Rakaman Kereta Mainan Bergerak Sendiri Di Koridor Pukul 12 Malam

Baru-baru ini tular perkongsian video seorang pengguna TikTok, Muhammad Asraf mengenai kejadian seram berlaku pada hari Jumaat sekitar jam 12 malam.

Ketika itu dia baru pulang ke rumah dan sewaktu melalui koridor menuru ke rumahnya dia terlihat ada dua kereta mainan bergerak sendiri.

Lebih cuak, tiada kelibat manusia menaikinya. Menerusi video tersebut jelas kelihatan hanya dua kereta main bergerak dan selebihnya berada dalam keadaan statik.

Bagaimanapun, Asraf seolah tidak menghiraukan kejadian seram menimpa dirinya dan meneruskan perjalanan ke rumah.

“Bayangkanhari Jumaat pukul 12am nak balik rumah blok B nak balik naik lift tapi ada si adik dua orang. Dia ni nak main-main ke tu. Hai budak kecil comel. Abe sambung lalu ye nanti sambung main taman pula,” tulisnya pada video tersebut.

Perkongsiannnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mungkin kereta mainan itu dikawal menggunakan bateri dan boleh dikawal dari jauh.

Namun, ada netizen lain mengatakan mainan tersebut tidak menggunakan bateri dan perlu menolak dengan kaki jika mahu menggerakkannya.

13 tanda-tanda makhluk h4lus ada dalam rumah

Gangguan makhluk halus sememangnya agak sukar untuk dibuktikan namun kenali tanda gangguan jin di dalam rumah, serta tempat yang sering ‘didiami’ makhluk halus supaya anda dapat mengenal pasti tindakan yang perlu diambil seterusnya.

Selalu kita mendengar rentetan kisah aneh mengenai makhluk halus dan sihir yang kadang kala tidak dicapai dek akal. Malah, kebiasaannya kita akan menjadi sedikit paranoid setelah mendengar cerita-cerita ajaib dan pelik daripada orang lain.

Hakikatnya, perkara ghaib sememangnya agak sukar untuk dibuktikan kerana setiap orang yang mengalaminya berhadapan dengan simptom yang berbeza – beza. Masyarakat kita suka mendengar cerita-cerita mengenai makhluk halus dan alam ghaib. Kisah-kisah seperti rumah berhantu, santau dan sihir adalah cerita yang tidak asing lagi dari kelopak telinga kita.

Tetapi, bagaimana kalau aktiviti paranormal itu terjadi pada diri sendiri dan di rumah yang kita diami? Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam mengenali tanda-tanda gangguan jin atau makhluk halus dalam rumah anda sendiri.

Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Penafian: Sebarang kandungan di dalam artikel ini adalah untuk perkongsian semata-mata dan bukan bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Sila rujuk pihak yang lebih arif sekiranya terdapat percanggahan maklumat.

Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam mengenali tanda-tanda gangguan jin dalam rumah anda sendiri dan beri diri anda masa untuk mengenal pasti tanda-tanda tersebut.

Terdapat lebam pada tubuh badan apabila bangun dari tidur

Rasa sentiasa diperhati apabila berada di rumah

Terdengar bunyi pelik

Tercium bau yang terlampau busuk dan terlampau wangi tanpa sebarang punca

Bunyi dan suara seperti orang sedang menangis dan mengilai

Sering mengalami gangguan tidur

Mimpi buru,k dan aneh

Sakit tubuh badan apabila berada dirumah

Rasa seram sejuk atau panas ketika dirumah

Hilang barang atau duit

Bayi sentiasa meragam apabila di rumah

Ternampak kelibat bayang bayang di sekitar rumah

Objek bergerak sendiri

SUMBER: TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*