Menggig1l tengok Oyen kena g1lis! CCTV jadi bukti nampak macam sengaja l4nggar, ramai doa pemandu Axia dapat balasan cash

“HARAP dapat balasan cash… tak selamat hidup kau!”

Kata-kata demikian mewakili suara ramai netizen bagi meluahkan rasa ger4m dan marah terhadap seorang pemandu kereta yang did4kwa tergamak melangg4r seekor kucing sehingga m4ti.

Video insid3n penuh menyayat hati daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah berhampiran, dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Wany Sharan, yang juga pemilik kucing malang berkenaan.

Menerusi video berdurasi 18 saat itu, kelihatan kereta model Perodua Axia seakan dengan sengaja melanggar kucing yang berada di laluan di sebuah taman perumahan yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Sebaik dil4nggar pada bahagian kepala, kucing berkenaan serta-merta menggelupur sehingga video tamat.

Kereta berkenaan bagaimanapun terus berlalu begitu sahaja tanpa berhenti selepas melanggar haiwan berkenaan.

Dalam hantaran di laman Facebook, wanita tersebut mendakwa perbuatan keji itu sengaja dilakukan oleh si pelaku, yang juga jiran di taman perumahannya.

oyen 1

Tangkap layar (screenshot) daripada rakaman CCTV yang memaparkan insid3n menyayat hati tersebut.

“Mengiggil tangan masa taip ni, mana letak hati kamu wahai jiran? Terang-terang kamu sengaja langgar kucing kami, sampai meninggal Oyen kami.

“Jangan cakap kamu tak nampak sebab terang-terang kamu sengaja pulas stering tu ke kanan. Ya Allah di bulan yang mulia macam ni kamu zalimi haiwan.

“Semoga Allah bagi balasan yang setimpal dekat kamu, Amin,” tulisnya.

oyen 2

Wany memuat naik hantaran di Facebook selepas kucing peliharaannya menjadi mangsa kezaliman individu tidak berhati perut.

Wanita itu turut memuat naik beberapa keping gambar kucingnya yang berlumuran darah di bahagian kepala, dan gambar sebelum ditanam.

“Jangan bagi alasan kucing salah baring tepi jalan ye, sebab ini taman perumahan.

“Aku bawak kereta kalau dekat mana-mana taman perumahan pun aku bawak slow, siap alert kot ada kucing atau budak-budak lalu tapi sini terang-terang memang kau saja nak mel4nggar,” tulisnya lagi.

Jangan cakap kamu tak nampak sebab terang-terang kamu sengaja pulas stering tu ke kanan. Ya Allah di bulan yang mulia macam ni kamu z4limi haiwan.

WANY SHARAN

PEMILIK KUCING

Sehingga kini perkongsian di laman sosial berkenaan meraih 5,600 shares, selain dibanjiri ribuan komen netizen.

Rata-ratanya mengec4m tindakan kejam individu berkenaan yang did4kwa seperti sengaja mel4nggar kucing malang itu.

Malah mereka turut mencadangkan pemilik si bulus agar mengesan pemandu Axia berkenaan berdasarkan nombor pendaftaran daripada rakaman video, untuk dikenakan tindakan.

komen oyen

Sebahagian komen netizen yang mengecam pemandu Axia yang mel4nggar Oyen.

“Hoi.. sakitnya hati tolonglah report!! Ini sudah kes z4limi haiwan.

“Saya doa semoga yang melangg4r ini dapat balasan cash, setimpal dengan apa yang dia buat.

“Harap orang yang langgar tu hidup dia merana sampai m4ti,” demikian antara komen netizen.

Tidak kurang juga ada yang bersimpati dan mahu memberikan kucing peliharaan mereka sebagai ganti Oyen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*