Gelagat Teruja Aafiyah Buat ‘Live’ Dengan Tokti, “Peramah Aafiyah Ni…”

Anak penyanyi nombor satu negara ini sememangnya menarik perhatian ramai sejak dia dilahirkan lagi. Malah gelagat Aafiyah juga sering mencvri tumpuan di media sosial dengan perangainya yang disamakan dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri.

Baru-baru ini pula, gelagat Aafiyah yang begitu teruja semasa melakukan video ‘live’ bersama ibunya mencuit hati netizen. Malah ramai yang turut sama ‘geram’ melihat kecomelannya ini yang terlalu teruja itu.

@bad_arsila Comel ja gelagat Siti & Aafiyah #SitiNurhaliza #Aafiyah #Kids #Barbie #Cute #fypシ #fypage #fypdongggggggg ♬ original sound – BAD_ARSILA


Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sedang melakukan video ‘live’ bersama anaknya ini. Malah Aafiyah yang berada di sebelahnya itu juga turut memberikan kerjasama dan melayan sesi ‘live’ tersebut.

Tidak lama kemudian, dia mula kelihatan teruja dan begitu gembira melambaikan tangan pada mereka yang menonton video tersebut. Semasa Tokti menyebutkan beberapa nama penonton yang ada, Aafiyah kelihatan begitu seronok dan siap menegur mereka juga.

gelagat aafiyah

Malah netizen juga turut memuji sikap peramah Aafiyah yang langsung tidak kelihatan kekok ataupun malu seolah-olah sudah biasa berinteraksi dengan peminatnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihatkan reaksi teruja Aafiyah ini. Ada juga yang ‘geram’ dengan kecomelannya yang begitu petah berkata-kata itu.

“Wah anak dia cakap melayu. Ingat macam anak artis lain cakap english banyak dari melayu.”

aafiyah

“Peramah aafiyah ni.”

datuk seri siti nurhaliza

“Comel aafiyah. Muka sebijik ibu.”

komen

“Alahai suka berkawan aafiyah ni.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*