“Saya Asyik Kena Kec4m, Pergi Lantaklah..”- Kalau Fikirkan, Pakai Kebaya Pun Nampak Luc4h

Usahawan kosmetik kontrov3rsi, Liana Rosli atau lebih popular dengan panggilan Kak KM sudah beberapa kali menerima teguran ibunya, pelakon Normah Damanhuri berkenaan perkongsian videonya di Instagram.

Menurut Liana, walaupun ibunya kurang senang dengan video yang dilihat agak sensasi, namun dia melakukannya atas dasar strategi pemasaran produk.

“Video saya memang asyik kena kecam dan mak juga kena tempias sehinggakan beberapa kali dia minta saya berhenti lakukannya tapi saya minta dia bertenang.

“Saya juga minta dia jangan baca komen atau jangan layan media sosial. Emak memang pantau setiap hantaran saya dan selepas itu akan telefon minta padam.

“Jadi saya jelaskan apa yang dibuat adalah urusan kerja dan perniagaan. Saya kata jangan baca komen kerana nanti dia murung,” katanya.

Kak KM berkata, dia pernah menyekat Instagram ibunya namun bertindak membuka semula baru-baru ini.

“Memang emak sentiasa tegur saya setiap hari tapi saya seorang yang degil. Kalau orang nak kata emak tak pandai jaga anak, pergi lantaklah.

“Kalau bagus, jagalah anak dan emak kau baik-baik,” katanya sinis ketika hadir menemani ibunya pada pelancaran filem 3 Janda Menawan Dunia di GSC One Utama, Petaling Jaya, semalam.

Terdahulu, Kak KM sering dikecam warganet kerana paparan video yang melampau di Instagramnya.

Ditanya berkenaan desakan warganet agar penjual produk yang menghasilkan iklan berunsur lucah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) 1998, Kak KM berkata, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Saya hanya jual produk. Kita dengan cara kita sebab yang tular itu produk yang saya jual. Cuma bila terangkan cara penggunaannya itu nampak macam luc4h. Kalau orang sentiasa berfikir buruk, pakai kebaya pun orang nampak luc4h,” katanya.

Normah Damanhuri terus bahagia dengan lima anak, 15 cucu

Pelakon serba-boleh, Normah Damanhuri teruja apabila menerima barangan kemas daripada anak-anaknya sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-68, Selasa lalu.

Normah berkata, dia terharu apabila kek yang ditempah anak-anaknya mengandungi wang tunai serta didatangkan bersama gelang tangan dan rantai leher emas.

“Gelang tangan itu daripada Kak KM (Liana Rosli), manakala rantai leher daripada kakaknya (Lydia Rosli). Perangai lima anak saya iaitu Uji, Rose Azlin, Lydia, Liana dan Ahya memang begitu. Kalau mereka ada lebih, mereka akan bagi. Kalau tiada, mereka tetap akan bagi hadiah yang kecil. Ada rezeki mereka akan berkongsi dan tak kedekut langsung,” katanya.

Normah berkata, status kehidupan Liana (Kak KM) yang agak senang sekarang membuatkan dia sanggup memberikan apa saja buatnya selagi mampu.

“Setiap tahun mereka seakan wajib buat sambutan untuk saya. Namun, bukan untuk saya saja kerana ulang tahun kelahiran 15 cucu, menantu dan adik-beradik juga akan disambut.

“Bezanya kali ini kami buat membabitkan anak-beranak saja kerana tak boleh buat di hotel seperti tahun-tahun sebelumnya. Memang tak pernah tertinggal walaupun saya kata tak payah atau buat ala kadar. Benda-benda ini kadangkala dibuat kejutan,” katanya.

Terdahulu Liana memuat naik video majlis sambutan terbabit menerusi TikTok yang kemudian turut dikongsi di beberapa medium media sosial lain.

Perkongsian video ini mendapat pujian warganet yang memuji kesungguhan mereka membahagiakan Normah.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tengok warganet puji dan mendoakan saya. Sangat bersyukur semua kata-kata yang dikeluarkan sangat baik. Saya terharu dengan doa mereka dan menghargainya. Ada yang kata sedih dah tiada mak dan ada juga yang nak buat ikut cara begini. Secara tak langsung ia bagi contoh kepada anak-anak di luar sana.

“Ada yang minta tips cara saya besarkan anak-anak. Memang saya dengan anak-anak sangat berkasih sayang. Mereka tak pernah melawan atau bercakap kasar dengan saya,” katanya.

Mengulas berkenaan segelintir pihak yang memandang negatif pada mereka terutamanya terhadap Liana, Normah mengambil sikap tidak mempedulikan mereka.

“Nak buat macam mana kerana kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Apapun tak perlulah benci sangat. Kalau boleh gantikanlah perasaan benci dengan doa,” katanya.

 

Sumber: Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://khabar24media.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*