Lisa Surihani Puji Hannah Delisha- “Terima Kasih Burung H4ntu…”

Pelakon Lisa Surihani juga tidak ketinggalan menonton rancangan fenomena, The Masked Singer Malaysia 2.

Antara bintang yang menarik perhatian Lisa adalah pelakon Hanna Delisha yang memakai kostum Burung H4ntu.

Episod akhir semalam menyaksikan Hanna yang menyampaikan lagu Fantasia Bulan Madu (Search), Bukan Cinta Biasa (Datuk Seri Siti Nirhaliza) dan Bring Me To Life (Evanescene) merangkul tempat keempat.

Lisa bagaimanapun menyatakan rasa bangga dan gembira dengan pencapaian Hannah dan persembahan kegemarannya pula adalah sewaktu aktres cantik itu menyampaikan lagu S4kit nyanyian asal Yonnyboii di minggu kedua.

“Kami mungkin telah meneka ia adalah awak, rasa sangat seronok melihat dan mendengar persembahan awak.

“Sakit adalah persembahan yang paling saya suka @hannahdelisha.

“Terima kasih Burung Hantu. Looking forward to hear more of you,” tulisnya di ruangan Insta Story.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lady Delicia (@hannahdelisha)


The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan Shila Amzah (Rambutan) dinobatkan sebagai juara, Amir Masdi (Seladang) naib juara, Liza Hanim (Orkid) di tempat ketiga, Hannah Delisha (Burung Hantu) tempat keempat dan Ara Johari (Ratu Semut) tempat kelima.

Tahniah diucapkan kepada pemenang.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*