“Murah betul, demi duit..” Rela Didukung Zul Ariffin, IG Pelakon Baru Dipenuhi Kecman Netizen.

Nama pelakon, Siti Hariesa mulai menjadi buah mulut ramai selepas tampil di dalam klip ‘trailer’ drama terbaru berjudul Perempuan Itu bersama aktor Zul Atiffin yang menjadi perhatian sejak semalam.

Bakal menemui penonton tidak lama lagi, kandungan klip pendek yang dipilih bagi mempromosikan drama berkenaan telah menyebabkan wargamaya terkejut.

Ramai yang memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian berkenaan yang sekaligus membuatkan nama pelakon wanita itu turut diberikan tumpuan.

Ternyata, ia memberi impak kepada bintang baru yang dikenali menerusi DFKL 2019 itu apabila jumlah pengikutnya di Instagram dilihat kian bertambah.

Hasil pemerhatian, jumlah pengikutnya di Instagram pelakon berkenaan sekitar lebih 8,000 sahaja.

Kemudian jumlah berkenaan terus meningkat lebih 15,000 pengikut susulan video yang kini tular di media sosial sehingga kini.

Malah, perkongsian terkini daripada Hariesa di Instagram juga menerima ribuan komen.

Meski pun klip tersebut sudah pun dipadamkan Zul, namun ia masih menjadi bualan wargamaya.

Setakat ini, kedua-dua pelakon terlibat juga masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hariesa DFKL 2019 (@sitihariesa)


Nama pelakon baru, Siti Hariesa tiba-tiba menjadi perbualan ramai selepas tular babak panas bersama aktor Zul Ariffin menerusi drama Perempuan Itu sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

Tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan, akaun Instagram milik pelakon berusia 24 tahun itu bagaimanapun terus dipenuhi kec4man ramai yang tidak boleh menerima babak tersebut untuk tontonan di kaca televisyen.

Disebabkan kontrov3rsi berkenaan, posting dikongsi Siti Hariesa empat hari lalu menjadi tumpuan netizen ‘berkampung’ sekali gus meninggalkan pelbagai nasihat dan teguran kepada bekas  peserta DFKL 2019 itu.

Menerima lebih 3,500 komen, rata-rata meluahkan kekecewaan apabila melihat pelakon beragama Islam sanggup menjayakan babak seperti aksi lucah tanpa memikirkan kesan terhadap diri dan ahli keluarga.

Malah, terdapat juga segelintir netizen mend4kwa pelakon berasal dari Kuala Lumpur itu tiada sifat malu dan seolah-olah menggadaikan maruah demi bayaran ditawarkan pihak produksi.

Terdahulu, babak tersebut memaparkan Zul mendukung pelakon terbabit selain kedua-duanya dilihat saling menyuap krim putar dengan gaya menghairahkan.

Apa-apa pun, lebih baik sekiranya memberikan nasihat terbaik buat Siti Hariesa agar jangan melampaui batas dalam memilih watak dilakonkan sekiranya mahu menjadi pelakon yang kekal lama dalam industri seni.

https://twitter.com/crossvinee/status/1504823489773010944?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1504823489773010944%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.applehijau.com%2F2022%2F03%2F20%2Fmurah-betul-demi-duit%2F

 

Sumber: Instagram Siti Hariesa, Ohmymedia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://liveconnection24.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*