“Hentikan perbal4han. Simpatilah dgn rakyat.” – Khatib Tahan Sebak Baca Khutbah Di Masjid Negara

Hari Raya Aidiladha tahun ini dilihat sedikit sur4m walaupun tetap meriah disambut sesama ahli keluarga di kediaman masing-masing.

Pandemik yang menular telah menghadkan aktiviti yang biasa dilakukan ketika hari raya haji seperti menumbangkan haiwan ternakan untuk tujuan ibadah qurban.

Walau bagaimanapun, solat sunat Aidiladha tetap dilakukan dengan jumlah yang terhad. Pihak televisyen juga turut sama menayangkan siaran langsung solat sunat dan juga khutbah Aidiladha untuk ditonton orang ramai.

Sebak lihat khatib pun seb4k

Menerusi perkongsian yang dibuat akaun Twitter @waniardy, pengguna media sosial tersebut telah menzahirkan rasa sebak apabila Imam Masjid Negara membacakan khutbah menyentuh perihal pemimpin.

Mereka juga berharap semua pihak dapat mendengar apa yang telah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negara itu supaya menjadi pedoman dan ikhtibar dalam memimpi sesuatu organisasi.

Depan2 VIP tuu


Memang menjadi perhatian rakyat


Bukan senang lelaki nak menangis macam tu


Tajuk khutbah ‘Cab4ran dan Peng0rbanan


Menerusi laporan daripada Bernama, Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni telah menyampaikan khutbah Aidiladha yang bertajuk ‘Cab4ran dan Peng0rbanan’ turut berkata bahawa Allah S.W.T telah menganugerahkan pelbagai kenikmatan kepada negara termasuk menyambut Aidiladha pada hari ini walaupun pandem1k masih belum reda.

Jadi, beliau mengingatkan para pemimpin supaya menumpukan sepenuh usaha dan tindakan dalam mengekang penularan wabak C0vid-19.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri dilihat antara yang sama-sama hadir bagi menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid berkenaan.

‘Ahli politik makin menjadi-jadi’ – Fizo harap pemimpin ambil peduli

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fizo Omar meluahkan rasa terkilan dengan segelintir pemimpin parti politik dalam menerajui pentadbiran negara.

Menerusi Instagramnya dia menjelaskan pemimpin perlu bersatu hati dan sebulat suara bagi menangani kemelut yang sedang berlaku ketika ini.

“Apa nak jadi dengan negara kita Malaysia ini. Patutnya bila Allah berikan ujian untuk kita semua, waktu ini lah kita bersama-sama menghadapinya dan cari jalan penyelesaian terbaik.

“Rakyat menderita, kalau dah ada yang sampai sanggup bunuh diri, tiada duit nak makan, tempat tinggal, itu dah terlampau teruk. Waktu inilah kami sebagai rakyat mengharapkan kebijaksaan para pemimpin, semua yang menabur pelbagai janji kepada rakyat sebelum ini.

“Bagaimana kita nak mendepani cabaran Covid ini kalau masalah dalaman negara kita tidak berkesudahan,” luahnya kesal.

Dalam perkongsian sama, pelakon itu memberi gambaran senario yang sedang berlaku.

Pelakon, Fizo Omar terkilan dengan segelintir pemimpin parti politik.

“Sebagai anak-anak, sangat sedih bila setiap hari melihat ibu bapa bergaduh, bertengkar berebut kuasa, tidak ada persefahaman, memfitnah antara satu sama lain. Itulah diibaratkan keadaan sekarang ini.

“Diharap suara kecil saya sebagai salah seorang jutaan rakyat Malaysia, didengari dan diambil peduli oleh pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga kami semua,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Twitter @waniardy, Bernama (kredit foto), www.klmenjeritvideo.dnq.new

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*