Yusuf Azmi Bagi Satu Nasihat Kepada Mereka Semua Yang Terlibat

Memang heboh di media sosial tentang isu Ebit Lew, Caprice, Nadir dan Firdaus Wong. Nama nama ini selalu disebut sekarang di media sosial.

Semua berlaku apabila Ebit Lew telah pergi ke Gaza dan Caprice tidak lepas masuk ke Gaza dan bermacam macam cerita yang keluar sehingga melibatkan Nadir Al Nuri, satu satunya rakyat Malaysia yang menetap di Gaza sebagai NGO kemudian melibatkan Firdaus Wong.

Dengan apa yang terjadi satu ayat baru telah keluar samada anda di sebelah Ebit Lew atau di sebelah Nadir Al Nuri.

Ebit Lew telah keluarkan kenyataan dan Nadir Al Nuri juga telah keluarkan kenyataan baru baru ini di media sosial masing.

Tetapi apa yang netizen nampak ianya seperti belum lagi selesai.

Yusuf Azmi Jumpa Ebit Lew

Melalui media sosial Yusuf Azmi, beliau telah memuatnaik beberapa keping gambar dan kenyataan tentang apa yang berlaku sekarang. Ini kata kata Yusuf Azmi kepada semua yang terlibat.

Andai Perjuangan ini mudah pasti Ramai Menyertainya..

Hakikat Perjuangan bukan begitu.

Segala Pahit dan Manis harus kita laluinya..

Ikhlas tidak semudah kita bicara..

Keikhlasan tu hanya Allah yang mengetahui..

Kalau kesalahan manusia yang dicari pasti banyak yang kita ketemui..

Kita Hamba janganlah begitu.

Kita bukan Malaikat..

Kita Hamba manusia yang mempunyai Nafsu.

Pasti ada kelemahan..

Kalau buruk yang kita cari.

Buruklah kita dapat..

Carilah Kebaikan.

Carilah titik persamaan..

Baginda Rasullah s.a.w pasti sedih dengan kita..

Sesama islam mencari aib dan membuka aib sesama islam..

Saya Yakin Ustaz Ebit , Adinda Caprice , Saudara Firdaus Wong, Saudara Nadir Al Nuri dan semua pejuang pejuang kebenaran dan membantu umat manusia..

Marilah bersama sama membuang yang keruh dan ambil yang jernih..

Saya rujuk kepada antara hadis hadis Baginda Rasululllah. Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Muslim -2590 dalam sahih-nya)

Daripada Ibn Umar R.anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi – 2032)

Daripada Jarir bin Abdullah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal dengannya dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barang siapa yang memulakan dalam Islam suatu sunah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun.” (Hadis riwayat Muslim – 1017) dalam Sahih-nya)

Mohon selalu kepada Allah SWT supaya Dia pelihara aib kita daripada tersebar. Semoga Ustaz Ebit Lew terus kuat dan berjuang dan berdakwah untuk diperlihatkan IKON Kebajikan Masyarakat Malaysia..

Semoga Adinda Carprice terus berjuang cara moden islam untuk orang muda di Malaysia.. Semoga Saudara Firdaus Wong terus islamkan seramai mungkin umat manusia di Malaysia..

Semoga Saudara Nadir Al Nuri terus berjuang untuk Saudara kita di Gaza.. Saya nasihatkan khusus kepada diri saya. Antara perkara penting kita kena nasihat pada diri kita sendiri sebelum nak berjuang.

Kita kena bersama dan segala aspek sudut demi kebaikan Islam dan kemanusiaan. Kita kena rasa bahagia bila melihat orang berjaya dan bahagia. Kita kena rasa bahagia bila ada orang nak membela agama Allah.

Kita kena rasa bahagia bila ada orang membawa contoh yang baik untuk islam dan menjadi teladan yang baik pada umum. Hadirkan dalam diri bahagia.

Lawan Syaitan yang melintas dalam diri kita. Katakan pada Syaitan “Aku Bahagia” , Bila islam bahagia.. Semoga bermanfaat.. Allahuallam

Sumber : Yusuf Azmi via http://www.awatttsyeikhh.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*