disiasat mengikut Seksyen 500, 504 dan 505 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Semua seksyen itu kerana kesalahan fitnah, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, kenyataan boleh mendatangkan khianat awam serta penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Justeru, Abd Jalil meminta orang ramai tidak mensensasikan isu itu dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil jika wujud pelanggaran undang-undang berkenaan.
Terus trending dalam media sosial sejak beberapa hari lalu, Caprice semalam dilaporkan berjanji membuat pendedahan mengenai realiti di sebalik kontroversi di Gaza, Rabu ini, dan berharap hubungannya dengan pendakwah itu pulih.
Mengaku mengambil pil tidur sejak tiga minggu lalu, Caprice mendakwa tidak menyangka Ebit yang dianggapnya sahabat terus senyap dan tidak memberi kerjasama selepas apa yang berlaku di Gaza.
Sebelum ini, Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit susulan rungutan yang didakwa diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.
Pada 24 Jun lalu, Caprice berangkat ke Palestin untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.
Namun, sehingga hari ini, Caprice masih belum memasuki Gaza. Malah, melalui pengakuan IG Story, penyanyi itu mendakwa mungkin niat untuk memasuki wilayah itu menjadi sukar.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Leave a Reply