Lana Nodin gesa KP Kesihatan letak jawatan, sekali Rita Rudaini pula bersuara

LANA Nodin tidak keseorangan dalam tindakannya menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk meletakkan jawatan gara-gara kes jangkitan Covid-19 di negara ini yang terus membimbangkan.

Kelantangan Lana mendapat sokongan aktres Rita Rudaini, 45, kerana menurutnya pelakon itu mempunyai hak untuk menyatakan pendapat seperti rakyat Malaysia yang lain.

“Saya berkongsi kenyataan Lana Nordin seperti yang disiarkan oleh beberapa portal kerana beranggapan ia hak peribadi saya.

“Saya tidak melihat sebarang kesalahan berdasarkan apa yang dikongsikan Lana di Instastory dia. Bagi saya, itu adalah pendapat dan hak bersuara Lana sebagai rakyat Malaysia.

“Malah ada berjuta lagi pendapat yang sama daripada rakyat Malaysia. Cuma disebabkan kenyataan itu daripada Lana yang juga selebriti, jadi ia sengaja diperbesarkan oleh netizen,” katanya kepada mStar.


Rita Rudaini sokong pendapat Lana Nodin.

Terdahulu, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 41, memuat naik rantaian pendapat di Instastory yang antara lain menyifatkan tindakan Dr Noor Hisham hanyalah lakonan semata-mata bagi memperdaya rakyat Malaysia.

Dia juga tidak berpuas hati dan menganggap penjawat awam itu berselindung di sebalik wajah yang pura-pura sedih dan penat.

Tambah Rita, pendapat yang diutarakan Lana adalah berdasarkan pemerhatian aktres itu sepanjang dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara.

Saya tidak melihat sebarang kesalahan berdasarkan apa yang dikongsikan Lana di Instastory dia.

“Malah isi dan fokus yang disebutkan Lana juga jelas. Tidak sama sekali menjurus kepada sebarang bentuk salah laku, hasutan dan sebagainya.

“Saya menyokong tindakan Lana kerana dia antara selebriti yang berani bersuara… dia bersuara bukan untuk menghentam semata-mata, tapi ingin menyampaikan realiti sebenar apa yang terjadi dengan fakta yang jelas.

“Rasanya ada banyak lagi perkongsian yang lebih dahsyat dibuat orang ramai,” ujarnya lagi.


Perkongsian Lana di Instastory.

Sebagai rakan artis, Rita turut meluahkan perasaan kesalnya terhadap netizen yang turut mengaitkan pendapat Lana itu dengan kehidupan peribadi pelakon tersebut.

“Lebih malang apabila pendapat kami diputar belit selain dilemparkan dengan kata-kata kesat. Itu belum lagi netizen yang sikapnya gemar membabitkan hal peribadi yang tidak ada kaitan dari topik asal dibincangkan.

“Dari dulu lagi saya jenis lantang untuk apa saja perkara yang dirasakan tidak betul atau tidak kena… baik dalam kerjaya atau perkara di sekeliling.

“Kalau warna ada putih dan hitam, begitu juga kehidupan yang tidak semua sama. Sepatutnya, apa yang diperlukan adalah saling meraikan pendapat… bukan hentam membabi buta seolah-olah tiada iman dalam diri,” kata Rita lagi.

Terdahulu Pelakon Lana Nodin menggesa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah agar meletakkan jawatan.

Dalam hantaran di Instagram Stories, Lana menyifatkan selama ini ramai yang terpedaya dengan DG Hisham yang sengaja berlakon dengan wajah yang penat dan menyedihkan.

“Hebat lakonan kalah drama Melayu kat Samarinda, hebat KKM. Tahniahlah DG (Hisham).

“Ko ni patut stepdown dah, tak habis-habis buat muka kasihan dan menangis penat tapi semua tu kau berlakon saja!

“Sedih rakyat Malaysia kononnya kata kau tu sangatlah prihatin pada rakyat. Padahal apa jadah ni?” tulisnya pada sepotong video pengurusan mayat dipercayai mangsa COVID-19 baru-baru ini.

Terangnya mengenai video yang tular itu, Lana kurang berpuas hati dengan tindakan anggota pengurusan jenazah yang dikatakannya tidak memakai sut perlindungan diri yang lengkap.

“Ok pasal kes ni semua DM I apahal ni semua? Takkan korang tak boleh tangkap? Tu tengok laki baju hitam tu macam pergi hantar roti kat kedai je.

“Kata bahaya sampai kalau jenazah meninggal ahli keluarga tak dapat kebumikan katanya sangat bahaya mayat-mayat tu semua. Tapi tengok mamat tu, rileks je… yang lain bukan main full uniform PPE.

“Nasib baik tak buat drama jatuh penat angkat mayat pula! Kalah cerita hindustan! Wake up la… Tak habis-habis bagi rakyat fear mongering!” ujarnya.Sementara itu, pandangannya mengenai DG Hisham turut mendapat sokongan pengikutnya menerusi kiriman mesej langsung di Instagram selain Lana berkongsi paparan skrin dari status Facebook pengguna lain.

Dalam status berkenaan, individu terbabit terkilan tidak diendahkan DG Hisham ketika berada di Pejabat Menteri Kesihatan untuk menyerahkan dokumen kepada Dr. Adham Baba.

Dakwanya, dirinya berkecil hati apabila DG Hisham enggan bertentang mata dengannya dan pada masa sama tidak memakai pelitup muka sambil katanya buat-buat sibuk bercakap telefon.

Tulis Lana mengenai foto yang dikongsikan itu; “Agaknya dia dah 30 dos vaksin kebal dah. Dalam TV je bukan main nak menangis suara sedih suruh pakai double mask!

“Pejabat kementerian awam boleh pula ko tak pakai mask? Oh lupa orang kayangan.”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*