Sebelum ini, ada khabar angin yang timbul mengatakan pelakon Nelydia Senrose sudah berbadan dua.
Saya aminkan..
Ketika ditanya, Nelydia men4fikan d4kwaan yang sedang diperkatakan. Pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen memohon doa dari orang ramai agar dirinya dan suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid dikurniakan zvriat.
Allah, saya aminkan saja khabar tersebut. Tapi belum ada berita ke arah itu (hamil). Insya-Allah, doakan.
Nelydia ditemui ketika sidang media drama terbaharunya, Khilaf Asmara yang diadakan secara ‘virtual’ pada Selasa.
Sentiasa terbuka
Sementara itu, pelakon berumur 28 tahun turut menjawab pertanyaan sama ada dia meletakkan syarat tertentu untuk watak selepas tampil dengan imej baru sejak Disember tahun lalu.
Kata adik kepada aktres Uqasha Senrose ini, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penampilan berhijab. Namun jelasnya, dia sentiasa terbuka untuk mencuba kelainan watak asalkan tidak melampaui batas.
Sebenarnya sebelum ini pun saya tak pernah beri apa-apa kenyataan sebab saya belum bersedia lagi.
Tapi, sebelum saya bertudung atau sudah bertudung ke, saya sentiasa terbuka untuk sesuatu yang baharu.
Jadi saya tak letak sebarang had (tawaran lakonan), selagi tidak melanggar atau keterlaluan. Saya mahu terus mencuba.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Oh Bulan
Leave a Reply