Viral Dim4Iukan Oleh Carl Samsudin, Sekali MK K-Clique Pula Cari Pakcik Ni

Sejak semalam, tular di media sosial video seorang infleuncer dan juga usahawan dikatakan memarahi seorang warga emas di khalayak ramai.

Hal tersebut membuatkan banyak pihak geram dan berasa bengang dengan tindakan biadap tersebut.

Sedar bahawa video yang dimuat naiknya tular dan mencetuskan pelbagai persepsi tidak elok, peguam kepada usahawan tersebut telah menjelaskan hal sebenar dari pihak mereka.

“Dia tak herdik, dia beri semangat”

Menerusi sumber dari Mstar, peguam, Emma Syakira memaklumkan ada individu yang ingin menjatuhkan anak guamnya iaitu Carl Samsudin dengan merakam video hanya sekerat dan menyebarkan fitnah berkenaan usahawan itu.

“Pihak tersebut pergi rekod video ini, dan ambil klip pada ketika dia (Carl) tengah beri ceramah motvasi ketika dia bersemangat. Dia bukan herdik tetapi memberi semangat.”

“Permainan orang itu nak jatuhkan Carl konon-konon dia seorang usahawan yang teruk, untuk beritahu orang bahawa Carl tak beradab, kurang ajar herdik orang tua…walhal itu tak benar.”
“Orang ramai pula interprete seperti itu sebab ‘orang tu’ sampaikan dengan cara sebegitu,” katanya kepada sumber.

“Tujuan nak jatuhkan Carl”

Tambah Emma, Carl Samsudin telah menerima dan memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada 20 orang gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur dengan tema ‘Ubah Hidup”.

Kesemua gelandangan yang terlibat sudah disaring dan mereka yang hadir adalah gelandangan yang benar-benar sedang mencuba untuk berubah kearah yang lebih baik. Jadi, semangat memberikan ceramah membuak-buak sehingga disalah tafsir sesetengah pihak yang hanya melihat dari video ringkas yang tular itu.

“Yang Carl beri ceramah di pusat gelandangan ini sebenarnya fokus utama untuk nasib hidup mereka. Mereka ini adalah 20 orang daripada beratus gelandangan yang ditapis khas untuk program ini sebab mereka nak ubah nasib hidup.”

“Beri ceramah motivasi, memang la semangat kita membuak. Dalam video itu, Carl sedang memberi semangat kepada pakcik tersebut. Pakcik itu hadir ke depan sebagai fasilitati secara sukarela, bukan dipaksa. Dia sendiri datang ke depan nak kongsi pengalaman hidup.”

“Bukan dia herdik, itu tak benar. Itu yang ‘pihak tersebut’ buat, tujuannya untuk jatuhkan Carl…sampai tular video satu Malaysia,” ujarnya.

Dah kenal pasti siapa yang sebar fitnah

Oleh itu, Emma dan anak guammnya sudah pun membuat laporan polis bagi menjelaskan hal sebenar berkaitan isu panas tersebut.

Mereka juga telah mengenalpasti pihak yang menfitnah dan akan menamakannya di dalam laporan polis yang telah dibuat.

Carl minta maaf, akan jumpa pakcik tu

Selain daripada itu, Carl Samsudin sendiri telah tampil membuat permohonan maaf di akaun Instagramnya dan mengakui dia langsung tidak berniat untuk mempermalukan pakcik tersebut.

Namun, dengan rendah hati, dia memohon maaf dan sedar apa yang dilihat adalah tidak wajar dan berjanji tidak akan megulanginya semula.

Dia juga memaklumkan yang telah mengecewakan banyak pihak termasuklah teamnya . Dia memaklumkan dalam masa terdekat ini akan bertemu dengan pakcik tersebut bagi memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukan tempoh hari.

Menyentuh isu kompaun pula, Carl mengakui kesilapannya yang tidak memakai pelitup muka dan sudah pun dipanggil pihak berkuasa bagi memberikan penerangan.

RM 50 Ribu Menanti Warga Emas, V

iral Yang Dim4Iukan Oleh Carl Samsudin -“MK K-Clique Mencari Pakcik Ni”

Berikutan video yang tular mengenai seorang warga emas telah dimalukan di khalayak ramai oleh suami yang merupakan pengasas butik terkenal tempatan,Bella Ammara, penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK mahu memberikan sumbangan sebanyak RM50k kepada warga emas yang dimalukan oleh usahawan yang dikenali sebagai Carl Samsudin itu.

Persoal Suami Pengasas Butik Tempatan Beri “Upah”

Penyanyi rap ini turut mempersoalkan Carl mengenai pemberian “upah” sebanyak RM50 hanya kerana warga emas itu berani tampil ke hadapan.

“Sebab dia berani kau upah dia RM50? S*al apa kau. Saya bukan orang kaya. Keluarga saya bukan orang kaya.”-MK K-Clique

“Siapa Ada Info Pakcik Ni, Saya Bagi 50k”-MK K-Clique
Menerusi Insta Stories, MK bertanyakan kepada netizen yang mempunyai info mengenai warga emas itu kerana ingin memberikan bantuan wang sebanyak RM50 Ribu

“Siapa ada info pakcik ni, saya bagi pakcik ni 50k. Ment4ng-m3ntang kau kaya kau Berjaya, cakap ikut sedap mulut kau ja.” katanya lagi

Disebabkan sikap bi4dab usahawan itu, orang ramai mula mencari Instagram pengasas butik tersebut dan mendapati akaun Instagram tersebut kini ditetapkan dalam keadaan private.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*