Sebut harga pek makanan didakwa mahal… ini cabaran Nadir kepada pihak tersebut

KETUA Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman tampil menjelaskan mengenai pek makanan berharga AS$40 untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin yang didakwa mahal berbanding pembekal lain.

Nadir berkata, dalam kertas konsep yang diberikan, sebut harga pek makanan itu diberikan secara ringkas kepada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) tanpa meletakkan senarai barangan.

“Bila NGO-NGO ini memberi respons kepada kita, membalas WhatsApp, emel dan sebagainya, maka kita akan bagi satu senarai yang lebih lengkap.

“Kita letak pek makanan AS$40 tapi tidak ada senarai barang. Kalau nak tahu senarai barang, balas kepada kami dan kami akan tunjukkan kepada kalian bagaimana kita melaksanakan kerja-kerja kita di bumi Gaza,” katanya.

Perkara itu diperjelaskan beliau dalam Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook Terkini dan Sensasi Palestin, pada Sabtu.

Nadir mengulas mengenai persoalan mengenai harga pek makanan dalam sebut harganya yang didakwa lebih mahal iaitu AS$40 berbanding dengan sebut harga lain iaitu AS$20 yang jauh lebih murah.

Nadir memperjelaskan mengenai sebut harga pek makanan NGO Cinta Gaza yang didakwa mahal berbanding pembekal lain.

Menurut Nadir, beliau juga menggunakan kaedah mendapatkan makanan dengan harga paling murah dan barang yang berkualiti.

“Bila kita nak buat tender atau senarai pek makanan, kita akan buat satu open tender dan ia dijual dan kita buat iklan di akhbar. Jadi mana-mana syarikat yang nak masuk, mereka boleh join dan bagi harga yang terbaik dan barangan yang terbaik dengan syarat-syarat dalam dan luaran.

“Mereka (syarikat) akan isi harga dan hantar kepada kita… kita punya jawatankuasa di sini akan semak mana yang paling murah, berkualiti. Barulah (jawatankuasa) akan memilih dan memberikan tender kepada syarikat-syarikat,” katanya.

Dalam pada itu, Nadir turut memberi contoh mengenai sebut harga harga pek makanan yang diterima daripada beberapa syarikat.

“Quotation harga pertama nilainya adalah lebih kurang AS$40. Ada quotation harga yang lain kita dapat dalam AS$20. Senarai semuanya ada 19 barang.

“Kalau nak yang AS$20, kita bagi (barang-barang) dari senarai dari satu hingga 13. Jadi, adalah sangat tidak adil bila orang kata pek dia lebih murah tanpa dia beritahu apa yang ada dalam pek tersebut.

“Saya berani cabar kepada sesiapa yang boleh dapatkan harga lebih murah dan barang yang lebih baik dalam bumi Gaza itu sendiri untuk buat pek makanan. Kita sedia bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Guna kaedah ‘mu.suh urus kewangan’

KETUA Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman tampil memberi penjelasan mengenai duit sumbangan sebanyak RM20 juta yang digembar-gemburkan sejak kebelakangan ini.

Perkara itu diperjelaskan dalam Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook Terkini dan Sensasi Palestin, pada Sabtu.

“Duit RM20 juta itu bukan disumbangkan pada setiap tahun. Bukan setiap tahun kita dapat RM20 juta.

“Bila disebut ada perang, dapat RM20 juta. Perang itu tidak berlaku setiap tahun. Jadi, macam mana boleh dapat RM20 juta itu setiap tahun?

“Duit RM20 juta bukan diuruskan oleh CGM sahaja, tetapi ia sebenarnya dikutip oleh 20 badan bukan kerajaan (NGO) anak-anak muda yang telah berpuluh-puluh tahun dalam kerja-kerja kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pertikaian ke mana perginya duit mencecah RM20 juta memandangkan ia merupakan sumbangan orang ramai menerusi misi bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Sehubungan itu, Nadir menyifatkan tuduhan itu sebagai tuduhan yang salah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*