“Kami Kwn Sejak Usia 13 Thn lagi”- Berdepan S4man RM2.5 Juta, Syura Dah Maafkan Siti Nordiana

Penyanyi, Syura Badron, 35, yang berdepan saman daripada penyanyi, Siti Nordiana sudah memaafkan segala persengketaan di antara dia dan penyanyi itu.

Syura berkata, walaupun hatinya berlapang dada memaafkan sahabat yang dikenali sejak berusia 13 tahun itu, tetapi untuk melupakan segala hal yang terjadi masih sukar.

“Sebagai manusia siapalah kita untuk tidak memaafkan orang lain. Saya dengan Siti Nordiana bukannya kenal setahun dua. Kami kenal sejak usia saya 13 tahun, manakala dia berusia 15 tahun.

“Sudah lama kami berkawan dari zaman remaja lagi. Jadi, bila kawan-kawan ada buat masalah sudah tentulah memaafkan itu sentiasa ada dalam hati, tapi untuk melupakan itu bagi saya terlalu peribadi,” katanya.

Menurut Syura, dia bersama empat lagi rakan yang turut berdepan saman iaitu penyanyi, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila; Pegawai Perhubungan Awam FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad sudah cuba untuk menjernihkan hubungan persahabatan dan cuba untuk berdamai ketika proses mediasi, namun gagal menemui jalan terbaik.

“Nak berbaik perlukan persetujuan kedua-dua belah pihak. Jadi, kami sudah terbuka untuk selesaikan perkara ini. Sebab itulah adanya proses mediasi dan sewaktu sesi itu dijalankan kami sudah luahkan segala-galanya. Namun, nampaknya kami tak dapat kata sepakat daripada kedua-dua belah pihak.

“Apabila tak setuju dan kes masih berjalan jadi kami teruskan saja. Namun, kalau kata sudah memaafkan atau memohon maaf, saya secara peribadi sudah memaafkan segala apa yang terjadi.

“Cuma daripada pihak dia saya tak tahu macam mana. Apapun saya harap peminat dapat mendoakan bukan hanya saya tapi untuk pihak dia juga. Mudah-mudahan kami dapat keputusan yang baik untuk kedua-dua belah pihak,” katanya.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan itu bermula apabila penyanyi itu memfailkan sam4n berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.

Dalam s4man terbabit, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rvgi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontrov3rsi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Kes saman fitn4h membabitkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengar di Mahkamah Tinggi.

Peguam Nana tunggu penyataan pembelaan lima sekawan

Peguam mewakili penyanyi Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin dari Tetuan Abang Azlan & Associates mengesahkan sudah menerima surat dan memorandum kehadiran daripada Tetuan Azlan Razak & Associates, peguamcara yang mewakili Mohd Razlan (Lan Solo), Nur Sheila (Sheila Razlan) dan Zuraidah (Syura) yang masing-masingnya adalah defendan pertama, kedua dan ketiga, kelmarin.

Abang Azlan berkata, firmanya juga sudah menerima surat serta memorandum kehadiran daripada Tetuan Nurul Hafidzah & Associates yang mewakili Sam Musyadzafar (Sam Samin) dan Razidah (Aida G) yang juga defendan keempat dan kelima, semalam.

Ia susulan saman yang difailkan penyanyi lagu Paling Comel itu ke atas lima sekawan terbabit atas dakw4an memfitn4hnya di platform media sosial menerusi sesi siaran langsung di Instagram.

“Selanjutnya, kami sedang menunggu penyataan pembelaan defendan-defendan itu yang kami percaya akan difailkan oleh peguam mereka dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Abang Azlan, firmanya serta anak guamnya Siti Nordiana atau mesra disapa Nana juga maklum mengenai kenyataan daripada pihak peguam mewakili Lan Solo, Sheila dan Syura yang berkemungkinan mahu menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah.

“Firma dan anak guam saya maklum mengenai perkara ini berdasarkan laporan media,” katanya.

Menerusi laporan sebuah portal, peguam mewakili Lan Solo, Sheila dan Syura iaitu Muhammad Hafiz Hood berkata, berkemungkinan kedua-dua pihak peguam akan berbincang untuk mediasi di luar mahkamah selepas proses memfailkan semua penyataan.

“Buat masa sekarang tiada perkembangan lain boleh dikongsikan. Apabila kami selesai failkan penyataan pembelaan itu, barulah kami boleh maklumkan apa intipati penyataan itu.

“Mungkin pihak kami dan peguam mewakili Nana akan berbincang mengenai kebarangkalian untuk mediasi di luar mahkamah selepas pihak Nana memberi jawapan kepada penyataan pembelaan,” katanya.

Terdahulu, Nana memfailkan sam4n itu pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen, di sini, dan menamakan lima sekawan itu sebagai defendan.

Menerusi pernyataan tuntutan, Nana mend4kwa pada 20 Julai lalu jam 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing sudah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitn4h terhadapnya.

Nana turut mendakwa kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang eg0, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.

Nana mendakwa kelima-lima defendan sudah memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing, namun ia tular serta sudah dimuat naik semula ke saluran YouTube dan masih boleh ditonton oleh orang ramai.

Plantif mendakwa jumlah tontonan untuk siaran langsung yang dimuat naik di YouTube dijangka bertambah dan reputasi beliau dirosakkan secara serius dalam kalangan orang ramai serta penaja yang mengambil serta melantiknya sebagai model dan duta produk.

Nana juga mend4kwa sebelum memulakan tindakan s4man itu, dia melalui peguamnya menyerahkan notis tuntutan bertarikh 26 Julai lalu melalui serahan tangan dan emel kepada semua defendan yang menuntut antara lain permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain ganti rugi sebanyak RM200,000 namun mereka gagal berbuat demikian.

Sehubungan itu, Nana menuntut semua defendan secara berasingan menyiarkan permohonan maaf yang jelas dan tidak bersyarat dalam akhbar, Instagram dan Facebook secara berterusan selama dua bulan atau mana-mana tempoh yang dianggap adil dan wajar oleh mahkam4h.

Tidak terkecuali, Nana turut menuntut ganti rvgi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

 

Sumber: Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://khabar24media.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*