Amin Idris tak nak campur isu Ebit Lew, Caprice, Nadir tapi ada satu nasihat dia bagi kat Ustaz ni

KUALA LUMPUR: Pengacara program Islamik terkenal, Amin Idris enggan masuk campur isu perdebatan antara Ustaz Ebit Lew dan Caprice namun dia berpesan terhadap individu yang dikenali ‘ustaz’ tidak mengeruhkan lagi situasi yang sudah berlaku.

Amin menerusi Instagramnya menegur dan menegaskan bahawa ‘ustaz’ tersebut hendaklah menjaga kelakuannya malah mengingatkan kes mahkamah antara Amin bersama individu itu masih belum selesai.

“Saya tak nak campur dalam isu Ebit Lew, Caprice mahupun Nadir An Nuri. Saya doakan kebaikan buat mereka. Namun nasihat saya buat seorang ‘ustaz’, jangan masuk campur boleh? Kes mahkamah awak dengan saya pun tak settle lagi.

“Jaga perangai, apa awak tulis akan jadi against awak di mahkamah nanti. Pihak mahkamah akan melihat sikap dan kelakuan di media sosial. Kalau tak faham, sila rujuk peguam ‘ustaz’. Ikhlas daripada saya yang masih dalam kuarantin, positif Covid-19,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat pengacara itu menyifatkan tindakan ‘ustaz’ tersebut tidak lain hanya mahu meraih perhatian orang ramai dan “gila glamor”.

Sementara itu, pelakon dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah, berkata, “Kita manusia biasalah, drama… pentas dunia,” komennya.

Tuduhan Memfitn4h Ustaz Ebit Lew, Ustaz Abu Syafiq Heret Amin Idris Ke Mahkamah!

Kes sam4n fitn4h siber penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq akan bermula esok, 20 Mei di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pengacara Amin Idris berhubung dakwaan ‘postings’ dan kenyataan fitnah yang diterbitkan di laman media sosial milik pengacara tersebut.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam kepada Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates and Solicitors.

“Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20, 21, 27 dan 28 Mei bagi perbicaraan kes,” kata Nurul Hafidzah.

Pada bulan Mei tahun lepas, plaintif, Abu Syafiq memfailkan saman fitnah terhadap Amin Idris dan seorang lagi individu, mendakwa ‘postings’, kenyataan palsu dan fitnah yang diterbitkan oleh kedua-dua defendan telah menjatuhkan imej, reputasi dan jenama peribadi beliau.

Menurut laporan berita tahun lepas, kes saman tersebut dibawa ke mahkamah bagi membersihkan nama Abu Syafiq dan bagi membuktikan kebenaran yang beliau tidak bersalah. Plaintif mendakwa tidak melakukan seperti apa yang didakwa oleh kedua-dua defendan melalui ‘postings’ dan kenyataan yang telah diterbitkan oleh mereka.

Laporan itu juga memetik Abu Syafiq telah mengambil inisiatif dan berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan baik namun gagal.

Abu Syafiq seterusnya mengambil keputusan meneruskan tindakan undang-undang kerana beliau tidak pernah membuat kenyataan-kenyataan seperti yang didakwa.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*