Bekas Isteri Yg Dulu Berhijab Dan Sekarang ‘Freehair’, Apa Yang Dai Farhan Respon Memang Pedas Betul!

Pendkwah bebas, Da’i Farhan mendoakan wanita yang dahulu pernah bertudung dan kini menanggalkan hijab agar kembali semula ke pangkal jalan.

Menurut Da’i Farhan atau nama sebenar Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad, bulan Ramadan merupakan waktu terbaik untuk umat Islam muhasabah diri memperbaiki kekurangan diri.

Da’i Farhan juga mendoakan wanita yang dahulu pernah bertudung dan kini menanggalkan hijab agar kembali semula ke pangkal jalan.

“Mudah-mudahan diberikan hidayah semua sekalilah… (nasihat) ini kepada sesiapa sahaja untuk kembali ke pangkal jalan dan berada dalam rahmat Allah”

“InsyaAllah… Allah maha pengampun, saya sendiri pun ada kekurangan semoga kita semua diampunkan dosa”

“Kita jadikan bulan ramadan sebagai madrasah tarbiyah untuk didik diri kita jadi lebih baik,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Da’i Farhan turut melvahkan rasa syukur kerana Ramadan kali ini kita semua dapat melakukan ibadah dan aktiviti di masjid selepas dua tahun kekangan akibat pand3mik c0v1d-19.

Bekas isteri Da’i Farhan dah tak bertudung, bangga tayang rambut panjang warna perang dan siap cakap “Kalau m4ti hari ini saya yang tanggung” katanya.

Penampilan baharu bekas isteri pendakwah bebas Da’i Farhan iaitu Dr Erin yang kini tidak bertudung mengejvtkan ramai pihak.

Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, 42, menerusi laman sosialnya memuat naik beberapa keping foto memperlihatkan rambutnya yang panjang dan berwarna perang. Menerusi ruangan kapsyen pula, Erin berkata dia mahu menjalani kehidupannya yang lama.

“Awak telah mer4mpas hidup saya, dan kini saya mahukannya kembali”

“Lautan mungkin mencabar, namun saya adalah kapten. Biar apa pun kesukaran, saya akan menang,” tulis Erin.

Dalam pada itu, Erin berkata, kehidupan seseorang individu tidak boleh dibandingkan dengan individu lain kerana masing-masing berdepan uj1an berbeza. Katanya, tiada siapa pun manusia di dunia ini yang dilahirkan sempurna.

“Hidup ini indah kalau kita pilih untuk indahkannya”

“Jangan bandingkan kehidupan kita dengan mana-mana manusia kerana kita hidup untuk diuji”

“Jika anda rasa kehidupan anda bahagia dan sempurna, maka anda gila,” tulisnya pada satu hantaran lain.

Sementara itu, menjawab beberapa pertanyaan netizen tentang tindakannya itu, Erin berkata, apa yang dilakukan itu adalah urusan dia dengan Allah. Selain itu, Erin yang dilihat kini mempunyai kekasih berkata, lelaki itu meletakkan had untuk dia mendedahkan rambutnya.

“Kalau saya m4ti hari ini saya yang tanggvng. Kita ni takut m4ti bukan takut d0sa tak pakai tudung. Banyak lagi d0sa yang orang tak nampak kita kena risaukan”

“Biar saya jalani hidup sendiri sebaik yang saya mampu”

“Tak boleh warnakan rambut sebab ‘cik abang’ tak bagi. Ini pun dia dah bagi limit free hair,” balas Erin pada ruangan komen.

Perkahwinan Erin dan Farhan tidak bertahan lama

MStar cuba menghubungi Erin namun sehingga kini masih tiada jawapan. Rata-rata netizen turut terkejut dengan perubahan itu namun tetap mendoakan agar dia diberikan hidayah untuk kembali menutup aurat seperti yang dituntut Allah.

Erin pernah berkahwin dengan Farhan di Mekah pada November 2019. Kisah itu menjadi perhatian ramai kerana Erin merupakan isteri kedua Farhan ketika itu. Mereka bercera1 pada April 2020 ketika Erin sedang hamil dan kegugvran ketika usia kandungan dua bulan.

Sebelum itu juga, Erin pernah dua kali mendirikan rumah tangga dan mempunyai lapan orang anak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : limauasamboi / mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*