Nama Ayah Sama, Imam ‘Takut’ Nak Bagi Pengantin Nikah – ‘Tanya Banyak Kali Sebab Risau Adik-Beradik’

Bergelar raja sehari memang seronok namun sudah pasti pasangan pengantin berdebar ketika sesi akad nikah kerana kadang kala mereka akan diuji dengan soalan sp0ntan yang diajukan oleh Tok Kadi. Namun lain pula yang terjadi kepada satu pasangan di mana Imam dikatakan terkejut dan meragui nama mereka.

‘Imam tanya banyak kali’

Menerusi video pendek dikongsi seorang pengantin dikenali sebagai Nurul di laman TikTok, menceritakan pengalamannya disoal berkali-kali oleh Imam sebelum disatukan bersama calon pilihan hati.

Tindakan imam tersebut dibuat berikutan risau pasangan ini merupakan adik-beradik berikutan mempunyai nama ayah yang sama, Che Ahmad.

Imam terus bagi akad nikah (X)

Imam tanya banyak kali takut nak bagi akad nikah sebab nama ayah sama risau adik-beradik (/)

Sebagai bukt1 kepada ntizen, gadis ini turut berkongsi kad pengenalannya dan suami serta terbukti mereka mempunyai nama ayah yang sama.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih hampir 1.5 juta tontonan dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang sempat ‘mengusik’ pengantin muda ini.

Video:

Jarang2 berlaku

 

Sumber: Nurul

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*