Fizi Ali p4nik jari manis tiba2 lembik selepas tepis bola. Lepas buat X-ray, ini yg doktor beritahu

MALANG tidak berbau… itulah yang terjadi kepada penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali yang mengalami kec3deraan di jari ketika bermain bola sepak dua hari lalu.

Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, insiden itu berlaku ketika dia ingin menepis bola yang datang ke arahnya dengan laju.

Tamat sahaja permainan, penyampai radio berusia 32 tahun itu mula berasa panik apabila melihat jari manis kirinya menjadi lembik.

Fizi alami keced3raan ketika bermain bola sepak.

“Baru nak mula aktif semula main bola sepak… dah cedera pula. Dua hari lalu, saya ada main bola sepak dan jadi penjaga gol.

“Nak jadikan cerita, saya tepis bola yang sangat laju dan masa itu dengar la macam bunyi p4tah. Tapi saya teruskan main.

“Bila dah habis main, saya buka glove… barulah nampak jari manis jadi lembik. Tak boleh bergerak atas dan bawah,” katanya kepada mStar.

Dua hari lalu, saya ada main bola sepak dan jadi penjaga gol.

Sebelum ini, bekas suami kepada aktres Shakilla Khoriri itu berkongsi foto memperlihatkan jari manisnya mengalami kec3deraan.

Berkongsi mengenai detik cem4s itu, Fizi memberitahu dia terus bergegas ke hospital dan doktor mengesahkan urat jarinya sudah terpvtus.

Kata Fizi lagi, buat masa ini doktor mahu cuba merawat secara semula jadi dengan memakaikan sarung untuk menyokong keadaan jarinya.

“Memang p4nik la… saya terus ke hospital dan masa itu doktor kata ada kemungkinan sama ada urut pergerakan jari pvtus atau urut pvtus dan tulang p4tah.

“Kalau urut putvs dan tulang p4tah itu memang bah4ya. Kena terus operation. Alhamdulillah, selepas lakukan X-ray, hanya urat saja pvtus.

“Doktor kata nak cuba rawat cara semula jadi. Mungkin dalam enam minggu macam itu kena pakai sarung support jari,” ujarnya.

Netizen Doa Andai Berjodoh Semula Dgn Fizi Al

PERKONGSIAN video memaparkan pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya, Fizi Ali menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka bersama menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti teruja melihat Shakilla, 32, dan Fizi, 32 tetap meluangkan masa bersama anak mereka biarpun sudah berpisah.

Mengakui bukan mudah untuk berkumpul semula sebagai sebuah keluarga, Shakilla berkata semua yang dia dan Fizi lakukan demi kebahagian anak mereka, Ameena Sofia.

“Saya akan buat apa saja untuk bahagiakan Ameena. Tak kisah la hari lahir dia atau apa saja, kami akan cuba bersama. Mungkin benda ini akan menyak1tkan saya atau Fizi.

“Sebab macam kumpul semula kenangan. Saya tak kisah sebab antara kami dah berakhir. Macam mana kami ibu bapa Ameena dan sebulat suara untuk beri kasih sayang pada Ameena.

“Memang sakit nak melalui sebab banyak momen bersama dan kena wujudkan demi Ameena. Semua kekuatan untuk buat semua ini saya dapat daripada Ameena,” katanya kepada mStar.

Shakilla memuat naik video menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Ameena Sofia yang ketiga di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Sebab saya percaya aturan Allah sangat baik dan cantik.

Menerusi kapsyen di perkongsian itu, Shakilla berkata majlis tersebut sepatutnya dihadiri rakan-rakan anaknya namun perancangan terpaksa diubah disebabkan faktor kesihatan.

Sebelum ini, anak perempuan Shakilla dan Fizi disahkan positif Covid-19 pada 8 Mac lalu dan menjalani tempoh kuar4ntin di rumah sahaja.

Sementara itu, Shakilla menerima baik doa netizen yang mahu melihat dia dan Fizi kembali bersatu sebagai suami isteri.

Bagaimanapun pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri ini reda dengan takdir dan aturan kehidupannya dan Fizi yang sudah disusun oleh Allah.

“Saya hanya mampu aminkan saja doa orang yang berharap kami kembali bersama. Setiap hari saya berdoa saya atau Fizi menemukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kami lalui.

Fizi turut bersama menyambut ulang tahun kelahiran anaknya.

“Kalau ditakdirkan Fizi yang terbaik untuk saya dan Ameena, Allah akan makbulkan tetapi kalau Allah kata hubungan kami cukup sampai di situ, hanya takdir untuk berkahwin, itu pun saya terima.

“Sebab saya percaya aturan Allah sangat baik dan cantik. Kita yang baik, Allah akan beri yang baik. Saya percaya Allah akan beri sinar kepada saya dan Fizi,” ujarnya.

Fizi yang juga penyampai radio Suria FM dan Shakilla mengumumkan percer4ian mereka pada Disember 2021.

Mereka berkahwin pada Februari 2018 dan mempunyai seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :http://trendingsangat.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*