Ina Naim! Masih Ingat Bekas Tunang Mawi Dulu? Ini Perubahan Terkini Tentang Dia

Ina Naim satu nama yang pernah menjadi sebutan suatu ketika dulu, terkini dia sudah pun berumahtangga dan mempunyai empat orang cahaya mata. Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej pvrdah sejak dua tahun lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad, 42 tahun.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 38 tahun, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian. “Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

“Lagipun hukvm berpvrdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami,” katanya. Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelakkan daripada dif1tnah individu tidak bertanggungjawab.

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga keempat-empat anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 14, Sallman Elkhoyri, 12, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia 10 tahun dan Nurlayla Elghufroni, 8 tahun.

“BUAT MASA INI SAYA HANYA MENJAGA ANAK-ANAK DAN MENGURUSKAN SUAMI. MAKLUMLAH MEREKA MASIH KECIL, MAKA PERLU DIBERI PERHATIAN LEBIH “BAGAIMANAPUN AGAK MENGEJUTKAN JUGA KERANA SAYA MASIH MENERIMA UNDANGAN MEMBUAT PERSEMBAHAN. WALAUPUN TIDAK SEAKTIF DAHULU, SEKALI SEKALA ADA YANG MEMANGGIL,” TUTURNYA.

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak. “Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.yf

Apapun kami berbangga dengan penghijrahan Ina Naim demi suami tercinta, doa kami agar beliau berbahagia bersama-sama anak-anak dan suami tersayang.

Suhaimi & Ina Kini Menetap Di Kelantan

Suhaimi Saad, rupa-rupanya sudah  empat tahun berhijrah bersama keluarga dan menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Suhaimi,42, berkata, dia dan isteri, Ina Naim atau sebenarnya Nordiana Md Naim, 38, mengambil keputusan untuk berpindah dan tinggal di negeri Cik Siti Wan Kembang itu sejak empat tahun lalu.

Katanya, keputusan dibuat selepas perbincangan dengan Ina yang bersetuju berpindah kerana tuntutan kerjaya dan juga berada lebih dekat dengan dua putera mereka, Ehmad Hadie El Fardie, 14 dan Sallman El Khoyri,12, yang kini sedang menuntut di sebuah pusat tahfiz di Bachok, Kelantan.

“SEGALA-GALANYA BERMULA APABILA SAYA KERAP MENDAPAT UNDANGAN DARIPADA KELANTAN DAN TERENGGANU. KAMI SERING BERULANG ALIK DARI KUALA LUMPUR KE DUA NEGERI ITU UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN, DARI SITU TIMBUL IDEAL PINDAH KE KELANTAN.

“KEBETULAN JUGA, DUA ANAK MEMANG SEDANG BELAJAR DI BACHOK, JADI MASA SAYA SUARAKAN HASRAT UNTUK PINDAH TINGGAL DI KELANTAN, INA TERUS SETUJU ATAS SEBAB DUA DARIPADA EMPAT ANAK KAMI ITU BERADA DI SINI,” KATANYA.

Penyanyi berusia 42 tahun ini sudah menghasilkan empat album solo iaitu Kias Cinta (2006), Kalamak (2008), Zikir Selawat dan Doa (2013) serta Maksud Hidup (2015).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*