“Aksi Pan4s Berakhir Sebelum Ramadan…”- Nad Zainal Lega Babak 4nas Lakonannya Tidak Ditayangkan Masa Ramadhan

Pelakon Nad Zainal akui mempunyai rasa bimbang jika lakonannya dalam drama bersiri Dend4m Seorang Isteri bakal menimbulkan stigma yang kurang enak.

Namun Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 31, bersyukur kerana babak ‘panas’ yang dilakonkannya berakhir sebelum menjelang Ramadan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)


“Saya sedar watak saya ini akan menjadi bahan kecaman tetapi keterujaan saya untuk berlakon dalam drama ini melebihi daripada perasaan takut dengan pandangan orang itu.

“Bagaimana pun bila fikir Ramadan hendak menjelang tiba ini sedikit sebanyak kerisauan itu mesti lah ada.

“Saya lega kerana kebetulan babak yang ada ‘scandalous’ dan ‘panas’ itu bakal berakhir sebelum Ramadan iaitu sehingga episod 7 sahaja,” katanya.

Nad ditemui ketika majlis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro yang berlangsung di restoran De.Wan 1958 by Chef Wan di The Linc KL, Kuala Lumpur semalam.

Selain Nad, Dendam Seorang Isteri iaitu drama adaptasi drama bersiri Korea popular yang berjudul ‘Temptation of Wife’ turut dibintangi Fasha Sandha, Wan Raja dan Aidit Noh.

Tambah Nad lagi, dalam Dendam Seorang Isteri bukan sahaja dia perlu bermain dengan emosi malah penat apabila mempunyai babak aksi bila berg4duh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)


“Boleh dikatakan setiap episod ada babak berg4duh. Penan tu semestinya tetapi saya seronok kerana kita bersama pelakon yang boleh dianggap sebagai kawan.

“Malah setiap hari kami siap berbincang nak Tarik rambut macam mana dalam babak tu supaya drama itu lebih menarik,” katanya lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*