Akhirnya Nadlr Tampil Jelaskan Kemana Perginya Sumbangan RM 20j Setiap Tahun

PETALING JAYA: Selepas mend.akwa dua kali dibenam sejak p.erang, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G.aza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini tinggal di G.aza akan menceritakan bagaimana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diurus.

Pendedahan itu akan dilakukannya melalui Sesi TownHall Cinta Gaza Malaysia secara live di Facebook pada pukul 12 tengah hari ini.

“Sambil-sambil itu kami tunjukkan apa yang negara kita Malaysia dah buat untuk P.alestin.

“Ini hak kalian untuk tahu kerana kalian yang menyumbang, kami hanya menjadi jambatan yang menghubungkan kasih-sayang dan persaudaraan. Kami juga akan memberikan maklum balas tentang 1,001 keresahan yang sedang bermain di minda kalian, warga netizen,” katanya.

Tampil Beri Penjelasan

Nadir Al-Nuri atau nama penuhnya Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, menerusi live Sesi Townhall Cinta G.aza Malaysia di Facebook tampil memberi penjelasan mengenai isu yang berbangkit iaitu isu sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM 20 j.uta setiap tahun yang disalurkan bagi misi kemanusiaan di G.aza, P.alestine.

Nafi dapat sumbangan setiap tahun

Menerusi townhall berkenaan, Nadir Al-Nuri menegaskan bahawa pihak Cinta Gaza (CGM) tidak mendapat sebanyak RM 20 j.uta setiap tahun dan perkara berkenaan adalah p.alsu.

Orang t.uduh kita ambil percent yang tinggi tapi alhamdulillah anda sendiri boleh tengok berapa kami ambil hanya 3 peratus management charge sahaja.

Sebenarnya tak ada lah kami dapat 20 j.uta setahun. Itu adalah p.alsu.
RM 20 j.uta itu bukannya disumbangkan setiap tahun. Tapi kita tak ambil gaji banyak.

Jadi t.uduhan itu adalah sangat-sangat tidak baik seolah-olah kita dapat duit yang begitu banyak. Tapi saya tidak tujukan kepada sesiapa.

Duit itu tidak diuruskan CGM sahaja tapi sebenarnya dikumpulkan bersama oleh rakan-rakan yang berada di bawah NGO anak-anak muda.

Ujarnya, dia turut mengalukan NGO yang lain untuk membentangkan perbelanjaan masing-masing dan menjadi tanggungjawab untuk mendedahkan di mana sumbangan tersebut disalurkan.

Kredit : US/OB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*