[VIDEO] Dikec4m bertubi-tubi, Zul Ariffin padam babak p4nas… Kongsi pula video berdiri sambil tepuk tangan

SELEPAS memadam sedutan babak p4nas dalam drama Perempuan Itu yang dimuat naik di Instagram pada malam Jumaat, pelakon Zul Ariffin berkongsi pula video dia bertepuk tangan.

Bersama video terbaharu yang dimuat naik pada pagi Sabtu itu, Zul turut menulis kapsyen kembali bekerja seolah-olah tiada apa yang berlaku membabitkan dirinya.

“Back to work,” tulis Zul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)


Bagaimanapun, netizen masih belum berpuas hati dan berterusan meninggalkan komen kecaman dan nasihat menerusi perkongsian terbaharu pelakon berusia 35 tahun itu.

Selain rasa kurang senang dengan aksi yang dilakonkan oleh Zul bersama pelakon baharu, Siti Hariesa dalam drama berkenaan, netizen turut mempersoalkan tindakannya memadam video yang sudah menerima lebih sejuta tontonan itu.

Zul Ariffin 2

Zul masih belum mengulas mengenai babak lakonannya itu.

“Asal delete, takut ke? Baru kena sikit je tu!

“Mana video tadi? Dah delete ke? Alhamdulillah dah dapat kesedaran.

“Harap cerita tu tak tayang terus! Sepatutnya simpan sikit rasa malu bila diarahkan melakonkan aksi macam tu… Tapi ni dengan bangga promosikan adegan jijik luc4h macam tu,” tulis netizen pada ruangan komen.

Screenshot 2022-03-19 at 12.29.11 PM

Netizen kec4m babak panas Zul dalam drama tersebut.

Sebelum itu, Instagram Zul diser4ng netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan pada malam Jumaat.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Selain itu, babak menghairahkan menunjukkan pelakon wanita itu menyuap ‘whipped cream’ ke mulut Zul sebelum menghabiskannya seolah-olah aksi dalam filem luc4h.

Lebih menimbulkan kemar4han apabila drama terbitan penerbit Erma Fatima itu difahamkan bakal ditayangkan pada Ramadan ini.

Gara-gara aksi itu, nama Zul Ariffin dan Erma Fatima menjadi trending di Twitter.

Usaha mStar untuk mendapat penjelasan mereka yang terlibat dalam drama ini masih belum berjaya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*