“Doakan ayah saya makin ten4t” – Adik Sajjad Kongsi Perkembangan Terkini

KUALA LUMPUR – Bapa kepada usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, atau Nur Sajat kini berada dalam keadaan tenat.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh adik perempuan Sajjad iaitu Mustika menerusi satu perkongsian di IG Story miliknya.

“Minta semua doa kan ayah saya… ayah dah makin tenat,” tulisnya ringkas.

Ketika ini, Sajjad menetap di Australia sejak tahun lalu setelah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa.

Sajat Sudah Tukar Jantina

Dalam perkembangan lain Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan bahawa di sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Nur Sajat, 35, melalui sesi Live di Instagramnya berkata, dia berasa seperti dilahirkan semula dan sangat gembira kerana proses untuk menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.

“Saya gembira sangat semua dah selesai. Saya tukar ‘gender’ saya. Saya rasa selesa menjadi wanita, saya hargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang.

Berita berkaitan: Sajat gembira tinggal di Australia, luaskan sayap perniagaan

“Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya,” katanya.

Ditanya oleh pengikutnya sama ada dia akan menukar namanya, Nur Sajat memaklumkan dia akan kekal menggunakan nama Nur Sajat.

Terdahulu, Nur Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Nur Sajat sebelum itu turut menjadi buruan pihak berkuasa sehingga melarikan diri ke Thailand sebelum ditahan oleh pihak Imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah. –

MalaysiaGazette

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*