“Jadi Bapak, Jadi Mak…,” – Ramai Seb4k Bila Shuib Hantar Anak-Anak Ke Sekolah

Sudah sekitar 8 bulan sejak pemergian si isteri iaitu Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, kini Shuib dilihat aktif dan juga sibuk menguruskan anak-anak serta perniagaannya. Mungkin saja pelawak tersebut nampak cukup kuat di khalayak umum namun jauh di dalam hati pasti saja merindukan insan kesayangannya itu.

Keluarga Shuib Sepahtu sememangnya kerap menjadi sorotan ramai setelah beberapa kisah berkenaan kehidupan sehariannya tular di media sosial dan membuatkan ramai peminat prihatin dengan mereka.

Baru-baru ini, Shuib sekali lagi mendapat perhatian umum,apabila memuat naik satu video yang memaparkan dirinya menghantar anak iaitu Talita dan Mateen ke sekolah. Rakaman tersebut dimuat naik menerusi laman instagram rasmi miliknya.

“Jadi bapak,jadi mak!!! Anta anak skolah ke Ebbbb,” kata Shuib di ruangan kapsyen.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 169k tontonan, 29.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mendoakan Shuib agar terus kuat dan menjadi bapa dan ibu yang terbaik untuk anaknya.

Untuk makluman, Siti Sarah menghembuskan n4fas terakhir pada pukul 5.13 pagi 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur ak1bat C0vldl9.

Selain Ariq Matin, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Untuk rekod, Ayash dikeluarkan dari kandungan Siti Sarah melalui pembedah4n yang diadakan pada 6 Ogos tahun lalu.

Komen netizen:

 

Sumber:instagram shuibsepahtu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://www.dnq.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*