Giliran Fendy Bakri pula bagi satu cadangan kepada Ebit Lew dan Nadir Al Nuri

BUKAN sahaja Nadir Al Nuri wajar mengemukakan bukti tentang status kewangan NGO yang diterajuinya, personaliti dakwah Ebit Lew juga harus berbuat demikian.

Saranan itu muncul daripada pelakon Fendy Bakry yang mahu orang ramai berfikiran rasional serta adil dalam memberi ruang kepada kedua-dua tokoh berkenaan untuk membersihkan nama masing-masing.

“Sekarang kita tunggu penjelasan daripada Nadir juga beserta bukti. Tapi kalau Nadir saja tunjuk bukti pun tak boleh juga sebab akan berpanjangan lagi ceritanya.

Fendy meninggalkan komen tersebut di Instagram mStar.

“Jadi elok sama-sama wujudkan bukti sebab Nadir (urusakan) Cinta Gaza Malaysia dan Ebit pula Pertubuhan Kasih Umat Malaysia,” katanya.

Fendy atau Mohd Affandi Nor Bakri, 32, memberikan pendapatnya itu menerusi ruangan komen pada salah satu posting berita membabitkan Ebit dan Caprice di Instagram mStar.

Isu mengenai bukti pengurusan kewangan itu timbul selepas Ebit mempersoalkan ke mana wang sumbangan berjumlah RM20 juta yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Penerangan dan penjelasan daripada Ebit Lew dah pun dibuat.

Sementara itu tambah Fendy, dia berharap netizen tidak terus bertelagah dalam isu membabitkan Ebit dan Nadir sebaliknya cuba melihat daripada sudut yang lebih positif.

“Apa-apa pun kebaikan kita ikut, bukan dengan idolakan seseorang sehingga dia langsung tidak boleh ada kesalahan. Penerangan dan penjelasan daripada Ebit Lew dah pun dibuat.

“Rasanya eloklah kita sebagai netizen hanya memandang perkara ni daripada sudut yang baik saja tanpa bertelagah,” katanya.

Selain itu Fendy turut mengajak orang ramai mendoakan agar segala kemelut antara mereka dapat diselesaikan dengan baik.

“Kita hanya tunggu dan lihat sambil berdoa moga segala perbalahan dan kesefahaman akan terjalin,” katanya.

Pada Khamis Ebit Ebit meminta Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia itu mengemukakan perbelanjaan wang sumbangan RM20 juta diberikan rakyat kepada penduduk Gaza kerana membabitkan jumlah sangat besar dan menimbulkan persoalan umum.

‘Saya maafkan semua yang memfitn4h, menj4tuhkan saya’ – Ebit Lew

PETALING JAYA: “Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitn4h dan menj4tuhkan saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya sy4itan, d4jjal, b4bi, bod0h, penungg4ng dan lain-lain”.

Demikian tulis Ustaz Ebit Lew dalam catatan terbaharunya di Facebook hari ini.

Beliau kemudiannya menulis: “Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya, bidadari saya dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf pada semua”.

Ustaz Ebit Lew turut berpesan pada diri sendiri dan semua supaya bersatu hati dan bersama berdoa supaya Allah angkat musib4h C0vid-19 ini.

“Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa viru.s ini sem.buh. Berat keadaan negara kita semua. Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila dua orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah sy4itan.

“Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya ya. Cukuplah sampai sini. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya,” katanya

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*