Baru je Ebit Lew berjaya menjawab dgn tenang, sekali Caprice mengeluarkan kenyataan ini di IG

Hari ini endakwah bebas, Ebit Lew meminta Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk penduduk di Palestin.

Ebit Lew dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di Instagramnya tadi berkata, dia tidak membawa duit sesiapa daripada kutipan tabung kerana pihak tidak pernah membuka sebarang tabung Gaza.

Berikut pula reaksi dari Caprice selepas  Ebit Lew berjaya menjawab segala tvduhan yang di lontarkan beliau sebelum ini

“Bismillah.

“Salam, whoever have met me from JAIS, JAKIM, wakil rakyat, students, and places where i have shared my vision for the ummah. Sebagai individu, caprice banyak buat dosa dan banyak lagi kene belajar tentang agama. However, I hope you know that i will never LIE atau sebar fitnah when it comes to Kemajuan Islam dan umat Islam.

“Caprice minta maaf dgn cara caprice waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300% kepada tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew. Pekara yang kita tahu, insyaAllah kalau bukan di dunia, kita jumpe di sana.

“Caprice doa untuk ebit lew dan team ebit lew, walaupon misi kita ke Gaza sangat berbeza, if we cant even have peace among ourselves, ape lagi di Palestine? Selama kita berada di sini, Caprice masih rujuk kepada Ulama dan berape ustaz tentang perjalanan Caprice di sini dan Alhamdulillah, walaupon semua tegur cara caprice, tetap mintak Caprice teruskan dgn misi dan pejuang kita.

“Sebelum naik kapal terbang lagi, team leader sudah bagi tahu awal2 itu tempat perang ade risiko yang kita tak akan pulang. Sebelum naik kapal terbang lagi Caprice sudah niat dan sedia untuk rugi dunia janji tak rugi akhirat. Dan hari ni, kita sudah rase bende tu.

“I will continue to fight for diplomacy, peace, and compassion for not just Palestine, but any corner of the World. I will defend anyone who are oppressed tak kisah bangsa dan agama.

“This has been the toughest journey in my road of hijrah and ibadah, i will continue until my last breath.

i”am sorry once again if you are hurt, i do not wish to continue this debate, i hope to only unite and achieve a collective goal of peace in Palestine. If i have to defend myself in court, i will do so with the guidance of Allah. Thank you.

“Salam 

Caprice ‘trig.ger’ Ebit Lew tentang arwah bapa punca kena bl0ck IG – “Saya ambil telefon tu… saya lontar ke tepi”

ENGGAN diganggu aura negatif, personaliti dakwah Ebit Lew mengambil keputusan untuk menyekat akaun Instagram penyanyi rap Caprice.

Ebit menerusi Instagram live pada Khamis berkata tindakan itu terpaksa dibuat kerana beberapa perkara yang dilakukan Caprice disifatkan melampaui batas.

Terang Ebit, Caprice hanya mendedahkan mesej tegurannya berhubung pemberian mainan kepada kanak-kanak di Gaza yang didakwa sekadar untuk publisiti media.

“Part pertama teguran tentang patung… tapi part kedua dia tak post. Dia tegur dia kata saya teruk kerana tak patut post kerana ramai orang Malaysia tak dapat ziarah ayah mereka semasa sakit.

“Ayah saya tak sakit, dia nazak. Dia tak bagi lawat ayah saya… sebagai kawan dan sahabat dia boleh marah macam tu dan lukakan hati saya.Pada Rabu Ebit Lew membuat laporan polis berhubung pelbagai dakwaan terhadapnya.
“Saya nampak tu, sebagai manusia biasa saya ambil telefon tu saya lontar ke tepi,” katanya pada Khamis.

Selain itu Ebit turut melahirkan rasa kecewa apabila mesej peribadi antara mereka didedahkan kepada umum tanpa kebenaran.

“Apabila dah sampai KL dia ada mesej saya… dia mesej panjang.

“Bagi saya mesej peribadi WhatsApp, DM (mesej langsung) adalah privacy, tak sepatutnya didedahkan kepada orang awam.

Apa yang orang WhatsApp kita, tak boleh post kat awam kecuali minta izin EBIT LEW

“Apa yang orang WhatsApp kita, tak boleh post kat awam kecuali minta izin,” katanya.

Menjawab isu yang dibangkitkan Caprice berhubung foto bersama kanak-kanak Gaza, Ebit berkata ia adalah perkara biasa dan apa yang penting mereka gembira.

“Saya ditanya kenapa saya malukan Malaysia? Rupa-rupanya gambar dua kali fasal mainan tu, Caprice dah viralkan… dia kata mengaibkan.

Caprice menuduh Ebit Lew menimbulkan kemarahan rakyat Palestin.
“Kalau anda nak tahu, semua orang yang pergi sana ambil gambar dengan budak. Jadi tak ada masalah pun dengan gambar tu, dalam video saya semua budak-budak gembira,” ujarnya.

Pada Jumaat minggu lalu, Caprice membuat pendedahan dan meluahkan rasa kurang senangnya terhadap tindakan Ebit yang dikatakan telah menimbulkan kemarahan rakyat Palestin.

Caprice turut membuat beberapa tuduhan dan merancang untuk membongkarkan perkara yang sebenarnya terjadi di Gaza.

Bagaimanapun Ebit pada Rabu, membuat satu laporan polis, sekaligus menyebabkan Caprice membatalkan sesi Instagram live yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama.

Air mata Ebit Lew tumpah saat buka kisah keluarga… dedah sebab rakam video bersama bapa, 6 bulan cari suara mak!

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya sehingga mengalirkan air mata ketika berkongsi kisah kedua-dua orang tuanya yang sudah meninggal dunia.

Dalam sidang media khas pada Khamis bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, menurut Ebit, dia terlalu sebak kerana bapa kesayangan ‘pergi’ ketika perjuangan dakwahnya diuji.

Tambahnya, dia sempat meluangkan masa ketika bapanya, Ibrahim Lew terlantar sakit, sebelum dia bertolak untuk melakukan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

“Saya jumpa ayah, dia cakap kat saya, ‘Ebit ambil losyen sapu kat badan’. Kemudian dia minta saya tuang air dekat mulut dia. Dia tak sedar tapi time saya nak pergi tu, dia sedar.

“Saya sebulan menangis rindu nak jumpa ayah. Dia tahu pasal masa saya nak pergi, dia dengar orang cakap pasal saya.

“Alhamdulillah, sempat saya balik dan sempat saya ngam ngam habis kuarantin. Masa saya tengah baring, orang beritahu, ‘Ustaz, ayah ustaz dah meninggal dunia’,” ceritanya sambil mengesat air mata.

Bapa Ebit, Ibrahim Lew meninggal dunia pada 13 Julai lalu.

Bapa Ebit meninggal dunia pada 13 Julai lalu pada usia 84 tahun kerana menderita kanser perut.

Semasa sedang tenat, Ebit sempat menziarahi bapanya di hospital dengan mengenakan sut lengkap PPE kerana masih menjalani kuarantin.

Saya ambil handphone lama yang dah pecah tu, saya repair…saya cuma nak dengar suara mak saya.

Dalam pada itu, Ebit turut mengulas tindakannya yang kerap kali membuat perkongsian mengenai bapanya di media sosial seolah-olah mahu meraih simpati, sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

“Biar saya beritahu sebab apa saya ambil video ayah saya. Tak patut pun saya terangkan tapi saya terangkan juga

“Saya rindu mak saya hampir enam bulan, setiap malam saya menangis. Tahu tak apa saya buat? Saya cari suara mak saya. Enam bulan saya cari. Saya ambil handphone lama yang dah pecah tu, saya repair…saya cuma nak dengar suara mak saya.

Ebit kerap membuat perkongsian mengenai bapanya di media sosial.

“Suara isteri, suara anak, kawan ada… ceramah aku punya banyak.. (tapi) suara mak aku satu pun tak ada. Sebab tu saya ambil video ayah saya.

“Cuba tengok ada tak dalam handphone kita simpan? Handphone (boleh) pecah, hilang atau rosak. Tahu tak kat mana memori paling kuat? Instagram dan FB. Nak scroll taip je Ebit Lew lawat ayah… keluar video,” ujarnya lagi dalam nada suara sebak.

Luah Ebit lagi, tindakannya itu tidak lebih daripada mahu meyimpan seberapa banyak memori bersama bapa kesayangan kerana tidak berpeluang berbuat demikian dengan ibunya.

“Banyak juga orang mesej saya kata air mata saya air mata palsu… main perasaan… takpe. Mungkin mereka masih ada ayah, mak. Satu hari bila tak ada ayah, mak… baru tahu,” katanya lagi.

Sidang media Ebit pada Khamis berlangsung lebih daripada sejam, yang menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*